30/09/2026
๐ฟ PROGRAM BOTANIC BADGE FUN WALK 2026 & SAMBUTAN 142 TAHUN TAMAN BOTANI PULAU PINANG ๐ฟ
30 September 2026 | Taman Botani Pulau Pinang
Telah berlangsung dengan meriah Program Botanic Badge Fun Walk Tahun 2026 bersempena Sambutan 142 Tahun Taman Botani Pulau Pinang pada hari ini.
Program ini merupakan salah satu inisiatif Jabatan Taman Botani Pulau Pinang dalam menggalakkan masyarakat mendekati alam semula jadi melalui aktiviti riadah, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Program turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Ahli Parlimen Bukit Bendera Negeri Pulau Pinang; Puan Haryany binti Mohamad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang; Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang; Yang Mulia Tengku Datoโ Idaura binti Tengku Ibrahim, Presiden Persatuan Sahabat Kebun Bunga Botanik Pulau Pinang; serta Encik Lee Boon Kae, General Manager Citadines Penang, di samping ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan, agensi serta badan bukan kerajaan.
Turut berlangsung aktiviti khidmat komuniti โFor the Love of Coffeeโ bersama Hotel Citadines Penang yang menambahkan lagi kemeriahan program.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jemputan kehormat, agensi, rakan strategik, penaja, urus setia, petugas serta para peserta yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga kerjasama dan sokongan yang diberikan dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan Taman Botani Pulau Pinang terus menjadi khazanah hijau yang dihargai oleh masyarakat dan generasi akan datang. ๐ฑ๐