04/09/2026
πππππππππ ππππππ ππ ππππππππ ππππππ πππππ | ππππ ππππ
2 September 2026 menjadi satu detik yang amat bermakna buat Pavilion Negeri Perak apabila Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan mencemar duli berangkat ke Pavilion Negeri Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS Serdang.
Keberangkatan Baginda turut disertai Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, serta anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak, Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah.
Dalam kunjungan tersebut, baginda bersama keluarga Diraja berkenan melawat sekitar Pavilion Negeri Perak dan meninjau pelbagai produk, inovasi, hasil pertanian serta potensi industri agromakanan Negeri Perak.
Turut menjadi detik istimewa buat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Perak, apabila Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menerima cenderahati berupa tengkolok dan clutch bag yang diperbuat daripada benang nanas ketika berangkat melawat reruai LPNM.
Cenderahati tersebut mengetengahkan kreativiti serta nilai tambah hasil industri nanas, selain menjadi simbol usaha dalam memperkenalkan potensi serat dan benang nanas sebagai bahan inovatif yang boleh diketengahkan dalam produk kraf dan fesyen.
Kunjungan Diraja ini pastinya menjadi satu penghormatan dan suntikan semangat kepada warga LPNM, para usahawan serta pemain industri nanas Negeri Perak untuk terus berinovasi dan memperkasakan industri nanas ke tahap yang lebih tinggi.
Daulat Tuanku.
π Pavilion Negeri Perak, MAEPS Serdang
π
2 September 2026
Kredit Foto: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK)