22/09/2026
PROGRAM SEMARAK MADANI FELDA
22 SEPTEMBER 2026 | SMK BANDAR CHIKU
Program Semarak MADANI FELDA yang berlangsung di SMK Bandar Chiku dengan melibatkan penyertaan semua pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Program ini turut diserikan dengan Karnival TVET dan STEM yang menampilkan pelbagai aktiviti, pertandingan serta pameran bagi memberikan pengalaman dan pendedahan secara langsung kepada para pelajar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Pn. Alita Abu, Timbalan Setiausaha Bahagian (Pembangunan dan Komuniti), Bahagian Kawal Selia FELDA, Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir, YBrs. En. Mohd Ardi Baharom, Pengarah Wilayah FELDA Wilayah Gua Musang, Pn. Rafeah Mat Zain, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, En Mohd Norfazly Mohd Daud, YDP PIBG SMK Bandar Chiku, Dr Hj Awang Hat Mat Nor, Pengetua SMK Bandar Chiku.
Program ini menjadi platform kepada para pelajar untuk mendapatkan pendedahan berkaitan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam bidang kemahiran teknikal, projek inovasi dan pelbagai aktiviti pembelajaran berasaskan kemahiran.
Penganjuran program ini turut memberi ruang kepada para pelajar untuk mengetengahkan bakat, kreativiti, inovasi serta pencapaian mereka dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di sekolah, di samping memupuk minat terhadap bidang STEM dan TVET sebagai persediaan ke arah pendidikan dan kerjaya pada masa hadapan.
Semarak MADANI, mencorak generasi berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.