21/10/2026
๐ LAWATAN AHLI KELAB DOKTOR MUDA & RAKAN SEBAYA SK PERMATANG BINJAI KE WELLNESS HUB SPU
๐
21 Oktober 2026 (Rabu)
โฐ 8.00 pagi โ 12.30 tengah hari
๐ Wellness Hub Seberang Perai Utara (WH SPU)
Alhamdulillah, Wellness Hub SPU telah menerima kunjungan daripada SK Permatang Binjai menerusi program lawatan pendidikan kesihatan yang melibatkan seramai 43 orang peserta, termasuk 39 orang murid, guru pengiring dan pentadbir sekolah.
๐ฏ Objektif utama: Memberi pendedahan kepada murid tentang perkhidmatan Wellness Hub serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup sihat.
Antara pengisian aktiviti:
โ
Taklimat Promosi Perkhidmatan Wellness Hub SPU
โ
Pocket Talk: Aktiviti Fizikal
โ
Aktiviti X-BREAK
โ
Explorace Kesihatan
โ
Majlis Penutup
โ
Sesi Menandatangani Sijil Jaringan Kerjasama Strategik
โ
Penyampaian Hadiah dan Sesi Bergambar
๐ค MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Nazri Abdul Aziz, Guru Besar SK Permatang Binjai, dan YBrs. Dr. Tan Seok Hong, Pegawai Kesihatan Epidemiologi, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU) atas kesudian menyempurnakan sesi menandatangani Sijil Jaringan Kerjasama Strategik antara PKD SPU dengan SK Permatang Binjai.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasakan pendidikan kesihatan, membudayakan amalan gaya hidup sihat serta melahirkan generasi muda yang aktif, berpengetahuan dan mampu menjadi agen perubahan kesihatan dalam komuniti.
Terima kasih kepada murid-murid SK Permatang Binjai atas kerjasama dan penglibatan aktif dalam menjayakan aktiviti hari ini.
Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu SPU & Pulau Pinang!
Urusetia: Unit Promosi Kesihatan Daerah (UPKD) & Wellness Hub SPU