Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik

Directions

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik Ini adalah laman rasmi facebook Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik

VISI

Menjadi Institusi Pengurusan Hal Ehwal Islam Yang Cekap Dan Unggul Di Malaysia Menjelang 2025

MISI

Memantapkan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Dengan Penjagaan Maqasid Syariah Melalui Pendidikan, Pembudayaan, Pengawalan Di Negeri Perak Untuk Melahirkan Masyarakat Khaira Ummah

MOTO

Merintis Kegemilangan Ummah

OBJEKTIF

Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
Memperkasa agenda dakwah Islam secara syumul ke arah pembentukan khaira ummah berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Memperkasakan pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang Islam bagi mendaulatkan perlaksanaan syariat Islam. Mengukuhkan pengurusan hal ehwal Islam melalui bidang penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup ummah yang sejahtera. Memantapkan kerjasama strategik dengan agensi luar bagi mempertingkatkan sistem penyampaian Islam.

04/10/2026
Jumaat 2 Oktober 2026Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat dan Kenduri Kesyukuran di Masjid Shuhada Felda Bersia. Pengisyti...
03/10/2026

Jumaat 2 Oktober 2026

Majlis Pengisytiharan Solat Jumaat dan Kenduri Kesyukuran di Masjid Shuhada Felda Bersia. Pengisytiharan disempurnakan oleh AF Ustaz Muhammad Izzat bin Mohd Zainal Abidin, Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik.

Masjid ini telah selesai melalui kerja-kerja naiktaraf lebih 1 tahun dan sepenuhnya didirikan hasil kutipan derma, wakaf dan sedekah daripada orang ramai. Moga Masjid Shuhada terus menjadi nadi One Stop Center serta diimarahkan oleh anak kariah dengan ibadah dan pelbagai aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan. Alhamdulillah.

Tahniah dan syabas kepada AJK, Pegawai Masjid dan anak-anak kariah yang sama-sama berusaha dan berganding bahu memastikan pembinaan masjid berjalan dengan lancar.

23 September 2026Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Islam Gerik*TAKLIMAT BIRO NAZIRAN MASJID NEGERI PERAK PERINGKAT DA...
23/09/2026

23 September 2026
Dewan Serbaguna Kompleks Pentadbiran Islam Gerik

*TAKLIMAT BIRO NAZIRAN MASJID NEGERI PERAK PERINGKAT DAERAH GERIK*

Tarikh : 23 September 2026
Tempat : Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik

Telah berlangsung Taklimat Biro Naziran Masjid Peringkat Daerah Gerik oleh AF Ustaz Muhamad Syafriz bin Mhd Nazer, Pegawai daripada Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk. Taklimat ini disampaikan kepada Pengerusi dan AJK biro naziran yang telah dilantik bagi sesi 2026-2029.

Taklimat yang dijalankan ini memberi peluang kepada AJK untuk mendengar maklumat dan perincian tentang penubuhan biro naziran masjid yang telah dilancarkan pada september tahun lalu. Penubuhan Biro Naziran di Peringkat Masjid dan juga Daerah ini amat penting bagi memperkemaskan pengurusan masjid dari segi pentadbiran, pembangunan dan kewangan. Taklimat ini turut dihadiri AF Ustaz Arief, PPMD Gerik merangkap urusetia serta barisan panel KPMD yang telah dilantik diketuai oleh AF Encik Ahmad Hafidz bin Shafei, Ahli MPM merangkap Pengerusi Masjid Nurussalam Batu 4.

Laporan
Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Gerik/P Hulu

23 September 2026Kursus Pemantapan Pegawai Masjid (Bilal) Peringkat Daerah Gerik dan Pengkalan Hulu di Masjid Jamek Geri...
23/09/2026

23 September 2026
Kursus Pemantapan Pegawai Masjid (Bilal) Peringkat Daerah Gerik dan Pengkalan Hulu di Masjid Jamek Gerik.

Pada kursus kali ini, PPAI Gerik telah menjemput AF Ustaz Mohamad Amir Hakim Mohd Rashid, Pegawai Hal Ehwal Islam PPAI Batu Gajah merangkap Imam Masjid Toh Puan Besar Hatijah. Seramai 70 orang muazzin daripada 39 buah masjid dan SDJ telah hadir kursus yang dijalankan. Majlis turut dihadiri dan disempurnakan oleh AF Ustaz Muhammad Izzat bin Mohd Zainal Abidin, Pegawai Hal Ehwal Islam PPAI Gerik

18/09/2026
18/09/2026
KURSUS PORTAL PENGURUSAN KEWANGAN MASJID (E-SPEAK) DAERAH GERIKTarikh : 15 September 2026Tempat : Bilik Mesyuarat Pejaba...
15/09/2026

KURSUS PORTAL PENGURUSAN KEWANGAN MASJID (E-SPEAK) DAERAH GERIK

Tarikh : 15 September 2026
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Gerik

Kursus Pengurusan Kewangan E-Speak yang dianjurkan ini telah dihadiri oleh Bendahari-Bendahari masjid daerah Gerik yang telah dilantik bagi penggal 2026-2029.

Pada kali ini, PPAI Gerik telah menjemput AF Ustaz Syarul Azhar bin Murad daripada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar selaku penceramah dan pembimbing. Kursus dimulakan dengan Taklimat pengenalan tentang sistem E-Speak diikuti latihan amali penggunaan sistem dan pengisian data maklumat kewangan masjid oleh para peserta. Turut hadir sama AF Ustaz Mohamad Arief Ramadhan selaku urusetia merangkap PPMD bersama AF Tuan Joshuade Reza Mohd Zaini yang menyampaikan amanat kepada para hadirin.

Laporan
*Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Gerik/P Hulu*

Debaran peperiksaan kini bermula. Selamat menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) diucapkan kepada semua c...
08/09/2026

Debaran peperiksaan kini bermula.

Selamat menduduki peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI) diucapkan kepada semua calon! 📖✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas juga kepada para ibu bapa serta guru-guru yang tidak lelah mendidik dan mendoakan kejayaan anak-anak ini.

Semoga segala usaha dan keringat berbalas dengan kejayaan yang manis dunia dan akhirat. Insya-Allah.

03/09/2026
KURSUS PORTAL PENGURUSAN MASJID NEGERI PERAK (E-MASJID 2.0) DAERAH GERIKTarikh : 3 September 2026Tempat : Makmal Kompute...
03/09/2026

KURSUS PORTAL PENGURUSAN MASJID NEGERI PERAK (E-MASJID 2.0) DAERAH GERIK

Tarikh : 3 September 2026
Tempat : Makmal Komputer Kolej Vokasional Gerik

Kursus E-Masjid 2.0 yang dianjurkan ini telah dihadiri oleh Setiausaha & Penolong Setiausaha bagi masjid-masjid dan SDJ daerah Gerik yang telah dilantik untuk penggal 2026-2029. Objektif utama kursus adalah untuk memantapkan pengurusan masjid seiring era pendigitalan yang diperluaskan kini.

Pada kali ini, PPAI Gerik telah menjemput AF Ustaz Mohammad Qaiyyum bin Mohd Ali daripada Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak selaku penceramah dan pembimbing kursus. Kursus dimulakan dengan taklimat pengenalan tentang sistem E-Masjid 2.0 diikuti latihan amali penggunaan sistem dan pengisian data masjid oleh para peserta. Turut hadir sama menyampaikan amanat dan ucapan penangguhan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Gerik, AF Tuan Joshuade Reza bin Mohd Zaini serta AF Ustaz Mohamad Arief Ramadhan selaku urusetia merangkap Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Gerik.

Address

Pejabat Agama Daerah Gerik Jalan Intan
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pentadbiran Agama Islam Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share