AADK Penang

Call Directions Website Contact the organization

AADK Penang Halaman rasmi media sosial Facebook bagi AADK Negeri Pulau Pinang.

Sebuah Agensi Kerajaan yang membanteras penagihan dadah dengan 3 cabang utama iaitu : Pencegahan, Rawatan & Pemulihan serta Penguatkuasaan.

Haloooo penganut fatwa pujangga Shemua...Ada baik ka 😝
20/10/2026

Haloooo penganut fatwa pujangga Shemua...
Ada baik ka 😝

Luar negara boleh, kenapa Malaysia tak boleh? 🚩

Isu g***a bukan sekadar 'trend'. Tapi, melibatkan perlembagaan dan keselamatan negara. Jadi tak peliklah kenapa Malaysia masih tak benarkan untuk penggunaan dadah secara berleluasa. Jadi, jangan sesekali terpedaya untuk mencuba, walaupun sekadar suka-suka. Kesan penyesalannya tak berbaloi dengan rasa ingin tahu itu. Jaga diri, jaga masa depan kita. ✨

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



19/10/2026

Tengah rancak semua orang bercakap dan bermain Pickleball sekarang ni, atau ada yang menggelarnya ‘Bola Jeruk’ kerana namanya yang unik! 🎾✨
Tapi, tahukah anda dari mana datangnya sukan ini?

Sebenarnya, Pickleball telah diperkenalkan pada tahun 1965 di Bainbridge Island, Washington, Amerika Syarikat. Permainan ini diasaskan oleh Joel Pritchard, Bill Bell dan Barney McCallum apabila mereka cuba mencipta aktiviti baharu untuk mengisi masa lapang keluarga menggunakan peralatan yang tersedia.

Lebih menarik, nama ‘Pickleball’ dipercayai berasal daripada istilah ‘pickle boat’ dalam sukan mendayung, merujuk kepada gabungan pendayung daripada kump**an lain. Terdapat juga cerita pop**ar yang mengaitkan nama tersebut dengan anjing keluarga bernama Pickles. Namun, menurut penyelidikan USA Pickleball, anjing itu hanya dilahirkan pada tahun 1968, selepas permainan ini dicipta pada tahun 1965.

Sumber: USA Pickleball – How Pickleball Got Its Name

Apa yang menarik, sukan ni bukan saja seronok, tapi ia tentang bagaimana kita kekal fokus dan ketangkasan. Dalam hidup, kita perlukan minda yang cerdas untuk buat keputusan yang betul. Kalau badan kita sentiasa dijaga dengan baik tanpa gangguan perkara yang merosakkan, barulah kita boleh bertindak dengan pantas dalam apa jua situasi.

Ketenangan dan kegembiraan yang sebenar datang daripada gaya hidup yang aktif. Tak perlu cari 'keseronokan' luar yang membinasakan, cukup sekadar luangkan masa dengan aktiviti yang membina macam ni. Bila badan segar dan otak tajam, barulah kita boleh cipta sejarah peribadi yang hebat macam asal-usul Pickleball ni.

Jadi, bila kali terakhir anda cuba sukan baru untuk 'refresh' minda? Jom kita jadikan hidup sihat sebagai identiti kita!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



19/10/2026

Hari Ahad, masa terbaik untuk 'recharge' diri! Tapi jangan sampai terikut-ikut trend atau FOMO yang merosakkan.

Ketenangan yang sebenar hadir daripada gaya hidup sihat, bukannya daripada bahan terlarang yang hanya berikan kesan sementara.

Pilihan Di Tangan Kita: 🤔

👉Pilihan Utama: Bahan terlarang merosakkan saraf otak. Pilih aktiviti sihat yang memberikan kepuasan berpanjangan.
👉Kesejahteraan Kendiri: Manjakan diri dengan hobi positif, riadah di alam semulajadi, atau luangkan masa bersama insan tersayang.
👉Tegas Berkata Tidak: Menolak ajakan negatif adalah bukti kekuatan mental. Jangan biarkan diri diperdaya oleh pengaruh FOMO.

Jadilah pengayuh tenaga fitrah yang berprinsip. Ambil tahu tentang kesan buruk bahan terlarang dan pilihlah jalan yang membawa kepada kesejahteraan hakiki. Pengetahuan adalah perisai terbaik anda.

Apa aktiviti sihat kegemaran anda untuk cas tenaga? Jom kongsi di ruangan komen!

Kalau anda ada masalah dadah, hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



SANTAI BERAKTIVITI, SERIUS BERINTEGRITI! Bekerja bukan sekadar menyelesaikan tugasan, tetapi juga tentang bagaimana kita...
16/10/2026

SANTAI BERAKTIVITI, SERIUS BERINTEGRITI!

Bekerja bukan sekadar menyelesaikan tugasan, tetapi juga tentang bagaimana kita saling menghormati, bekerjasama dan mengamalkan integriti dalam setiap tindakan.

Atas semangat itu, AADK Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Integriti, Pejabat SUK Pulau Pinang telah menganjurkan program Integriti dan Etika: “Membina Ekosistem Kerja yang Positif dan Selamat”.

Sesi ceramah dan perkongsian telah disampaikan oleh Ketua Unit Integriti, Pejabat SUK Pulau Pinang, Tuan Mohd Faizal bin Che Meh bersama Puan Nurul Aina binti Akram yang berkongsi pandangan dan pengetahuan tentang kepentingan integriti serta etika dalam membentuk persekitaran kerja yang positif, harmoni dan selamat.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Pencegahan (1), Tuan Mohd Zaki bin Ablah, dan Penolong Pengarah Pencegahan (2), Puan Nur Syahera Hafiza binti Musa bersama 40 orang pegawai dan kakitangan AADK Negeri Pulau Pinang serta AADK Daerah Timur Laut.

Selesai sesi perkongsian ilmu, tiba p**a masa untuk beraksi!

Program diteruskan dengan Mini Explorace TETAD yang melibatkan lima checkpoint di sekitar pejabat. Suasana menjadi lebih meriah dengan pelbagai cabaran yang menguji kerjasama, komunikasi, kreativiti dan semangat berpasukan.

Daripada sesi perkongsian hinggalah aktiviti yang menceriakan suasana, setiap pengisian membawa mesej yang bermakna iaitu integriti perlu diamalkan, kerjasama perlu diperkukuh dan suasana kerja yang positif perlu dibina bersama.

Kerana pasukan yang hebat bukan sekadar bekerja bersama tetapi turut berkongsi nilai, menjaga kepercayaan dan saling menyokong untuk mencapai matlamat yang sama.

Sebab.. Integriti Tu Bukan Bila Orang Nampak… TAPI.. Bila Tak Ada Orang tengok.

ps: Yeaaa yesok yuti 🤪

-------------------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my


16/10/2026
16/10/2026

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Al-A‘raf, ayat 56)

Bumi merupakan amanah yang perlu dipelihara bersama. Setiap usaha mencegah kerosakan, memelihara kesejahteraan dan melakukan kebaikan mencerminkan tanggungjawab kita sebagai insan dalam menjaga keharmonian kehidupan.

Marilah kita menjauhi segala bentuk kerosakan, menyemai nilai kebaikan serta memperkukuh kesedaran bahawa setiap tindakan yang bermanfaat mampu membawa kebaikan kepada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitar.

Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi asbab turunnya rahmat Allah SWT dan membawa kesejahteraan yang berterusan kepada seluruh umat manusia.



15/10/2026

Q&A Minda Bijak:

❓ S: Apakah beza antara dadah jenis perangsang dan penenang?
✅ J: Kedua-duanya Adalah 'Litar Pintas' yang Berbahaya!

Dadah Perangsang (contoh: Syabu): Boleh meningkatkan aktiviti otak, menyebabkan seseorang menjadi terlalu aktif, gelisah dan mengalami peningkatan kadar denyutan jantung.

Dadah Penenang (contoh: He**in): Boleh menyebabkan rasa mengantuk, mengurangkan tahap kesedaran serta memperlahankan pernafasan sehingga mengancam nyawa.

Ingat❗❗
Walaupun kesannya berbeza, kedua-duanya boleh menjejaskan pertimbangan, tumpuan dan keupayaan seseorang mengawal tindakan, termasuk ketika memandu.

Jangan mudah terpengaruh dengan rasa ingin tahu atau FOMO. Dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan buat pilihan yang bijak.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



12/10/2026

Ada beban yang kita simpan terlalu lama sehingga ia menjadi kekal dalam hidup. Tanpa sedar, kita membayar harganya dengan keletihan melampau dan kehilangan senyuman.

Bermula dengan rasa ingin sentiasa sempurna di mata orang lain, takut untuk berkata tidak, atau sekadar memendam rasa kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa, akhirnya terperangkap dalam satu kitaran yang memenatkan. Simpan segala kerisauan, peram segala tekanan, sehingga ia menjadi beban yang membukit di bahu.

Menyimpan beban sendirian hanya akan membuatkan baki tenaga mental kita semakin susut. Sama seperti telefon yang perlu dicas, jiwa kita juga perlukan ruang untuk berehat dan bebas daripada segala bunyi bising dunia. Hari Kesihatan Mental Sedunia ini adalah peringatan buat kita semua bahawa kesihatan dalaman sama pentingnya dengan kesihatan fizikal.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



12/10/2026

Che Gah Nak Kongsi Rahsia ni.

Che Gah perhati ada segelintir cakap bahan terlarang ni boleh bagi "tenang" atau "cool". Tapi sebagai 'Pakar Bongkar Rahsia', Che Gah nak bagitahu satu fakta penting hari ni!

Perasaan "tenang" tu hanyalah palsu dan bersifat sementara je. Ia cuma tipu daya kimia dalam otak kita.

Kenapa kita Perlu ambil tahu?

Khayal Sementara, Rugi Selamanya: Bila kesan kimia tu hilang, kita akan rasa lebih stres dan penat.

Merosakkan Saraf Otak: Che Gah tak nak kita rugi. Bahan ni perlahan-lahan rosakkan 'litar gembira' semulajadi dalam otak kita.

Jati Diri Kuat: Remaja yang 'Alert' takkan mudah terikut-ikut (FOMO) dengan trend yang berbahaya.

Jadi, jangan biarkan diri diperdaya. Jom kita cari ketenangan yang sebenar dengan hobi sihat, sukan atau berbual dengan keluarga.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



Address

Aras 5, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang, Jalan Anson, Pulau Pinang
George Town
10400

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6042279400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Penang:

Shortcuts

Share