Pejabat Wilayah Gua Musang - KESEDAR

Directions Website

Pejabat Wilayah Gua Musang - KESEDAR Official Page :
Pejabat Wilayah Gua Musang - KESEDAR

02/10/2026

📢 IKLAN JAWATAN KOSONG | KPKB

Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) kini membuka peluang kerjaya bagi jawatan:

🔹 PENYELIA STOR DAN KEDAI MESRA
📍 Penempatan: PETRONAS Persiaran Raya, Gua Musang
💼 Status: Kontrak
💰 Tangga Gaji: RM1,814.00 – RM4,534.00

👤 Kelayakan Utama

✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur 21 hingga 40 tahun
✅ Minimum Diploma dalam Pengurusan Perniagaan / Pentadbiran Perniagaan atau setaraf
✅ Mempunyai pengalaman dalam pengurusan peruncitan atau logistik & rantaian bekalan adalah satu kelebihan
✅ Mempunyai kemahiran asas Microsoft Excel dan sistem POS
✅ Mempunyai kemahiran kepimpinan, interpersonal, ketelitian dan kejujuran
✅ Memiliki lesen kenderaan kelas D

📩 Cara Memohon
Hantarkan resume, gambar terkini berukuran pasport, salinan sijil/ijazah, gaji terakhir, gaji yang dipohon, alamat kediaman dan dokumen berkaitan ke:

📧 [email protected]

Subjek e-mel:
PENYELIA STOR DAN KEDAI MESRA – NAMA CALON

⏰ Tarikh tutup permohonan:
📅 02 Oktober 2026 | 5.00 petang

📌 Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada KPKB.

30/09/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔, 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐌
𝐌𝐄𝐍𝐉𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇, 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐅𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul Naim, sempena Hari Keputeraan Ke-57, pada 29 September 2026.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam pemerintahan demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Kelantan Darul Naim.

Sembah takzim daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga kerja KESEDAR dan subsidiari.









16/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

MALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATI

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan dan semangat kebersamaan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa dan negara. Marilah kita terus memperkukuh semangat muhibah, perpaduan dan kerjasama, serta bersama-sama memainkan peranan dalam membina Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan inklusif.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyemarakkan iltizam kita untuk berganding bahu membangunkan negara dan memperkasa kesejahteraan rakyat, khususnya dalam memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara bersama.

Ayuh, kita terus melangkah bersama sebagai satu keluarga Malaysia, demi masa depan yang lebih gemilang.

🇲🇾 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑯𝑨𝑹𝑰 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨! 🇲🇾
𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 𝑴𝑨𝑫𝑨𝑵𝑰, 𝑲𝑬𝑺𝑬𝑱𝑨𝑯𝑻𝑬𝑹𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑰𝑵𝑰𝑲𝑴𝑨𝑻𝑰.

Ikhlas Daripada :
PENGERUSI, AHLI LEMBAGA PENGARAH (ALP),
PENGURUSAN BESAR, SELURUH WARGA KERJA KESEDAR & SUBSIDIARI









27/08/2026
MINI KARNIVAL USAHAWAN KESEDAR (MEKAR) 2026Jom meriahkan Mini Karnival Usahawan KESEDAR (MEKAR) 2026 anjuran Pejabat Wil...
27/08/2026

MINI KARNIVAL USAHAWAN KESEDAR (MEKAR) 2026

Jom meriahkan Mini Karnival Usahawan KESEDAR (MEKAR) 2026 anjuran Pejabat Wilayah Gua Musang!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang 1 & 2 September 2026 di Dewan Serbaguna Taman Agropolitan Rantau Manis:

🛍️ Gerai Usahawan
💰 Jualan Rahmah
🏢 Pameran Booth Agensi
🌙 Neon Night Walk @ Agropolitan
🎤 Persembahan Dikir Barat & Artis Tempatan
🎁 Cabutan Bertuah
🚗 Audiocar Show
🏃‍♂️ Sukaneka

🗓️ 1 & 2 September 2026
⏰ 8.00 Pagi – 11.00 Malam
📍 Dewan Serbaguna Taman Agropolitan Rantau Manis

Ayuh hadir beramai-ramai! Sokong usahawan tempatan, nikmati jualan menarik dan meriahkan suasana MEKAR 2026 bersama keluarga dan komuniti.

Jom Sokong Usahawan Tempatan !
MEKAR 2026 — Mekar Usahawan, Semarak Ekonomi!

Semoga kursus ini memberi manfaat yang menyeluruh kepada usahawan 💪
24/06/2026

Semoga kursus ini memberi manfaat yang menyeluruh kepada usahawan 💪

14/06/2026

🎨 𝐊𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎?
𝐉𝐎𝐌 𝐑𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐑𝐌𝟑,𝟎𝟎𝟎! 💰

​Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kini sedang mencari kreativiti luar biasa anda dalam Pertandingan Mencipta Logo KESEDAR!

​Penyertaan adalah 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔.
Jadi, jangan simpan bakat tu sorang-sorang. Mana tahu rekaan anda yang akan menjadi identiti baharu KESEDAR!

​✨ Hadiah Utama: Wang Tunai RM3,000 (Untuk seorang pemenang)

📅 Tarikh Tutup: 10 September 2026

​Bagaimana nak sertai?

1️⃣ Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.
2️⃣ Reka logo sekreatif mungkin.
3️⃣ Hantar sebelum tarikh tutup!

​Sebarang pertanyaan lanjut, boleh terus hubungi:

📞 Pn. Syamimi Inani binti Razali (099132200)

​Gunakan bakat anda hari ini, siapa tahu rezeki RM3,000 milik anda! 🚀

​

14/06/2026

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈:
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐋𝐎𝐆𝐎 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐁𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑 (𝟓𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍)

​Menghangatkan persediaan menuju sambutan ulang tahun penubuhan yang ke-50, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan rasminya menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo Jubli Emas KESEDAR.

​Pertandingan ini merupakan platform terbuka buat para pereka grafik, penggiat seni kreatif, dan 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 untuk menyumbang idea kreatif bagi menterjemahkan visi, kejayaan, dan transformasi KESEDAR sepanjang 50 tahun bertapak di bumi Kelantan Selatan.

​📌 Butiran Pertandingan:

​Tema: Sambutan Jubli Emas (50 Tahun) KESEDAR
​Hadiah: Wang Tunai RM2,000.00💰(Satu pemenang utama)
​
Tarikh Tutup: 𝟭𝟬 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

​Panduan & Syarat Penyertaan:
Sila imbas kod QR pada poster untuk memuat turun taklimat reka bentuk (design brief) dan borang penyertaan rasmi.

𝑹𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒔𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒏 𝒆𝒍𝒆𝒎𝒆𝒏 𝒌𝒐𝒓𝒑𝒐𝒓𝒂𝒕 𝑲𝑬𝑺𝑬𝑫𝑨𝑹 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒑𝒓𝒆𝒔𝒕𝒊𝒋 𝒔𝒂𝒎𝒃𝒖𝒕𝒂𝒏 𝑱𝒖𝒃𝒍𝒊 𝑬𝒎𝒂𝒔.

​Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

👤 Pn. Syamimi Inani binti Razali (099132200)

​Sumbangkan idea kreatif anda dan jadikan karya anda sebagai identiti rasmi Sambutan 50 Tahun KESEDAR.

​

Salah satu inisiatif KESEDAR dalam memartabatkan institusi kekeluargaan melalui penganjuran Program Keluarga Sejahtera y...
14/06/2026

Salah satu inisiatif KESEDAR dalam memartabatkan institusi kekeluargaan melalui penganjuran Program Keluarga Sejahtera yang menjadi platform memperkukuh hubungan kekeluargaan, menyemai nilai murni dan membina komuniti yang lebih sejahtera.

Address

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
Gua Musang
18300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 15:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Wilayah Gua Musang - KESEDAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share