05/08/2026
π¦ππππ ππ§ πππ₯π¦ππ₯π π¬π πππ§π’β π¦ππ₯π ππππ ππ¨ππππππ πππ‘ ππ’π‘π
Setelah sekian lama menabur jasa dan bakti kepada perkhidmatan awam, hari ini menandakan berakhirnya satu perjalanan yang penuh dedikasi buat YB Datoβ Seri Haji Zulkifli bin Long sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sepanjang menerajui Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Datoβ Seri telah memimpin dengan penuh integriti, komitmen dan kebijaksanaan dalam memperkukuh tadbir urus pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam. Kepimpinan beliau turut menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang menyumbang kepada kemajuan Negeri Pulau Pinang dan kesejahteraan rakyat.
Dedikasi, iltizam dan nilai kepimpinan yang ditonjolkan sepanjang tempoh perkhidmatan telah meninggalkan impak yang besar kepada pentadbiran negeri serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga perkhidmatan awam.
Seluruh warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui pentadbiran negeri.
Semoga YB Datoβ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga serta terus dilimpahi rahmat, keberkatan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan selepas persaraan.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat Bersara, YB Datoβ Seri Haji Zulkifli bin Long. Segala pengorbanan dan sumbangan YB Datoβ Seri akan terus dikenang serta terpahat dalam lipatan sejarah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.