JPJ Cawangan Gerik

Directions Website

JPJ Cawangan Gerik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPJ Cawangan Gerik, Government Organization, Aras Bawah , Bangunan Persekutuan , Jalan Intan, Gerik.

GERIK, 27 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik telah berjaya melaksanakan Program Ujian Praktikal...
27/08/2026

GERIK, 27 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik telah berjaya melaksanakan Program Ujian Praktikal MyLesen B2S bertempat di Institut Memandu (IM) MK Mulia Gerik, hari ini.

Sesi ujian tersebut telah dihadiri oleh seramai 91 orang calon. Kesemua calon terlibat telah menduduki ujian praktikal berkenaan dengan penuh disiplin, sekaligus membolehkan keseluruhan proses penilaian berjalan dengan lancar dan teratur dari awal hingga akhir tanpa sebarang gangguan.

Program MyLesen B2S kali ini diselaraskan sepenuhnya oleh Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Cawangan Gerik, Tuan Mohd Irwan Shah bin Jafar. Manakala urusan penilaian dan pengujian di litar serta jalan raya dikendalikan di bawah seliaan Ketua Penguji, Encik Mohd Khairul bin Ahmad Nor Suki.

Ketua Cawangan JPJ Gerik, Tuan Kamarulzaman Bin Zamry, menyatakan rasa amat berpuas hati dengan kelancaran perjalanan ujian serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua calon dan warga kerja yang terlibat.Inisiatif berskala besar ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini dirangka khusus dengan menyasarkan golongan pelajar sekolah yang berumur 16 tahun ke atas bagi memastikan mereka memiliki Lesen Memandu Kelas B2 yang sah.

Selain membantu meringankan beban kos, kerjasama ini bertujuan memupuk kesedaran keselamatan jalan raya yang tinggi dan memastikan pelajar menunggang motosikal secara sah serta selamat ke sekolah.

25/08/2026
11 Ogos 2026 Majlis Pemakaian Sayap Kehormat oleh Tentera Diraja Thailand kepada Pengarah JPJ Negeri Perak telah diadaka...
11/08/2026

11 Ogos 2026

Majlis Pemakaian Sayap Kehormat oleh Tentera Diraja Thailand kepada Pengarah JPJ Negeri Perak telah diadakan pada 11 Ogos 2026, jam 10.30 pagi, bertempat di Bangunan Persekutuan Gerik, Perak.

Majlis ini merupakan satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan daripada Tentera Diraja Thailand kepada Pengarah JPJ Negeri Perak dan pegawai serta anggota JPJ di Hulu Perak , di samping mencerminkan hubungan kerjasama serta jalinan silaturahim yang erat antara kedua-dua pihak.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh tertib dan bermakna dengan acara pemakaian Sayap Kehormat sebagai simbol penghargaan dan penghormatan kepada JPJ Negeri Perak .

*JPJ Gerik Tembusi Pedalaman RPS Banun: 145 Calon Orang Asli Jalani Ujian Buta Warna Demi Merealisasikan Impian Memiliki...
06/08/2026

*JPJ Gerik Tembusi Pedalaman RPS Banun: 145 Calon Orang Asli Jalani Ujian Buta Warna Demi Merealisasikan Impian Memiliki Lesen Memandu B2*

*GERIK, 6 Ogos 2026* – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik terus komited memperkasakan akses perkhidmatan kepada komuniti Orang Asli apabila melaksanakan Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Banun, hari ini.

Program yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Orang Asli Banun itu diketuai oleh Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Cawangan Gerik, Tuan Mohd Irwan Shah bin Jafar, bersama beberapa pegawai dan anggota Bahagian Pelesenan Pemandu yang turun padang bagi melaksanakan saringan awal calon.

Seramai 145 calon daripada masyarakat Orang Asli telah hadir bagi menjalani Ujian Buta Warna, yang merupakan antara syarat penting sebelum mereka layak mengikuti proses mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2.

Pelaksanaan program ini membuktikan komitmen JPJ Cawangan Gerik dalam memastikan masyarakat di kawasan pedalaman turut menikmati peluang yang sama untuk memiliki lesen memandu secara sah, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta membuka ruang kepada peluang pekerjaan dan peningkatan taraf hidup.

Sementara itu, Ketua Cawangan JPJ Gerik, Tuan Kamarulzaman bin Zamry, menyatakan rasa puas hati terhadap kelancaran pelaksanaan tugasan pada hari ini. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pegawai dan anggota yang telah memberikan komitmen tinggi dalam memastikan program berjalan dengan teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

JPJ Cawangan Gerik akan terus komited melaksanakan inisiatif seumpama ini sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat serta menyokong agenda pembangunan komuniti Orang Asli melalui pemilikan Lesen Memandu Kelas B2 yang sah dan selamat.

*Sekian Terima Kasih*

*KURSUS KESELAMATAN JALAN RAYA TNB HULU PERAK: PEMANDU KOMPETEN YANG BERETIKA DARI SUDUT PENGUATKUASAAN*Gerik, Perak – K...
20/07/2026

*KURSUS KESELAMATAN JALAN RAYA TNB HULU PERAK: PEMANDU KOMPETEN YANG BERETIKA DARI SUDUT PENGUATKUASAAN*

Gerik, Perak – Kelab Kilat Temenggor TNB Gerik telah menjadi lokasi penganjuran Ceramah Keselamatan Jalan Raya bertajuk "Pemandu Kompeten yang Beretika", yang dianjurkan oleh TNB Gerik Hulu Perak sebagai usaha memperkukuhkan budaya pemanduan berhemah dan pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan kakitangan.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Mohd Irwan Shah Bin Jafar, Ketua Bahagian Penguatkuasa, JPJ Cawangan Gerik, yang mengupas kepentingan menjadi pemandu yang bukan sahaja kompeten dari aspek kemahiran, malah berintegriti, beretika dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Melalui perkongsian yang interaktif, peserta diberi pendedahan mengenai tanggungjawab seorang pemandu, aspek keselamatan ketika memandu, kesalahan-kesalahan yang sering dikesan oleh pihak penguat kuasa serta implikasi undang-undang akibat kegagalan mematuhi peraturan jalan raya. Penekanan turut diberikan bahawa penguatkuasaan bukan sekadar tindakan undang-undang, tetapi merupakan medium pendidikan bagi melahirkan pengguna jalan raya yang lebih bertanggungjawab.

Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga TNB Gerik Hulu Perak agar sentiasa mengamalkan budaya pemanduan selamat, beretika dan berhemah demi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

"Pemandu yang kompeten bukan hanya mahir mengendalikan kenderaan, tetapi juga mempunyai disiplin, etika dan rasa tanggungjawab dalam setiap perjalanan.

JELAJAH RPS KEMAR7 Julai 2026 | RPS Kemar, GerikJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik hari ini telah melaksana...
07/07/2026

JELAJAH RPS KEMAR

7 Julai 2026 | RPS Kemar, Gerik

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Gerik hari ini telah melaksanakan Ujian Buta Warna melibatkan seramai 160 calon daripada masyarakat Orang Asli di RPS Kemar sebagai salah satu syarat bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam merealisasikan hasrat agar penduduk di RPS Kemar memiliki lesen memandu yang sah, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta memudahkan urusan harian masyarakat setempat.

Pelaksanaan program telah diketuai oleh Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Cawangan Gerik, Tuan Mohd Irwan Shah bin Jafar, bersama lima (5) orang anggota Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ Cawangan Gerik yang telah menjalankan ujian dengan lancar dan teratur.

Ketua Cawangan JPJ Gerik, Tuan Kamarulzaman bin Zamry, melahirkan rasa gembira dan berpuas hati kerana program pada hari ini berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama erat semua pihak. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan inisiatif bersama YB Dato' Salbiah binti Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, yang sentiasa komited membantu masyarakat Orang Asli di kawasan Gerik untuk memperoleh Lesen Memandu Kelas B2 secara sah dan Program ini akan melibatkan Masyarakat orang Asli di RPS Kemar,RPS Banun Dan Pinggit Gerik.

Diharapkan usaha murni ini akan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat Orang Asli serta menjadi pemangkin kepada peningkatan pematuhan undang-undang jalan raya dan kesejahteraan komuniti setempat

24/06/2026

Address

Aras Bawah , Bangunan Persekutuan , Jalan Intan
Gerik
33300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ Cawangan Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share