25/09/2026
📌 MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) DAERAH TIMUR LAUT
25 September 2026 | Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Daerah Timur Laut telah berlangsung pada hari ini dan dipengerusikan oleh Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.
Turut hadir Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Roswati binti Apin serta Penolong Pengarah Pencegahan 2 AADK Negeri Pulau Pinang, Puan Nur Syahera Hafiza binti Musa.
Mesyuarat turut disertai oleh wakil agensi dan jabatan berkaitan, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut memberikan pembentangan berkaitan isu dan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.
Dalam mesyuarat tersebut, agenda serta kertas makluman telah dibentangkan oleh Ketua AADK Daerah Timur Laut, Tuan Azreel Azim bin Abdul Alim, untuk dibincangkan bersama dalam usaha memperkukuh tindakan pencegahan dan menangani isu penyalahgunaan dadah di peringkat daerah.
Sebagai pengisian di penghujung mesyuarat, video pemenang Pertandingan Video Pendek Antidadah Peringkat Sekolah Negeri Pulau Pinang turut ditayangkan kepada para ahli mesyuarat sebagai medium kreatif dalam menyampaikan mesej pencegahan dadah, khususnya kepada golongan pelajar dan generasi muda. 🎬
🤝 Kerjasama strategik antara agensi terus diperkasa dalam memperkukuh usaha pencegahan dadah serta mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan bebas daripada dadah.