Penang HALAL International

  • Home
  • Penang HALAL International
Call Directions Website Contact the organization

Penang HALAL International Penang Halal International is an agency under Penang State Government. Go Halal Feel The Differences

ABOUT PENANG HALAL INTERNATIONAL

Realizing the vast economic potential of the halal industry, Penang State Government initiated the development of the Penang Halal International Sdn Bhd (PHI) to promote, coordinate and develop the halal industries and business in Penang besides providing the platform to diversify Penang’s economy. In support of Malaysia’s vision to be the world Halal leader, Penang capitalizes on its competitive advantages to promote Halal industries as the emerging engine of growth and generate sustainable economic values for the state. PHI provides a business-friendly environment for investors, an environment with world-class R&D, necessary support services, a fully-traceable Halal supply chain as well as excellent infrastructure and amenities to facilitate a world standard halal hub. Being a Global Halal Centre, PHI has developed the Halal industry in a holistic approach encompassing ten (10) clusters; manufacturing & industries, logistics, agro-based industry, research & development (R&D), life sciences, innovation, financial technology & services, K-workers, as well as tourism, and entrepreneur development.

17/10/2026
BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL Pada 15 Oktober 2026, Penang Halal International (PHI) komited dalam memperkasa usahawan temp...
17/10/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Pada 15 Oktober 2026, Penang Halal International (PHI) komited dalam memperkasa usahawan tempatan melalui bimbingan dan khidmat nasihat berkaitan Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) dengan melaksanakan sesi bimbingan bersama Kek Lapis Karliesya di Kg Melayu, Georgetown, Pulau Pinang.

Melalui sesi bimbingan secara langsung, usahawan diberikan pendedahan mengenai keperluan dan pematuhan pensijilan halal, termasuk aspek pengurusan bahan mentah, kebersihan premis serta dokumentasi yang berkaitan bagi memastikan operasi perniagaan memenuhi standard yang ditetapkan.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PHI dalam membantu usahawan meningkatkan pematuhan halal, memperkukuh keyakinan pengguna serta membuka peluang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan dalam industri halal.

14/10/2026
14/10/2026
BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJPenang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke ...
12/10/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ

Penang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke bengkel Ghans Rasa Impian Enterprise yang beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam membantu usahawan tempatan memahami, memenuhi dan mematuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Lawatan ini merupakan platform perkongsian ilmu dan khidmat bimbingan secara langsung kepada pihak pengusaha bagi meningkatkan kefahaman mengenai aspek penting dalam pengurusan premis makanan yang memenuhi keperluan pensijilan halal. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk pengurusan dan pemilihan bahan mentah, proses penyediaan makanan, amalan kebersihan dan sanitasi, kaedah penyimpanan bahan serta penyediaan dokumentasi dan rekod berkaitan halal.

BIZCONNECT WITH TOURISM BUSINESS ECOSYSTEM & EXPORTERPenang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempr...
12/10/2026

BIZCONNECT WITH TOURISM BUSINESS ECOSYSTEM & EXPORTER

Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah dijemput bagi memberikan sedikit taklimat berkaitan ekosistem industri halal di Pulau Pinang.

Program yang dianjurkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad bertujuan untuk menghimpunkan pemain-pemain industri bagi mendapatkan sudut pandang situasi ekonomi terkini yang semakin mencabar.

En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI turut berkongsikan berkenaan kelebihan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan pilihan serta insentif yang ditawarkan oleh kerajaan khususnya dalam industri halal.

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJPenang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke ...
09/10/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ

Penang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke bengkel Sezana Sabri Enterprise yang beroperasi di Bukit Mertajam bagi membantu pengusaha premis makanan memahami dan memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Lawatan ini menjadi platform perkongsian ilmu dan khidmat bimbingan secara langsung kepada pihak pengusaha, khususnya berkaitan pengurusan bahan mentah, penyediaan makanan, kebersihan dan sanitasi, penyimpanan serta penyediaan dokumentasi halal.

Melalui sesi bimbingan ini, pihak pengusaha turut berpeluang mendapatkan penjelasan mengenai keperluan yang perlu dipenuhi serta aspek penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan pengurusan premis lebih sistematik dan selaras dengan keperluan pensijilan halal.

BIMBINGAN PENSIJILAN HALALPenang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke premis...
09/10/2026

BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL

Penang Halal International (PHI) telah mengadakan lawatan bimbingan pensijilan halal ke premis makanan Mama Kuih sebagai sebahagian daripada usaha membantu pengusaha premis makanan memahami dan memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia.

Lawatan ini menjadi platform untuk PHI berkongsi panduan secara terus berkaitan aspek-aspek penting dalam operasi premis, khususnya melibatkan pengurusan bahan mentah, penyediaan makanan, kebersihan dan sanitasi, penyimpanan serta dokumentasi halal.

Pada masa yang sama, sesi ini turut memberi ruang kepada pihak kafe untuk mendapatkan penjelasan terhadap perkara-perkara yang perlu disediakan dan diperbaiki bagi memastikan pengurusan premis lebih teratur serta menepati keperluan halal.

📢 PELUANG EKSKLUSIF UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA!🇲🇾✨Nak tahu cara & proses mendapatkan Pensijilan Halal untuk perniagaan an...
07/10/2026

📢 PELUANG EKSKLUSIF UNTUK USAHAWAN BUMIPUTERA!🇲🇾✨

Nak tahu cara & proses mendapatkan Pensijilan Halal untuk perniagaan anda?

Jangan lepaskan Taklimat Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang bersama Penang Halal International (PHI)!

🎯 Terbuka khususnya kepada usahawan produk makanan & minuman, premis makanan, barangan gunaan dan rumah sembelihan yang berminat ke arah pensijilan halal.

📅 8 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 5.45 petang
📍 Surau Evoke, Pauh Jaya

Program ini dianjurkan sempena Majlis Perasmian Surau Evoke Pauh Jaya, dengan kerjasama PHI & Surau Evoke Pauh Jaya (SEPJ).

✨ Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ilmu, fahami proses dan mulakan langkah ke arah pensijilan halal!

📲 Jemput hadir & sebarkan kepada rakan-rakan usahawan Bumiputera.
Ilmu halal, peluang lebih luas! 🤝💚

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EKSPO PERDA (XPERT) 2026Pada 4 Oktober 2026, Penang Halal International selaku rakan strategik ...
05/10/2026

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EKSPO PERDA (XPERT) 2026

Pada 4 Oktober 2026, Penang Halal International selaku rakan strategik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah bekerjasama bagi menjayakan majlis perasmian penutup Ekspo PERDA (XPERT) yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Hadir sama di dalam majlis penutup ini adalah YB Dato’ Hj Rashidi Zinol, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg Dato Abdul Kahar Abdullah, TKSU Dasar KKDW, YBhg Dato’ Hj Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA bersama-sama ketua jabatan dan agensi negeri.

Pada masa yang sama, turut dilancarkan secara rasminya program Jelajah Penang Halal Xperience yang akan dikelolakan oleh Penang Halal International.

Jelajah Penang Halal Xperience merupakan satu inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan bagi memperluas promosi dan memperkenalkan ekosistem halal Pulau Pinang kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan memilih produk dan perkhidmatan yang mempunyai pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

YB Dato Dr Mohamad bin Abdul Hamid juga turut menyampaikan penyerahan Program Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi industri kotej kepada dua usahawan bimbingan PHI iaitu Syarikat Trio Bangkit Enterprise dan Mami Ruby Enterprise.

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60182712544

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang HALAL International posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang HALAL International:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share