Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak

Call Directions Website

Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak, Government Organization, Lot 133080, Laluan Persekutuan, Gopeng.

Menawarkan Kursus Sepenuh Masa peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam Bidang Penyediaan Makanan dan Jahitan Pakaian Lelaki yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK)

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐Ž๐๐„๐๐† ๐Š๐„ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐†๐Ž๐๐„๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”29โ€“30 SEPTEMB...
05/10/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐Ž๐๐„๐๐† ๐Š๐„ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐†๐Ž๐๐„๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

29โ€“30 SEPTEMBER 2026 โ€“ Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) telah melaksanakan Program Lawatan Industri Makanan dan Tekstil Tahun 2026 melibatkan pelatih Tahap 2 bidang Jahitan Pakaian Lelaki dan Penyediaan dan Penghasilan Makanan.
Program selama dua hari yang berlangsung di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor ini merupakan inisiatif AKKGO dalam memberikan pendedahan kepada pelatih terhadap persekitaran industri sebenar, di samping memperkukuh kefahaman mereka berkaitan amalan kerja, proses pengeluaran, pengurusan operasi serta keperluan semasa sektor industri.

Bagi Bidang Jahitan Pakaian Lelaki, para pelatih telah berkesempatan mengadakan lawatan industri ke Laman Siti Khadijah dan Hotspot Manufacturing Sdn. Bhd. Lawatan ini memberi peluang kepada pelatih untuk meninjau secara lebih dekat operasi industri tekstil serta proses penghasilan produk, sekali gus memahami aplikasi kemahiran yang dipelajari di akademi dalam situasi pekerjaan sebenar.

Sementara itu, pelatih Bidang Penyediaan dan Penghasilan Makanan telah mengadakan lawatan ke Sudee Holdings Berhad dan Hai Kee Hung Sdn. Bhd. Melalui lawatan ini, pelatih didedahkan kepada operasi industri makanan, proses pengeluaran serta amalan kerja yang berkaitan dengan bidang penyediaan makanan dan kulinari.

Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, malah menjadi platform kepada pelatih untuk membina keyakinan, memperluas pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memahami kehendak sebenar industri sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Pendedahan seumpama ini amat penting dalam melahirkan pelatih TVET yang berkemahiran, berdaya saing, berdisiplin dan bersedia memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.

Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak industri yang sudi menerima kunjungan serta memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu kepada para pelatih sepanjang program berlangsung.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‚๐”๐‚๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿงน๐ŸŒฑ๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐”๐‹๐€๐ˆ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Akademi Kemahiran KEMAS Gop...
02/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‚๐”๐‚๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Ÿงน๐ŸŒฑ

๐’๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐† ๐๐”๐‹๐€๐ˆ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO) telah dijemput untuk menyertai Program Pelancaran Hari Cuci Malaysia 2026 Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Padang Permainan Bandar Pulai Jaya, Batu Gajah.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kelestarian alam sekitar, antaranya aktiviti plogging, penanaman anak pokok serta gotong-royong pembersihan di sekitar kawasan program.

Penglibatan warga Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng mencerminkan komitmen AKKGO dalam menyokong usaha membudayakan amalan kebersihan, memupuk kecintaan terhadap alam sekitar serta menyemai semangat kesukarelawanan dan gotong-royong dalam kalangan warga akademi dan komuniti setempat.

Selain memberikan pengalaman dan pendedahan kepada para pelatih, penyertaan ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai kerjasama, tanggungjawab bersama dan keprihatinan terhadap kebersihan persekitaran.

Semoga usaha dan penglibatan dalam program seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan bagi membentuk komuniti yang lebih bersih, sihat, ceria dan sejahtera, selaras dengan aspirasi membudayakan amalan kebersihan sebagai tanggungjawab bersama.

โœจ ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐›, ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐›๐ฎ๐๐š๐ฒ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐ข๐ฉ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐๐ข๐ฃ๐š๐ ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š. ๐ŸŒฑ๐Ÿงนโœจ

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐“๐”๐๐€๐’ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Œ๐„๐–๐€ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€! Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperl...
01/10/2026

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐“๐”๐๐€๐’ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Œ๐„๐–๐€ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€!
Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas, khususnya Autisme Tahap 1 (ringan/mild), kini boleh membuat permohonan kemasukan ke TABIKA Tunas Istimewa (Autisme) @ KEMAS bagi Sesi 2027.
๐Ÿ“… ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง:
๐Ÿ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐Ÿ’ป Permohonan secara dalam talian melalui Sistem KEMAS eDuceria:
๐Ÿ‘‰ https://ceria.kemas.gov.my/
โœจ Program ini memberi fokus kepada pendidikan dan intervensi awal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan pengurusan kendiri kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang dengan lebih berdikari.
๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป Antara syarat utama:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 5 hingga 6 tahun pada tahun 2027
โœ… Mempunyai kelewatan perkembangan atau diagnosis Autisme Tahap 1 (ringan/mild)
โœ… Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan pengurusan diri
โœ… Bersedia mengikuti pembelajaran di TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS
๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan bersama-sama kita bina masa depan anak-anak yang lebih inklusif dan bermakna.
See less

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐“๐”๐๐€๐’ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐Œ๐„๐–๐€ @ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Š๐ˆ๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ๐๐”๐Š๐€!

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas, khususnya Autisme Tahap 1 (ringan/mild), kini boleh membuat permohonan kemasukan ke TABIKA Tunas Istimewa (Autisme) @ KEMAS bagi Sesi 2027.

๐Ÿ“… ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐จ๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง:
๐Ÿ โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ’ป Permohonan secara dalam talian melalui Sistem KEMAS eDuceria:
๐Ÿ‘‰ https://ceria.kemas.gov.my/

โœจ Program ini memberi fokus kepada pendidikan dan intervensi awal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan pengurusan kendiri kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang dengan lebih berdikari.

๐Ÿ‘ง๐Ÿป๐Ÿ‘ฆ๐Ÿป Antara syarat utama:
โœ… Warganegara Malaysia
โœ… Berumur 5 hingga 6 tahun pada tahun 2027
โœ… Mempunyai kelewatan perkembangan atau diagnosis Autisme Tahap 1 (ringan/mild)
โœ… Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan pengurusan diri
โœ… Bersedia mengikuti pembelajaran di TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS

๐Ÿ“Œ Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan bersama-sama kita bina masa depan anak-anak yang lebih inklusif dan bermakna.

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ โ€“ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• # ๐ŸŽ“โœจJom rebut peluang bina masa depan bersama Akademi Kemahiran KEMAS G...
01/10/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ โ€“ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• # ๐ŸŽ“โœจ

Jom rebut peluang bina masa depan bersama Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng (AKKGO)! ๐Ÿ’™

๐Ÿ“… Permohonan: 1 Oktober โ€“ 16 November 2026
๐ŸŒ Mohon: mohon.tvet.gov.my
๐ŸŽฏ Pelbagai kursus kemahiran ditawarkan melalui UP_TVET @ TVET MADANI.

โœจ Kemahiran Membina Masa Depan!

28/09/2026

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri mantan Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.โ€
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga KEMAS

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€Hebahan Permohonan Dan ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ...
16/09/2026

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€

Hebahan Permohonan Dan ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐จ๐ฉ๐ž๐ง๐  melalui sistem UP_TVET @ TVET MADANI

Permohonan boleh dibuat pada ketetapan berikut :

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง : ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Ÿ’๐Ÿ’ ๐‡๐š๐ซ๐ข)

Pautan Permohonan : https://mohon.tvet.gov.my

Kursus Yang ditawarkan:

๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ (๐€๐Š๐Š๐’๐ˆ)

SKM Tahap 3
1. Operasi Teknikal Pakaian Wanita (C141-005-3:2021)

DKM Tahap 4
1. Operasi Pengeluaran Pakaian (C141-006-4:2021)

DLKM Tahap 5
1. Reka Bentuk Dan Pengeluaran Pakaian
(C141-006-5:2021)

Kursus Yang ditawarkan :

๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐จ๐ฉ๐ž๐ง๐  (๐€๐Š๐Š๐†๐Ž)

SKM Tahap 2
1. Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-2:2017)

SKM Tahap 2
1. Penyediaan Dan Penghasilan Makanan (I561-005-2:2022)

SKM Tahap 3
1. Penyeliaan Dan Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-3:2017)

SKM Tahap 3
1. Operasi Seni Kulinari (I561-005-3:2022)

Pemohon mesti mendaftar akaun jika tidak mempunyai akaun (myspike) sebelum membuat permohonan.

Tatacara Permohonan Kursus boleh di muat turun di laman web UP_TVET (Manual Pengguna)

Sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut boleh terus berhubung ke talian 013-7513645 / 016-9610651 (Cik Hazeliany-AKKSI) Dan 016-4474515 (En. Azraf-AKKGO).

Prasyarat Kemasukan ke AKKSI dan AKKGO melalui sistem UP-TVET adalah :-

1. Lepasan SPM @ Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis (mengikut kursus / tahap)
2. Umur 18 tahun hingga 30 tahun
3. Bujang / Belum berkahwin
4. Warganegara
5. Bumiputera / Sabah / Sarawak
6. Memiliki Sijil SKM terdahulu Dalam bidang Yang Sama bagi permohonan SKM Tahap 3,
7. Tidak buta warna
8. Sihat tubuh badan
9. Keutamaan kepada golongan B40
10. Bukan pemegang kad OKU

Cara Mohon boleh download manual pengguna Dalam portal UP_TVET

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜”๐˜ˆ๐˜‹๐˜ˆ๐˜•๐˜: ๐˜’๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti pembentukan Malaysia dengan memperkukuh perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan dalam mendepani cabaran serta membina masa depan negara yang lebih sejahtera.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita dalam kepelbagaian, demi Malaysia yang aman, makmur dan harmoni. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026!

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga KEMAS

๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ...
14/09/2026

๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐€๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐จ๐ฉ๐ž๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ฆ ๐”๐_๐“๐•๐„๐“ @ ๐“๐•๐„๐“ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ

Oleh Yang demikian permohonan boleh dibuat pada ketetapan berikut :

*Tarikh Permohonan : 1 Oktober 2026 sehingga 16 November 2026 (44 Hari)*

Pautan Permohonan : https://mohon.tvet.gov.my

*Kursus Yang ditawarkan :*

*Akademi Kemahiran KEMAS Seri Iskandar*

*SKM Tahap 3*
1. Operasi Teknikal Pakaian Wanita (C141-005-3:2021)

*DKM Tahap 4*
1. Operasi Pengeluaran Pakaian (C141-006-4:2021)

*DKM Tahap 5*
1. Reka Bentuk Dan Pengeluaran Pakaian
(C141-006-5:2021)

*Kursus Yang ditawarkan :*

*Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng*

*SKM Tahap 2*
1. Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-2:2017)

*SKM Tahap 2*
1. Penyediaan Dan Penghasilan Makanan (I561-005-2:2022)

*SKM Tahap 3*
1. Penyeliaan Dan Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-3:2017)

*SKM Tahap 3*
1. Operasi Seni Kulinari (I561-005-3:2022)

Permohonan mesti mendaftar akaun jika tidak mempunyai akaun (myspike) baru boleh membuat permohonan. Manual pengguna permohonan kursus boleh Di dapat Di UP_TVET..

Pemilihan Pusat Pengajian minimum satu (1) Pusat Dan maksimun lima (5) Pusat..

Sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut boleh terus berhubung ke talian 013-7513645 / 016-9610651 (Cik Hazeliany-AKKSI) Dan 016-4474515 (En. Azraf-AKKGO).

Prasyarat Kemasukan ke AKKSI dan AKKGO melalui sistem UP-TVET adalah :-

1. Lepasan SPM @ Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis (mengikut kursus / tahap)
2. Umur 18 tahun hingga 30 tahun
3. Bujang Dan Belum berkahwin
4. Warganegara
5. Bumiputera / Sabah / Sarawak
6. Memiliki Sijil SKM terdahulu Dalam bidang Yang Sama bagi permohonan SKM Tahap 3,
7. Tidak buta warna
8. Sihat tubuh badan
9. Keutamaan kepada golongan B40
10. Bukan pemegang kad OKU

*Cara Mohon boleh download manual pengguna Dalam portal UP-TVET*

Sekian, terima kasih

06/09/2026

๐ˆ๐๐๐€๐‹๐ˆ๐‹๐‹๐€๐‡๐ˆ ๐–๐€ ๐ˆ๐๐๐€ ๐ˆ๐‹๐€๐ˆ๐‡๐ˆ ๐‘๐€๐‰๐ˆโ€™๐”๐

ุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†ูŽ

โ€œSesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.โ€

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham En. Zainorin bin Pin, mantan warga INFRA dan KEMAS Ibu Pejabat serta Pengetua Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur (ILKKL), telah kembali ke rahmatullah pada 6 September 2026.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang amat dihormati dan dikenang atas jasa serta baktinya sepanjang berkhidmat.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya, melapangkan kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Bacaan Yasin dan doa untuk arwah Encik Zainorin Pin akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 6 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: Selepas solat Maghrib
๐ŸŽ™๏ธ Pemimpin Bacaan: Ustaz Nazri Mustakim, Imam Masjid Negara
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet
๐Ÿ”— https://meet.google.com/vku-drqq-gbq

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga KEMAS

๐†๐Ž๐๐„๐๐† | ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐„๐Š๐‹๐€๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐’๐€๐‰๐€๐Š ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐Ž๐๐„๐๐†Merdeka bukan...
03/09/2026

๐†๐Ž๐๐„๐๐† | ๐Ÿ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐„๐Š๐‹๐€๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐’๐€๐‰๐€๐Š ๐Š๐„๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐Ž๐๐„๐๐†

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi sebuah jiwa yang perlu terus disemai dalam sanubari setiap anak Malaysia.

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69, Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng telah menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Kemerdekaan Peringkat Akademi yang melibatkan penyertaan para pelatih dan wakil tenaga pengajar.

Pertandingan ini menjadi salah satu wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisma, kecintaan kepada tanah air serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan warga akademi.

Lebih daripada sekadar pertandingan, pentas ini menjadi ruang untuk para peserta menyuarakan rasa cinta kepada negara melalui bait-bait sajak, di samping menyerlahkan bakat, kreativiti, keyakinan diri dan keupayaan dalam seni deklamasi.

Setiap persembahan telah dinilai oleh Juri Jemputan, Ybrs Encik Is. Azmi bin Ismail, Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak.

๐Ÿ† TAHNIAH & SYABAS KEPADA PARA PEMENANG! ๐Ÿ†

๐Ÿฅ‡ TEMPAT PERTAMA
๐Ÿ† Ammar Luqman Abd Hamid

๐Ÿฅˆ TEMPAT KEDUA
๐Ÿ† Azib Safwan bin Saffizan

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA
๐Ÿ† Zahin Muszafhar Bin Jasni

Sekalung tahniah dan penghargaan turut dirakamkan kepada semua peserta yang telah tampil berani menyahut cabaran dan memberikan persembahan terbaik.

Sesungguhnya, setiap bait yang dilafazkan membawa makna, setiap persembahan mencerminkan jiwa dan setiap suara yang bergema menjadi tanda kecintaan kepada Malaysia.

Semoga program sebegini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat, membina keyakinan, memperkukuh jati diri dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng

๐Ÿ”ฅ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! โค๏ธ

Address

Lot 133080, Laluan Persekutuan
Gopeng
31600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6053572527

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Kemahiran KEMAS Gopeng, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share