Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang

Call Directions Website Contact the organization

Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, Government Organization, Tingkat 4, Bangunan MARA, 33, Pengkalan Weld, George Town, Georgetown.

Program Outreach Madani Kita (PMK) DUN Machang Bubuk anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Tarikh : 03/10/2026 (Sa...
04/10/2026

Program Outreach Madani Kita (PMK) DUN Machang Bubuk anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN)

Tarikh : 03/10/2026 (Sabtu)
Masa : 09.00 pagi - 06.00 petang
Tempat : Taman Perniagaan Santuari, Bukit Mertajam

Pegawai bertugas :
1. Encik Zairy bin Che Ismail
2. Encik Mohamad Amirul Bin Nor Mohamad

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Pertukaran Bahagian Pilihan RayaTempat: Unit 3 Federal Reserve Uni...
29/09/2026

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Pertukaran Bahagian Pilihan Raya

Tempat: Unit 3 Federal Reserve Unit (FRU) Padang Tembak
Tarikh: 28 September 2026
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Pegawai Terlibat:

1. En. Ahmad Fitri bin Ahmad
2. En. Mohamad Amirul bin Nor Mohamad
3. En. Muhammad Hishamuddin bin Aziz
4. Pn. Hafizah binti Abd Razak

ICT/Bantuan Teknikal:

1. En. Mohd Khairi bin Shaari
2. En. Zul Azhar bin Jamil

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

28/09/2026
Program Outreach 2026Pesta Tanglung  anjuran Pusat Khidmat ADUN Seri Delima & MPKK Greenlane Heights Tarikh : 26/09/2026...
27/09/2026

Program Outreach 2026Pesta Tanglung anjuran Pusat Khidmat ADUN Seri Delima & MPKK Greenlane Heights

Tarikh : 26/09/2026 (Sabtu)
Masa : 4.00 ptg - 7.00 ptg
Tempat : Taman Kejiranan Jalan Gangsa

Petugas :
1. Puan Zakiah binti Abu Bakar
2. Puan Nor Hasmiza binti Hashim

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Pertukaran Bahagian Pilihan RayaTempat: IPD Seberang Perai Selatan...
25/09/2026

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Pertukaran Bahagian Pilihan Raya

Tempat: IPD Seberang Perai Selatan
Tarikh: 23 September 2026
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Pegawai Terlibat:

1. En. Ahmad Fitri bin Ahmad
2. En. Mohamad Sufiyan bin Mohamad
3. Pn. Siti Noriah binti Razali
4. En. Zairy bin Che Ismail
5. En. Mohamad Amirul bin Nor Mohamad

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OGOS TAHUN 2026 (DPT BLN8/2026)DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OGOS 2026 (DPT BLN8/2...
25/09/2026

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OGOS TAHUN 2026 (DPT BLN8/2026)

DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN BULAN OGOS 2026 (DPT BLN8/2026)

1. DPT BLN8/2026 telah diperaku pada 24 September 2026 dan diwartakan pada 25 September 2026. DPT BLN8/2026 ini akan dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 25 September 2026 hingga 24 Oktober 2026.

2. DPT BLN8/2026 ini mengandungi seperti berikut:
(a) 43,309 orang warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu;
(b) 34,411 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya; dan
(c) 2,728 orang pemilih bertukar kategori pengundi/ status.

3. DPT BLN8/2026 boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:
(a) Portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my;
(b) Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my;
(c) Aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my;
(d) Aplikasi mudah alih MySPR Semak; atau
(e) Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218.

TUNTUTAN

1. Dalam tempoh semakan ini, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026 atau pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status dalam tempoh 1 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026 yang mendapati namanya tiada dalam DPT BLN8/2026 boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

2. Selain itu, mana-mana pemilih yang namanya ada dalam DPT BLN8/2026 mendapati terdapat kesilapan maklumat atau kesilapan kawasan pendaftaran juga boleh mengemukakan TUNTUTAN dengan mengisi Borang C.

3. TUNTUTAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja. Tiada bayaran fi dikenakan bagi tuntutan.


BANTAHAN

1. Dalam tempoh semakan ini juga, mana-mana pemilih berdaftar di suatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat BANTAHAN ke atas kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, hendaklah mengisi Borang D.

2. BANTAHAN boleh dikemukakan secara dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau memuat turun Borang D dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

3. Seorang pembantah dibenarkan membantah tidak boleh melebihi 20 nama dengan bayaran fi sebanyak RM10 bagi setiap orang yang dibantah (OKB).

4. Pembantah hendaklah hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja untuk mengemukakan Borang D (sekiranya menggunakan borang yang dimuat turun) serta bayaran fi bagi bantahan tersebut termasuklah bagi permohonan yang dibuat secara dalam talian.

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Urusan Pertukaran Bahagian Pilihan RayaTempat: IPD Seberang Perai ...
23/09/2026

Program Outreach dan Taklimat Pembukaan Akaun MySPR & Urusan Pertukaran Bahagian Pilihan Raya

Tempat: IPD Seberang Perai Tengah
Tarikh: 21 September 2026
Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang

Pegawai Terlibat:

1. Encik Ahmad Fitri bin Ahmad
2. Encik Muhammad Taqiyuddin bin Mohamad Sukri
3. Puan Ummi Kalsom binti Hashim
4. Puan Puan Nur Aliah binti Abdullah
5. Encik Zul Azhar bin Jamil

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

Program Outreach Madani Kita Anjuran Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri & Pejabat Khidma...
21/09/2026

Program Outreach Madani Kita Anjuran Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri & Pejabat Khidmat Adun Batu Maung

Tarikh : 20/09/2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SK Sungai Ara

Petugas :
1. En Zairy bin Che Ismail
2. Pn Siti Noriah binti Razali

Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti semakan tempat mengundi, Permohonan pertukaran alamat tempat mengundi serta hal- hal berkaitan pilihan raya.
Terima kasih di atas kehadiran pengunjung dan petugas yang bertugas.

Address

Tingkat 4, Bangunan MARA, 33, Pengkalan Weld, George Town
Georgetown
10300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang:

Shortcuts

Share