PMPP Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the organization

PMPP Pulau Pinang The official page of the PLANMalaysia@Pulau Pinang

More info at: http://jpbd.penang.gov.my

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆: 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈🌹𝗞𝗢𝗠𝗧𝗔𝗥, 8 Oktober 2026 | Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri...
11/10/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆: 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈🌹

𝗞𝗢𝗠𝗧𝗔𝗥, 8 Oktober 2026 | Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang sebagai tanda penghargaan kepada 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗶𝗸𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗶𝘀𝗿𝗼 yang akan meneruskan khidmat bakti di 𝗨𝗻𝗶𝘁 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗦𝗲𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 (𝗢𝗦𝗖), 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta komitmen beliau sepanjang berkhidmat di jabatan ini.

Semoga terus cemerlang dan maju jaya di tempat baharu. Segala jasa dan kenangan bersama akan sentiasa dikenang.

Semoga kita berjumpa lagi & Selamat Maju Jaya Fikri Misro.

“Jasa Dikenang, Budi Disanjung, Silaturahim Berkekalan.”

TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
Pejabat SUK Pulau Pinang

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄 𝐘𝐎𝐆𝐘𝐀𝐊𝐀𝐑𝐓...
10/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐊𝐄 𝐘𝐎𝐆𝐘𝐀𝐊𝐀𝐑𝐓𝐀, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀

📅 30 September hingga 3 Oktober 2026
📍 Yogyakarta, Indonesia

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Yogyakarta, Indonesia pada 30 September hingga 3 Oktober 2026 bersempena dengan pelaksanaan Kajian Pelan Induk Pembangunan Kampung Tradisi Negeri Pulau Pinang Tahun 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan, berkongsi pengalaman serta meneliti pendekatan dan amalan terbaik dalam aspek perancangan, pemeliharaan identiti kampung tradisi, pembangunan komuniti serta pengurusan warisan budaya setempat.

Yogyakarta dipilih sebagai destinasi lawatan teknikal berdasarkan keunikan pendekatannya dalam mengekalkan nilai warisan, budaya dan identiti masyarakat setempat seiring dengan perkembangan pembangunan bandar dan sektor pelancongan.

Melalui lawatan ini, pelbagai pengalaman dan pendekatan pembangunan kampung tradisi dapat dijadikan penanda aras serta input dalam memperkukuh penyediaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Tradisi Negeri Pulau Pinang yang lebih komprehensif, inklusif dan mampan.

Diharapkan hasil lawatan teknikal ini dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan Negeri dalam memelihara keunikan dan identiti kampung tradisi, di samping meningkatkan kesejahteraan komuniti serta memastikan pembangunan kampung tradisi di Pulau Pinang terus relevan untuk generasi akan datang.

“Memelihara Warisan, Memperkasa Komuniti, Melestarikan Kampung Tradisi.”

🏆🔥 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍!🔥🏆𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀) 𝐊𝐄-𝟐𝟏 𝐓...
09/10/2026

🏆🔥 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀, 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍!🔥🏆

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀) 𝐊𝐄-𝟐𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Aksi, semangat dan kebersamaan! 💪

Kontinjen Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) telah bersama-sama memeriahkan Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (SUKNA) Ke-21 Tahun 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 21 September 2026 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Sepanjang kejohanan, warga PLANMalaysia Pulau Pinang tampil dengan penuh semangat juang, disiplin dan semangat berpasukan, di samping memberikan saingan terbaik dalam acara-acara yang disertai. 🏓🏸🏐🏃‍♂️

SUKNA bukan sekadar medan pertandingan dan mengejar kemenangan. Lebih daripada itu, kejohanan ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, membina semangat setiakawan, memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh kebersamaan dalam kalangan warga perancang bandar dan desa dari seluruh negara.

🥇 Menang kita raikan.
💪 Kalah kita bangkit.
🤝 Team Penang Zon Utara

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen PLANMalaysia Pulau Pinang dan Zon Utara telah memberikan komitmen dan berjuang dengan penuh semangat sepanjang kejohanan.

Teruskan semangat kesukanan, kekalkan kebersamaan dan bawa semangat 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡, 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧! 🔥

Jumpa lagi di SUKNA akan datang! 🏆

TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
Pejabat SUK Pulau Pinang



🇲🇾🇨🇳 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟒𝟎 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐎𝐌𝐎𝐑𝐑𝐎𝐖 𝐂𝐈𝐓𝐘 ...
27/09/2026

🇲🇾🇨🇳 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐊 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟒𝟎 & 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐎𝐌𝐎𝐑𝐑𝐎𝐖 𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐇𝐀𝐈

𝐒𝐇𝐀𝐍𝐆𝐇𝐀𝐈 × 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 | 中国上海 × 马来西亚槟城
𝐀𝐈-𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑𝐄𝐃 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐍-𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐈𝐂 𝐂𝐈𝐓𝐈𝐄𝐒 | 𝟐𝟎𝟐𝟔 上海数智城市国际交流会

📍 Shanghai, Republik Rakyat China
📅 21 hingga 25 September 2026 (Isnin hingga Jumaat)

PLANMalaysia Pulau Pinang, dengan kerjasama perunding kajian ESG Analitico Sdn. Bhd. dan syarikat MAP2U Sdn. Bhd., telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pelaksanaan Kajian Pelan Induk Bandar Pintar Negeri Pulau Pinang 2040 ke Shanghai, Republik Rakyat China pada 21 hingga 25 September 2026.

Lawatan ini disertai oleh 12 orang delegasi yang turut melibatkan wakil Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) serta Pengarah Urusan E&O Berhad. Program ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pendedahan antarabangsa dalam usaha memperkukuh perancangan serta pelaksanaan agenda bandar pintar Negeri Pulau Pinang, khususnya melalui penerokaan pendekatan perancangan bandar berasaskan data, kecerdasan buatan (AI), teknologi digital serta konsep bandar berteraskan manusia (human-centric cities).

Antara pengisian utama program ialah penyertaan delegasi dalam Shanghai Smart City Expo World Congress dan 2026 AI-Powered Human-Centric City Forum, termasuk sesi panel bertajuk “Data & AI-Driven Planning for Human-Centric Cities: Penang 2040 Vision and Shanghai Practices”, yang mengetengahkan perkongsian pengalaman dan pendekatan Pulau Pinang serta Shanghai dalam memanfaatkan data dan AI bagi perancangan bandar berteraskan rakyat.

Dalam Program Shanghai × Penang: AI-Powered Human-Centric Cities 2026, ucapan pembukaan telah disampaikan oleh TPr Nurvanida Alisha Binti Sinnappan, Timbalan Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, yang juga mengetuai delegasi PLANMalaysia Pulau Pinang dalam lawatan ini.

Delegasi turut melaksanakan beberapa sesi lawatan penanda aras dan perkongsian teknologi, antaranya ke Shanghai SuperMap Digital Intelligence Technology Co., Ltd., Tomorrow.City Market Exhibition serta 51World Technology. Lawatan-lawatan ini memberi pendedahan secara langsung terhadap aplikasi teknologi digital, data dan AI dalam menyokong pengurusan serta pembangunan bandar pintar.

Program ini turut menjadi wadah dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara PLANMalaysia Pulau Pinang dan Shanghai Smart City Development Institute (SCDI), di samping membuka ruang pertukaran pengetahuan dan perkongsian amalan terbaik antara Negeri Pulau Pinang dan Shanghai, khususnya dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi digital ke arah mewujudkan bandar yang lebih pintar, inklusif, berdaya tahan, mampan serta berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik yang diperoleh sepanjang program ini akan menjadi input bernilai dalam memperkukuh hala tuju Kajian Pelan Induk Bandar Pintar Negeri Pulau Pinang 2040, selaras dengan aspirasi Pulau Pinang ke arah pembangunan negeri pintar yang berteraskan rakyat, dipacu teknologi dan berorientasikan masa hadapan.

🇨🇳 槟城州2040智慧城市总体规划实施标杆考察、Tomorrow.City 上海活动及“上海 × 槟城:AI赋能,以人为本的城市 2026”国际交流活动



20/09/2026

𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐄-𝐗𝐗𝐈𝐈 (𝐒𝐔𝐊𝐍𝐀 𝐊𝐞-𝟐𝟐) 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟖

KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KE-XXII (SUKNA KE-22)

PLANMalaysia Pulau Pinang amat berbesar hati mengambil tanggungjawab sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Nasional Perancang Bandar dan Desa Malaysia Ke-XXII (SUKNA Ke-22) Tahun 2028.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada PLANMalaysia Negeri Selangor selaku tuan rumah SUKNA Ke-21 di atas penganjuran yang cemerlang serta komitmen yang telah diberikan dalam menjayakan kejohanan tersebut pada 17 September 2026 hingga 20 September 2026. Semoga semangat dan kecemerlangan yang dicetuskan terus menjadi inspirasi kepada penganjuran SUKNA Ke-22 tahun 2028 di Negeri Pulau Pinang.

Penganjuran ini bukan sekadar menjadi medan untuk mencungkil bakat dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga perancang bandar dan desa dari seluruh Malaysia, malah turut berperanan sebagai platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan, kebersamaan, kerjasama dan ukhuwah dalam kalangan warga PLANMalaysia.

Satu pasukan, satu semangat, satu keluarga.

Kita jumpa di SUKNA Ke-22 tahun 2028 di Negeri Pulau Pinang.

TPr Alias Rameli
TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
Pejabat SUK Pulau Pinang









𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) me...
15/09/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) mengucapkan Selamat Hari Malaysia Tahun 2026 kepada semua rakyat Malaysia.

Marilah kita memperingati hari bersejarah ini dengan semangat yang mendalam kepada negara.

YBrs. TPr Norjafni Zainuddin
PLANMalaysia
Pejabat SUK Pulau Pinang

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆Seluruh warga Jabatan Perancang Bandar dan De...
04/09/2026

𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

Seluruh warga Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. TPr Norjafni bin Zainuddin atas pelantikan sebagai Pengarah PLANMalaysia Pulau Pinang, berkuat kuasa mulai 7 September 2026.

Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam menerajui Jabatan dengan penuh integriti, dedikasi dan profesionalisme. Diharapkan YBrs. TPr Norjafni bin Zainuddin terus dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah serta memacu kecemerlangan PLANMalaysia Pulau Pinang.

PLANMalaysia Pulau Pinang diyakini akan terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju perancangan bandar dan desa, seterusnya menyokong pembangunan Negeri Pulau Pinang yang inklusif, progresif, berdaya tahan dan mampan, demi kesejahteraan rakyat serta generasi masa hadapan.

Selamat datang ke PLANMalaysia Pulau Pinang dan selamat menjalankan amanah.

Tahniah atas pelantikan dan selamat maju jaya dalam menerajui PLANMalaysia Pulau Pinang ke arah pencapaian yang lebih cemerlang. 💐

PLANMalaysia
Pejabat SUK Pulau Pinang
TPr Norjafni Zainuddin
Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia




📢 NOTIS PEMAKLUMANPELANJUTAN TEMPOH PUBLISITI DAN PENERIMAAN BANTAHANLAPORAN DRAF AKHIR RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU ...
04/09/2026

📢 NOTIS PEMAKLUMAN

PELANJUTAN TEMPOH PUBLISITI DAN PENERIMAAN BANTAHAN
LAPORAN DRAF AKHIR RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Dimaklumkan bahawa tempoh publisiti dan penerimaan bantahan bagi Laporan Draf Akhir Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) telah dilanjutkan sehingga 9 Oktober 2026.

📅 Tempoh Lanjutan:
10 September 2026 – 9 Oktober 2026

Orang awam dan pihak berkepentingan adalah dijemput untuk membuat semakan serta mengemukakan bantahan dan representasi berhubung dokumen tersebut selewat-lewatnya pada: 9 OKTOBER 2026

📍 Lokasi Semakan Fizikal:
PLANMalaysia Pulau Pinang, Tingkat 54, KOMTAR
PLANMalaysia Pulau Pinang, Tingkat 57, KOMTAR
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL)
Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya (PDTBD)
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara (PDTSPU)
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (PDTSPT)
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan (PDTSPs)
Setiap bantahan dan representasi yang diterima akan direkodkan dan dipertimbangkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Penyertaan anda penting dalam membantu membentuk hala tuju pembangunan dan perancangan Negeri Pulau Pinang ke arah yang lebih mampan, berdaya huni dan sejahtera.
Sebarang pertanyaan: telefon: 04-650 5700
Website : jpbd.penang.gov.my






🇲🇾✨ 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐉𝐈𝐖𝐀, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇, 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀✨ 🇲🇾𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 31 OGOS 2026 - Tatkala Jalur Gemilang berkib...
01/09/2026

🇲🇾✨ 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐉𝐈𝐖𝐀, 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇, 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀✨ 🇲🇾

𝐆𝐄𝐎𝐑𝐆𝐄 𝐓𝐎𝐖𝐍, 31 OGOS 2026 - Tatkala Jalur Gemilang berkibar megah, tatkala langkah disusun seiring dan tatkala laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! , warga Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang (JPBDPP) tampil penuh bangga menyertai Perarakan dan Perbarisan Merdeka 2026. 🇲🇾

Setiap langkah kami adalah langkah sebuah tekad.
Setiap barisan adalah lambang kesatuan.
Setiap kibaran Jalur Gemilang adalah manifestasi cinta kepada tanah air.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah yang kita warisi, tetapi sebuah amanah yang harus kita isi.

Amanah untuk merancang bandar yang lebih tersusun.
Amanah untuk membangunkan persekitaran yang lebih inklusif.
Amanah untuk memelihara warisan dan jati diri.
Amanah untuk memastikan setiap pembangunan memberi nilai dan manfaat kepada rakyat.

Kerana pembangunan yang sebenar bukan hanya diukur pada tingginya bangunan, luasnya kawasan atau gahnya infrastruktur — tetapi pada sejauh mana kesejahteraan itu dapat dirasai dan dinikmati oleh rakyat.

Inilah semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati — apabila kemajuan tidak meninggalkan sesiapa, pembangunan membuka ruang untuk semua dan setiap insan berhak menikmati sebuah kehidupan yang lebih sejahtera.

🇲🇾 Kita merdeka untuk merancang.
🇲🇾 Kita merdeka untuk membangun.
🇲🇾 Kita merdeka untuk menyatukan.
🇲🇾 Kita merdeka untuk menzahirkan kesejahteraan yang dapat dinikmati bersama.

Dari ruang bandar hingga ke denyut nadi masyarakat, JPBDPP akan terus melangkah — merancang hari ini, membentuk masa depan, demi Pulau Pinang yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera.

Kerana setiap ruang yang kita rancang adalah untuk manusia.
Setiap pembangunan yang kita bentuk adalah untuk generasi mendatang.
Dan setiap usaha yang kita curahkan adalah demi sebuah Malaysia yang lebih baik.

🇲🇾 MERDEKA DALAM PERANCANGAN,
INKLUSIF DALAM PEMBANGUNAN,
SEJAHTERA UNTUK RAKYAT. 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Dari Pulau Pinang, untuk Malaysia.
Dengan jiwa merdeka, kita terus melangkah bersama! ❤️🇲🇾

Pejabat SUK Pulau Pinang
PLANMalaysia


🇲🇾 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾29 Ogos 2026 | Pulau Pinang – Ra...
30/08/2026

🇲🇾 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

29 Ogos 2026 | Pulau Pinang – Raptai Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 telah berlangsung sebagai persiapan bagi memastikan kelancaran acara sambutan.

Raptai turut disertai oleh Kontinjen JPBD Pulau Pinang bersama jabatan dan agensi kerajaan, pasukan keselamatan, badan beruniform serta pelbagai organisasi lain.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga JPBD Pulau Pinang dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

🇲🇾 Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Semoga semangat kemerdekaan terus disemarakkan demi keharmonian dan kemakmuran Malaysia.

Pejabat SUK Pulau Pinang
PLANMalaysia

Address

George Town
10000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMPP Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PMPP Pulau Pinang:

Shortcuts

Share