Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2

Directions Website Contact the organization

Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2 Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

๐Ÿ“š๐Ÿ’ป Jom Jadi Ahli U-Pustaka Sekarang!Terokai kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif, menarik dan komprehensif ...
22/10/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ’ป Jom Jadi Ahli U-Pustaka Sekarang!

Terokai kaedah pembelajaran digital yang lebih interaktif, menarik dan komprehensif melalui myGuru @ Perpustakaan Negara Malaysia.

Platform ini sesuai untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan pelbagai kelebihan seperti:
โœ… Sumber pembelajaran interaktif lengkap
โœ… Makmal maya
โœ… Selaras dengan silibus terkini
โœ… Dibangunkan bersama guru pakar
โœ… Dwi bahasa โ€“ Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
โœ… Soalan latih tubi dan sistem pemarkahan segera

Ayuh manfaatkan kemudahan pembelajaran digital ini untuk membantu anak-anak belajar dengan lebih mudah, fleksibel dan berkesan.

Jadi ahli U-Pustaka hari ini dan mula terokai dunia ilmu tanpa sempadan!








Sumber : u-Pustaka : u-Library









Tarikh : 22 Okt 2026

22/10/2026
๐Ÿ“– Kelas Membaca (KECA)                 OKTOBER 2026  ๐Ÿ“–๐™‹๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™จ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™˜๐™– (๐™†๐™€๐˜พ๐˜ผ) bertujuan meningkatkan kemahiran memb...
21/10/2026

๐Ÿ“– Kelas Membaca (KECA)
OKTOBER 2026 ๐Ÿ“–

๐™‹๐™ง๐™ค๐™œ๐™ง๐™–๐™ข ๐™†๐™š๐™ก๐™–๐™จ ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™–๐™˜๐™– (๐™†๐™€๐˜พ๐˜ผ) bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan peserta, terutamanya kanak-kanak. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk belajar membaca dengan lebih lancar melalui bimbingan dan aktiviti yang menarik.

Selain itu, program ini juga membantu memupuk minat membaca serta meningkatkan keyakinan diri peserta ketika membaca. Dengan adanya kelas seperti ini, masyarakat dapat memanfaatkan kemudahan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan perkembangan ilmu. ๐Ÿ“š







๐Ÿ“œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‰๐€๐–๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐”โœจ Kenali Jawi, Hayati Warisan, Cintai Ilmu! ๐Ÿ“šTahukah anda bahawa tulisan Jawi bu...
21/10/2026

๐Ÿ“œ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‰๐€๐–๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐ˆ๐‹๐Œ๐”

โœจ Kenali Jawi, Hayati Warisan, Cintai Ilmu! ๐Ÿ“š

Tahukah anda bahawa tulisan Jawi bukan sekadar warisan budaya, tetapi juga khazanah ilmu yang menyimpan sejarah dan identiti bangsa? ๐Ÿคฉ

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput anda untuk menyertai bengkel ini sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026!

โœ๏ธ Jom terokai keunikan tulisan Jawi, perkaya pengetahuan dan hayati keindahan warisan ilmu yang perlu terus dipelihara untuk generasi akan datang!

๐Ÿ“… 25 Oktober 2026 (Ahad)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Bilik Serbaguna, Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
๐ŸŽ“ Terbuka kepada peserta berumur 13 tahun dan ke atas
๐ŸŽ‰ Penyertaan PERCUMA!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
๐Ÿ”— https://forms.gle/mURUGfWoffgaCBM99

Bengkel ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026, yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

๐Ÿ”— Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt

โœจ Jawi warisan bangsa, ilmu sepanjang zaman! ๐Ÿ“œ๐Ÿ’™



Sumber : PNM









Tarikh : 21 Okt 2026

20/10/2026

๐Ÿ“–โœจ ๐’๐ˆ๐€๐๐€๐Š๐€๐‡ ๐“๐Ž๐Š๐Ž๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐๐€๐‹๐ˆ๐Š ๐Š๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐€๐‘๐˜๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”?

Pada tanggal 20 Oktober 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara Ke-10, satu pengiktirafan berprestij dalam dunia kesusasteraan tanah air.

โœ๏ธ Siapakah tokoh hebat ini? Apakah kisah dan inspirasi di sebalik perjalanan seninya?

๐Ÿค” Dapatkah anda meneka siapakah sasterawan yang dimaksudkan? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen! ๐Ÿ‘‡

๐ŸŽฌ Nantikan Program Kalam Karyawan 2026 yang bakal menyingkap kisah istimewa tokoh sasterawan negara ini!

๐Ÿ“… 29 Oktober 2026 (Khamis)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Auditorium PNM, Aras 2, Anjung Bestari

๐Ÿ”ด Siaran langsung menerusi YouTube PNM TV Channel.

๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฝ ๐—œ๐˜๐—พ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ปBekerja bukan sekadar rutin harian untuk menghabiskan ...
20/10/2026

๐—•๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฝ ๐—œ๐˜๐—พ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป

Bekerja bukan sekadar rutin harian untuk menghabiskan masa di pejabat atau menanti ketibaan gaji bulanan. Di dalam Islam, pekerjaan adalah satu bentuk amanah dan ibadah yang menuntut kita untuk mencurahkan kualiti yang terbaik. Sikap ihsan dan kesungguhan ini dikenali sebagai konsep ๐—œ๐˜๐—พ๐—ฎ๐—ป, iaitu melakukan sesuatu tugasan dengan teliti, tekun, dan mencapai tahap kesempurnaan yang optimum tanpa mengira sama ada ia dipantau oleh ketua atau tidak.

Ini turut ditekankan oleh Baginda Nabi SAW dalam sebuah hadis, di mana Baginda bersabda:

ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุนูŽุฒูŽู‘ ูˆูŽุฌูŽู„ูŽู‘ ูŠูุญูุจูู‘ ุฅูุฐูŽุง ุนูŽู…ูู„ูŽ ุฃูŽุญูŽุฏููƒูู…ู’ ุนูŽู…ูŽู„ู‹ุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูุชู’ู‚ูู†ูŽู‡ู
"Sesungguhnya Allah SWT mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (bersungguh-sungguh dan tekun)." โ€” Riwayat al-Baihaqi

Hadis ini jelas membuktikan bahawa Allah SWT memandang tinggi nilai profesionalisme, keikhlasan, dan kualiti kerja yang cemerlang.

Justeru, marilah kita jadikan Jumaat yang barakah ini sebagai titik permulaan untuk memperbaharui niat dan meningkatkan prestasi kerja kita. Apabila kita meletakkan nilai integriti dan itqan dalam setiap tugasan, bukan sahaja hasil kerja kita menjadi lebih bermanfaat kepada masyarakat, malah ia turut dihitung sebagai amal soleh yang mendatangkan keberkatan rezeki.



Sumber : Institut Integriti Malaysia









Tarikh : 20 Okt 2026

Seorang ibu berkongsi nota tulisan tangan yang disiapkan sendiri untuk anaknya menghadapi peperiksaan akhir tahun sekola...
19/10/2026

Seorang ibu berkongsi nota tulisan tangan yang disiapkan sendiri untuk anaknya menghadapi peperiksaan akhir tahun sekolah agama.

Setiap subjek diringkaskan, disusun dan ditulis dengan penuh teliti.

Namun, ada satu perkara yang kita mungkin terlepas pandang.

Proses menghasilkan nota itu sendiri sebenarnya sebahagian daripada pembelajaran.

Apabila anak membaca, memilih isi penting, menyusun maklumat dan menulis semula menggunakan ayat sendiri, otaknya sedang memproses dan memahami apa yang dipelajari.

Jika semuanya disediakan oleh ibu, anak mungkin terlepas peluang melatih kemahiran tersebut.

Dalam jangka panjang, bantuan yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan anak kurang berdikari dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Bukan salah ibu menyediakan nota. Nota yang siap juga boleh menjadi bahan ulang kaji yang baik.

Cuma, jangan sampai kita terlalu sibuk memudahkan pembelajaran anak sehingga mengambil alih proses belajar mereka.

Kadangkala, bantuan terbaik bukan menyiapkan semuanya, tetapi membimbing anak melakukannya sendiri.

Sumber : Public Health Malaysia









Tarikh : 19 Okt 2026

19/10/2026

Address

Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kampung Paloh 2:

Shortcuts

Share

Category