Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp Selamat datang ke Laman FB Rasmi JPW Pulau Pinang.

05/08/2026

✨ Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

✨ Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati, kebahagiaan yang berkekalan serta setiap usaha dan bakti yang dicurahkan dilimpahi rahmat, keberkatan serta ganjaran yang berterusan daripada-Nya.

✨ Tulus ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).





𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 "𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"1 Ogos 2026, SabtuTelah berlangsung Program ...
03/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 "𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀"
1 Ogos 2026, Sabtu

Telah berlangsung Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad Waja "Sahabat Emosi Komuniti Wanita" di Laman Wanita Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri dalam kalangan wanita dari kawasan sekitar Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Program ini bertujuan memperkasa kemahiran daya tindak peserta dalam mengurus tekanan, kebimbangan, konflik dan cabaran kehidupan melalui penyediaan ruang sokongan sosial yang selamat dan positif. Di samping itu, program ini menggalakkan perkongsian pengalaman, meningkatkan kesedaran mengenai kesejahteraan emosi serta membina jaringan sokongan dalam kalangan komuniti wanita.

Pengisian program dimulakan dengan sesi perkongsian bertajuk Kompas Kehidupan Wanita oleh YBrs. Dr. Aqilah binti Yusoff, Wanita Ikon Muda Pulau Pinang serta Kaunselor dan Pengurus Haq Consultant. Seterusnya, peserta mengikuti slot perundangan Bicara Hak Wanita yang disampaikan oleh Tuan Abdul Alim bin Abdul Aziz, Peguam daripada Tetuan Shazril Khairil Mustafa & Associated.

Peserta turut menyertai aktiviti MEKAR: Pembuatan Minyak Aromaterapi yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Sharmiwati binti Mohamed Sharif dari CWAL UniKL MSI.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Zahira binti Amin, Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.



-2030






📢 BENGKEL PEMERKASAAN WANITAPenggunaan Antibiotik Secara Berhemah & Pencegahan Kerintangan Antimikrob (AMR)🗓️ 5 Ogos 202...
29/07/2026

📢 BENGKEL PEMERKASAAN WANITA
Penggunaan Antibiotik Secara Berhemah & Pencegahan Kerintangan Antimikrob (AMR)

🗓️ 5 Ogos 2026 (Rabu)
🕘 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Laman Wanita Kepala Batas

Tahukah anda penggunaan antibiotik yang tidak betul boleh menyebabkan kerintangan antimikrob (AMR), iaitu keadaan di mana antibiotik tidak lagi berkesan merawat jangkitan?

Jom sertai bengkel ini untuk meningkatkan pengetahuan mengenai penggunaan antibiotik secara berhemah dan mempelajari langkah-langkah melindungi diri, keluarga serta masyarakat daripada ancaman AMR.

🎯 Apa yang anda akan pelajari?
✅ Penggunaan antibiotik yang betul
✅ Bahaya penggunaan antibiotik secara tidak berhemah
✅ Cara mencegah kerintangan antimikrob (AMR)
✅ Tip menjaga kesihatan keluarga

🎁 Istimewa untuk peserta
🆓 Penyertaan PERCUMA
🌾 Sumbangan beras & minyak masak kepada setiap peserta
🎉 Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik!

📌 Tempat adalah terhad. Daftar segera!

Mari bersama-sama menjadi masyarakat yang lebih prihatin, berilmu dan bertanggungjawab dalam penggunaan antibiotik demi kesihatan generasi akan datang.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀”Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangu...
16/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀”

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐄𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀” seperti ketetapan berikut:

🗓️ 𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟔,𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮
⏰ 𝟖.𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢 - 𝟐.𝟎𝟎 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐚𝐭𝐚𝐬, 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐔𝐭𝐚𝐫𝐚, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

Ayuh kita sama-sama hadir bagi memeriahkan program ini! Pelbagai slot dan aktiviti menarik menanti anda!
📌 Slot 1: Kompas Kehidupan Wanita
📌Slot 2: Bicara Hak Wanita

🤩 Aktiviti Menarik🤩
Wanita MEKAR: Pembuatan Minyak Aromaterapi

Link Pendaftaran👇🏻
https://forms.gle/cUA7XQzRkrzNmHTU7

📣 𝙅𝙤𝙢 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙢𝙖𝙞 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞-𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞!! 𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙞!



-2030






𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀”11 Julai 2026, SabtuTelah berlangsung Program Sumba...
11/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀”

11 Julai 2026, Sabtu

Telah berlangsung Program Sumbang Bakti Psikososial Skuad Waja “Wanita Bangkit Bersama” di Laman Wanita Nibong Tebal, Pulau Pinang. Program ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri dalam kalangan wanita dari kawasan sekitar daerah Seberang Perai Selatan.

Program ini dijalankan bertujuan untuk memperkasa wanita melalui pendedahan berkaitan hak-hak wanita dan aktiviti kesihatan mental.

Program ini dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan Slot Bicara Perundangan Dokumentasi dan Prosedur Perundangan: Perspektif Sivil dan Syariah oleh Puan Husna binti Ridzuan, Tetuan Husna Ridzuan & Co.

Slot seterusnya diteruskan dengan Ceramah Wanita Bangkit: Tenang Hadapi Cabaran Masa Kini oleh Puan Asmar binti Ahmad, Penolong Pengarah Kanan, Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Negeri Pulau Pinang.

Bagi memperkasa kemahiran, program ini turut menjalankan aktiviti kemahiran 𝘙𝘦𝘴𝘪𝘯 𝘈𝘳𝘵 bersama para peserta oleh Puan Naadhirah Hakimah binti Mohd Zulkifly.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Zahira binti Amin, Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir dalam program ini YM Raja Nur Afiqah binti Raja Zulkifli, Timbalan Pengarah, Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang.



-2030






𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀”Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangunan Wan...
02/07/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀”

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃 𝐖𝐀𝐉𝐀 “𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀” seperti ketetapan berikut:

🗓️𝟏𝟏 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔,𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮
⏰ 𝟕.𝟑𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 - 𝟐.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠
📍 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐍𝐢𝐛𝐨𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐛𝐚𝐥,𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐢 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

Ayuh kita sama-sama hadir bagi memeriahkan program ini! Pelbagai slot dan aktiviti menarik menanti anda!
📌 Bicara Perundangan Dokumentasi dan Prosedur Perundangan : Perspektif Sivil
📌Bicara Perundangan Dokumentasi dan Prosedur Perundangan : Perspektif Syariah
📌Wanita Bangkit: Tenang Menghadapi Cabaran Masa Kini

🤩 Aktiviti Menarik🤩
MEKAR: Pembuatan Resin Keychain

📣 𝙅𝙤𝙢 𝙥𝙖𝙠𝙖𝙩 𝙢𝙖𝙞 𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞-𝙧𝙖𝙢𝙖𝙞!!𝙅𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙞𝙣𝙞!

Daftar Sekarang 👇🏻
https://forms.gle/xEBPGTUWMLBi5RAH6



-2030






✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐌𝐈𝐍✨Seluruh warga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (P...
01/07/2026

✨ 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐌𝐈𝐍✨
Seluruh warga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (PPWNPP) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐦𝐢𝐧 atas pelantikan sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 (𝐏𝐏𝐖𝐍𝐏𝐏).

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang

✨ 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐎𝐅𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐀𝐈𝐍✨Warga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri...
01/07/2026

✨ 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 & 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐒𝐎𝐅𝐈𝐍𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐇𝐀𝐇𝐀𝐈𝐍✨
Warga Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (PPWNPP) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nur Sofina binti Johan Shahain, Mantan Pengarah PPWN Pulau Pinang atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di PPWN Pulau Pinang.

Semoga terus maju jaya🌹❤️

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang (PPWNPP)

25/06/2026
24/06/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) mengucapkan selamat hari lahir buat YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Semoga YB terus dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Semoga setiap usaha dan dedikasi yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan perkhidmatan Kementerian.





Address

Georgetown

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:30 - 12:15
14:45 - 17:30

Telephone

+6042274993

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pulau Pinang - Ppwnpp:

Shortcuts

Share