PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan

Directions Contact the organization

PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan, Government Organization, Guar Chempedak.

Unit Promosi Kesihatan (UPK) Yan merupakan unit di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Yan, yang berperanan merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan serta promosi kesihatan kepada komuniti setempat.

Perlu keluar ketika jerebu? Sebelum melangkah keluar, ambil tiga tindakan mudah:πŸ“± Semak bacaan IPU semasa.⏱️ Hadkan temp...
18/09/2026

Perlu keluar ketika jerebu? Sebelum melangkah keluar, ambil tiga tindakan mudah:

πŸ“± Semak bacaan IPU semasa.
⏱️ Hadkan tempoh berada di luar bangunan.
😷 Pakai pelitup muka yang sesuai dengan betul.

Letakkan pelitup muka bersama barang keperluan seperti telefon, kunci atau beg supaya mudah dicapai sebelum keluar.




Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

⚠️ πˆππ” 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒπ€πŠπˆπ πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“!Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 17 September 2026, jam 8.00 ...
17/09/2026

⚠️ πˆππ” 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 πŠπ„πƒπ€π‡ π’π„πŒπ€πŠπˆπ πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“!

Berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 17 September 2026, jam 8.00 pagi, beberapa kawasan di Kedah merekodkan bacaan

🟑Tidak Sihat
Sungai Petani (160)
Kulim (133)

🟒Sederhana
Alor Setar (85)
Langkawi (69)

Ketika jerebu, lindungi diri dan keluarga dengan:
🏠 Hadkan aktiviti luar bangunan
😷 Pakai pelitup hidung dan mulut
πŸ’§ Kerap minum air kosong
πŸ‘§ Pantau tahap kesihatan kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik

Jika mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas atau mata berair, dapatkan nasihat dan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan.

Semak bacaan IPU semasa dan ambil langkah berjaga-jaga. Kesihatan kita, tanggungjawab kita bersama.



🌫️ LANGKAH PENCEGAHAN KETIKA KUALITI UDARA TIDAK SIHAT1. πŸ’§ Minum air kosong secukupnya.2. 🏠 Hadkan aktiviti luar.3. 😷 Pa...
15/09/2026

🌫️ LANGKAH PENCEGAHAN KETIKA KUALITI UDARA TIDAK SIHAT

1. πŸ’§ Minum air kosong secukupnya.
2. 🏠 Hadkan aktiviti luar.
3. 😷 Pakai pelitup muka N95 jika perlu keluar.
4. 🧼 Cuci tangan dan muka selepas keluar.
5. ❄️ Pastikan udara dalaman bersih dan gunakan penapis udara.
6. 🚭 Elakkan merokok di kawasan terbuka.
7. πŸš— Gunakan penghawa dingin dalaman kenderaan.

⚠️ Jika mengalami batuk berterusan, tekak perit, mata pedih atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan.

Kesihatan anda keutamaan!

JOM PAKAT MAI KE EKSPO MAKANAN SELAMAT WARISAN KEDAH (MSWK) & PROGRAM PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BeBAs)!Jabatan Kesihata...
13/09/2026

JOM PAKAT MAI KE EKSPO MAKANAN SELAMAT WARISAN KEDAH (MSWK) & PROGRAM PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BeBAs)!

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan sukacitanya menjemput seluruh warga Kedah untuk hadir memeriahkan Ekspo Makanan Selamat Warisan Kedah (MSWK) & Program Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs).

Program ini mengetengahkan usaha memperkukuh budaya keselamatan makanan dalam kalangan masyarakat, di samping meraikan kepelbagaian makanan dan warisan kulinari Kedah yang selamat, bersih dan berkualiti.

πŸ“… 25 & 26 September 2026 (Jumaat & Sabtu)
⏰ 10.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ iCON Yan, Kedah

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Ayuh bersama-sama menjadikan amalan makanan selamat, bersih dan berkualiti sebagai budaya dalam kehidupan seharian.

🌿 Meraikan Warisan, Membudayakan Keselamatan Makanan 🌿




πŸ’› KUNING HARI INI, TANDA KITA PEDULI πŸ’›Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2026, warga Pejabat Kesihatan Daerah Ya...
10/09/2026

πŸ’› KUNING HARI INI, TANDA KITA PEDULI πŸ’›

Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2026, warga Pejabat Kesihatan Daerah Yan bersama-sama menyahut Kempen .

Kadang-kadang, seseorang tidak memerlukan jawapan yang sempurna.
Mereka hanya perlukan seseorang yang sudi mendengar, memahami dan terus berada di sisi. 🫢🏻

Hari ini, 10 September 2026, kami memilih warna kuning sebagai simbol harapan, sokongan dan solidariti kepada mereka yang sedang melalui saat-saat sukar.

πŸ’› Tanya khabar.
πŸ’› Luangkan masa.
πŸ’› Dengar tanpa menghakimi.
πŸ’› Jangan biarkan seseorang berjuang sendirian.

Daripada kami, Team PKD Yan,
Kita mungkin tidak mampu menyelesaikan semua masalah seseorang, tetapi kehadiran dan sokongan kita mungkin menjadi sebab mereka terus bertahan.

πŸ“Έ Kami kongsikan momen bersama sebagai tanda bahawa di Yan, kita saling menjaga dan kita saling menyokong.

Kerana setiap kehidupan bernilai.
Setiap suara wajar didengari.
Dan setiap insan berhak mempunyai harapan. πŸ’›









🚨 πƒπ„πŒπ€πŒ? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 π‹π€π†πˆ! 🚨Demam bukan sekadar rasa tidak selesa. Jika anda mengalami demam, terutama ketika berada d...
10/09/2026

🚨 πƒπ„πŒπ€πŒ? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 π‹π€π†πˆ! 🚨

Demam bukan sekadar rasa tidak selesa.

Jika anda mengalami demam, terutama ketika berada di kawasan wabak Denggi, berumur lebih 40 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Diabetes/ kencing manis, dapatkan pemeriksaan awal. 🩺

⚠️ Jangan abaikan tanda-tanda amaran seperti:
🀒 Muntah berulang kali
πŸ€• Sakit perut yang kuat atau berterusan
πŸ’© Cirit-birit berterusan
πŸ₯± Terlalu lemah

Demam denggi boleh menjadi serius dalam tempoh yang singkat dan boleh membawa maut.

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk dan jangan rawat sendiri tanpa nasihat doktor.

πŸ‘‰ DEMAM? PERIKSA AWAL. CEGAH KOMPLIKASI.
🦟 Ambil peduli, cegah denggi!



Setiap tahun pada 10 September, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepenti...
10/09/2026

Setiap tahun pada 10 September, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia disambut bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pencegahan serta menggalakkan usaha bersama dalam memelihara kesihatan mental dan kesejahteraan masyarakat.

Marilah kita bersama-sama meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental, membudayakan sikap saling mengambil berat serta mewujudkan persekitaran yang selamat dan menyokong bagi mereka yang sedang menghadapi tekanan emosi atau krisis kehidupan.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, boleh hubungi di Talian HEAL 15555.

Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love) beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam

Kesihatan Mental Milik Semua ❀️

β˜ŽοΈπ“π€π‹πˆπ€π πŠπ‘πˆπ’πˆπ’: 𝐀𝐍𝐃𝐀 π“πˆπƒπ€πŠ π’π„ππƒπˆπ‘πˆπ€π πŸ’›Setiap insan pasti melalui saat sukar. Jangan pendam seorang diri, jangan takut u...
10/09/2026

β˜ŽοΈπ“π€π‹πˆπ€π πŠπ‘πˆπ’πˆπ’: 𝐀𝐍𝐃𝐀 π“πˆπƒπ€πŠ π’π„ππƒπˆπ‘πˆπ€π πŸ’›

Setiap insan pasti melalui saat sukar. Jangan pendam seorang diri, jangan takut untuk meminta bantuan dan jangan malu untuk berkongsi apa yang dirasai. Anda berhak untuk didengar, difahami dan dibantu.

πŸ“ž Talian HEAL 15555 sedia membantu setiap hari termasuk cuti am, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

🌱 Ingat, meminta bantuan bukan tanda kelemahan, tetapi satu langkah berani untuk kembali kuat.

Teruskan melangkah, kerana masih ada harapan dan sentiasa ada yang sudi membantu. ❀️




πŸ“’ HEBAHAN | HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN YAN Jom hadir ke Hari Terbuka Klinik Kesihatan Yan & Saringan Kesihatan Komuni...
09/09/2026

πŸ“’ HEBAHAN | HARI TERBUKA KLINIK KESIHATAN YAN

Jom hadir ke Hari Terbuka Klinik Kesihatan Yan & Saringan Kesihatan Komuniti! πŸ’™

πŸ“… 11 September 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Klinik Kesihatan Yan

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti:
πŸƒ Aerobik
🍳 Demo masakan
🩺 Pameran & saringan kesihatan
🎀 Ceramah & kuiz
🎁 Cabutan bertuah
πŸ›’ Jualan Rahmah

Jaga kesihatan, cegah penyakit, hidup lebih sihat! πŸ’ͺ❀️

🦠 KENALI DIFTERIADifteria ialah penyakit berjangkit serius yang boleh menyebabkan komplikasi seperti kesukaran bernafas,...
07/09/2026

🦠 KENALI DIFTERIA

Difteria ialah penyakit berjangkit serius yang boleh menyebabkan komplikasi seperti kesukaran bernafas, kerosakan jantung dan saraf.

⚠️ Kenali tanda-tandanya:
β€’ Demam dan sakit tekak
β€’ Sukar bernafas atau menelan
β€’ Bengkak pada leher
β€’ Lapisan putih kelabu pada tekak/tonsil

πŸ’‰ Vaksinasi adalah langkah pencegahan paling berkesan. Pastikan imunisasi anak lengkap mengikut jadual.

Jika mempunyai gejala yang mencurigakan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

❀️ Lindungi diri, keluarga dan komuniti!

Address

Guar Chempedak

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PKD Yan - Unit Promosi Kesihatan:

Shortcuts

Share