Pemuda PAS Hulu Langat - Page Rasmi

Call Directions Website

Pemuda PAS Hulu Langat - Page Rasmi Page Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

FAKTA TAUFAN AL-AQSA
06/10/2026

FAKTA TAUFAN AL-AQSA


Awak ni tak pernah tak kelakar la Anthony Loke Siew F**k 😌Ada je hiburan yang nak dipersembahkan setiap hari.
29/09/2026

Awak ni tak pernah tak kelakar la Anthony Loke Siew F**k 😌

Ada je hiburan yang nak dipersembahkan setiap hari.

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.Perginya Tun Dr Siti Hasmah pagi ini.Semoga Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan keluarga k...
28/09/2026

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Perginya Tun Dr Siti Hasmah pagi ini.

Semoga Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan keluarga kuat menghadapi ujian ini.

Kita bakal menyusul.

🇲🇾 KECAM SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN MENGHINA RUKUN NEGARA!Kami memandang amat serius sebarang tindakan yang mempermainkan...
19/09/2026

🇲🇾 KECAM SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN MENGHINA RUKUN NEGARA!

Kami memandang amat serius sebarang tindakan yang mempermainkan, mempersenda atau menghina Rukun Negara.

Ini bukan perkara kecil. Ini bukan bahan jenaka. Dan ini bukan sesuatu yang boleh dinormalisasikan!

Rukun Negara merupakan antara asas penting pembinaan negara dan perpaduan rakyat Malaysia. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan sewajarnya dihormati dan dihayati.

Kebebasan bersuara bukan lesen untuk memperlekeh prinsip kenegaraan atau melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian masyarakat.

Sekiranya rakaman yang tular ini benar-benar menunjukkan perbuatan menghina atau mempersendakan Rukun Negara, kami mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, telus dan menyeluruh berdasarkan konteks penuh kejadian. Jika siasatan mendapati terdapat pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya hendaklah6 diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

BUAT LAPORAN MELALUI SALURAN RASMI

Kami menyeru mana-mana individu yang mempunyai rakaman asal, maklumat atau bukti berkaitan supaya tampil membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan menyerahkan bahan tersebut untuk siasatan.

Jangan sekadar tular di media sosial. Jika mempunyai bukti, salurkan melalui saluran yang sah supaya perkara ini dapat disiasat dengan sewajarnya.

Pada masa yang sama, orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri, melakukan ugutan, mengganggu mana-mana individu atau menyebarkan maklumat peribadi dan tuduhan yang belum disahkan. Penentuan sama ada sesuatu kesalahan telah berlaku hendaklah dibuat melalui proses siasatan dan undang-undang.

Jangan cabar keharmonian negara.
Jangan normalisasikan penghinaan terhadap prinsip kenegaraan.
Hormati Rukun Negara. Hormati Malaysia! 🇲🇾

RUKUN NEGARA BUKAN BAHAN SENDAAN!

19/09/2026

Anthony Loke mahu meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai protes terhadap keputusan Lembaga Pengampunan berkaitan tahanan rumah Najib.

Tetapi menteri dan timbalan menteri DAP yang lain kekal dalam kerajaan.

Kalau benar DAP tidak bersetuju sehingga perlu meletakkan jawatan, kenapa seorang sahaja? Kalau seluruh DAP masih kekal dalam kerajaan, apa signifikannya selain satu lakonan politik untuk menunjukkan kononnya mereka membantah?

Itupun hanya sekadar ‘menawarkan letak jawatan’. Entah-entah PMX esok atau lusa menolak peletakan jawatan tersebut dan mohon Loke tarik balik, apa p**a respon tuan badan?

Wanita DAP p**a mendesak minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan, sedangkan Hannah Yeoh daripada DAP sendiri merupakan anggota Lembaga tersebut sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan.

Kalau mahu telus, kenapa tidak pernah p**a mendesak minit mesyuarat ketika Anwar Ibrahim diberikan pengampunan penuh pada 2018 didedahkan? Ketika itu Menteri Wilayah Persekutuan pun belum dilantik.

Hormatilah kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan secara konsisten. Janganlah banyak sangat berlakon, nanti salah baca skrip. Skrip tulis ABCDEFGHI nanti dibaca ABCDEFGLC..

Rakyat bukan susah sangat nak faham helah politik begini.

10/09/2026
09/09/2026

Minda Presiden PAS

MERDEKA: HAPUS UNDANG-UNDANG PENJAJAH YANG SEKAT PELAKSANAAN ISLAM

Undang-undang warisan penjajah perlu dihapuskan bagi memastikan erti kemerdekaan dapat dihayati sepenuhnya. Khususnya, undang-undang yang menghalang kedudukan Islam di tempatnya yang mulia mengatasi undang-undang ciptaan manusia yang tidak diizinkan oleh Allah SWT kerana banyak kelemahannya yang merebakkan kemungkaran.

Firman Allah SWT:

أَمۡ لَهُمۡ لَهُمْ شُرَكَـٰٓؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُۚ وَلَوۡلَا كَلِمَةُ ٱلۡفَصۡلِ لَقُضِيَ بَيۡنَهُمۡۗ وَإِنَّ ٱلظَّـٰلِمِينَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ ٢١

“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (daripada Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.” [Surah al-Syura: 21]

Generasi awal dalam kalangan ahli Parlimen daripada Kerajaan Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, serta PAS daripada parti pembangkang berjaya meletakkan Islam sebagai agama negara dan mengekalkan hak penganut agama lain dalam kalangan rakyat masyarakat majmuk. Pelaksanaan ini berkonsepkan tiada paksaan beragama dan berlaku adil kepada seluruh manusia sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah.

Suruhanjaya Reid

Pihak British menubuhkan Suruhanjaya Reid bagi menggubal perlembagaan negara bertujuan meneruskan penjajahan baharu secara halus. Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956 bagi merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sebagai persediaan ke arah kemerdekaan.

Suruhanjaya bebas ini dipengerusikan oleh seorang hakim Mahkamah Rayuan England dan dianggotai oleh pakar-pakar undang-undang dari negara Komanwel, iaitu:

• Lord William Reid (Pengerusi – United Kingdom)
• Sir Ivor Jennings (United Kingdom)
• Sir William McKell (Australia)
• Hakim B. Malik (India)
• Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Tidak ada seorang pun wakil dari Persekutuan Tanah Melayu.

Perbahasan mengenai agama dalam Laporan Suruhanjaya Reid merupakan antara perkara paling sengit yang dibahaskan semasa penggubalan perlembagaan. Kronologi dan dinamik perbahasan tersebut merangkumi aspek berikut:

• Cadangan Asal Parti Perikatan

Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC) telah menghantar memorandum yang mendesak agar Islam diakui sebagai agama Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam draf awal, terdapat usul tambahan yang menyatakan bahawa peruntukan ini tidak bermaksud negara ini bukan sebuah negara sekular. Akhirnya, istilah sekular dihapuskan daripada perlembagaan.

• Sikap Raja-raja Melayu

Pada peringkat awal, Raja-raja Melayu agak keberatan dengan cadangan meletakkan Islam di peringkat Persekutuan. Hal ini demikian kerana, baginda bimbang peruntukan pusat tersebut akan menjejaskan kuasa mutlak Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam yang berdaulat di negeri masing-masing. Oleh itu, usul frasa “negara sekular” tersebut akhirnya ditolak sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kerja Perlembagaan dan Raja-raja Melayu.

• Syor Hakim Abdul Hamid

Beliau merupakan satu-satunya anggota suruhanjaya yang bertegas menyokong penuh agar status Islam dimasukkan ke dalam draf perlembagaan secara rasmi. Beliau berhujah bahawa peruntukan sedemikian rupa sememangnya sudah sedia wujud dalam undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu.

• Bantahan Parti Pembangkang (PAS)

Setelah draf laporan diumumkan, PAS mengkritik hebat Laporan Suruhanjaya Reid. PAS menganggap peruntukan agama tersebut terlalu longgar dan hanya sekadar hiasan. PAS menuntut pelaksanaan Islam yang lebih menyeluruh selari dengan maksud al-din, termasuk syarat supaya Perdana Menteri mestilah seorang yang beragama Islam.

• Kompromi Akhir (Perkara 3)

Melalui rundingan dan tolak ansur antara kaum dan pihak jawatankuasa kerja, pindaan muktamad telah dibuat. Islam diterima sebagai agama bagi Persekutuan (seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan). Sebagai jaminan keharmonian, hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan tetap dipelihara sepenuhnya.

Raja-raja Melayu, PAS dan beberapa pemimpin UMNO telah memainkan peranan menolak pentafsiran sekular kepada Islam yang menjadi agama negara. Namun begitu, diletakkan p**a beberapa peruntukan yang menghalang pelaksanaan syariat Islam yang sempurna, antaranya disebut dengan Jadual Kesembilan.

Pembahagian Bidang Kuasa (Senarai Persekutuan vs Senarai Negeri)

Badan perundangan negeri hanya berkuasa menggubal kesalahan terhadap ajaran Islam. Kuasa ini tertakluk kepada Jadual Kesembilan, Senarai II (Senarai Negeri) dalam Perlembagaan Persekutuan. Negeri tidak boleh menggubal undang-undang bagi perkara yang diletakkan di bawah Senarai Persekutuan (seperti undang-undang jenayah sivil).

Pertindihan skop undang-undang jenayah sering menyebabkan peruntukan enakmen negeri dicabar di mahkamah.

Had Hukuman Mahkamah Syariah

Bidang kuasa menghukum Mahkamah Syariah dihadkan oleh undang-undang persekutuan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) mengehadkan hukuman maksimum 3:5:6. Berdasarkan pindaan tahun 1984, bidang kuasa hukuman takzir bagi Mahkamah Syariah dihadkan kepada:

• Penjara: Maksimum 3 tahun.
• Denda: Maksimum RM 5,000.
• Sebatan: Maksimum 6 kali.

Sebatan ini bersifat menyeksa, bukan mendidik, sepertimana yang ditetapkan syaratnya dalam hukum Islam. Had hukuman ini menghalang pelaksanaan bentuk hukuman jenayah syariah yang lebih berat.

Kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-Undang Tertinggi

Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menetapkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Mana-mana undang-undang yang berlawanan dengan perlembagaan boleh dibatalkan. Maka, pelaksanaan penuh undang-undang jenayah syariah memerlukan pindaan perlembagaan yang meluas di peringkat Parlimen.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ahmad Ibrahim mencadangkan agar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ditafsirkan dan diperkasakan secara menyeluruh sebagai al-din (cara hidup yang lengkap), bukan sekadar agama rasmi yang terbatas kepada ritual.

Pandangan ini disokong oleh beberapa orang Ketua Hakim Negara dan ilmuwan seperti Tun Salleh Abas, Tan Sri Harun Hashim, Tun Ahmad Fairuz, Prof. Nik Abdul Rashid, dan tokoh-tokoh perundangan lain. Antara yang dicadangkan oleh mereka:

1. Pentafsiran Luas Perkara 3(1)

Beliau berpendapat peruntukan agama Islam bagi Persekutuan merangkumi semua aspek kehidupan bermasyarakat, perundangan, politik, dan ekonomi. Islam hendaklah ditafsirkan dengan maksud al-din (bahasa al-Quran).

2. Pemansuhan Undang-Undang Sivil British

Mengesyorkan pemansuhan Civil Law Act 1956 secara berperingkat agar negara tidak terus terikat sepenuhnya kepada common law selepas merdeka.

3. Pindaan Perlembagaan

Memasukkan klausa atau prinsip yang menegaskan bahawa apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah ditolak.

4. Penyelarasan Perundangan

Mewajibkan rujukan kepada prinsip hukum syarak dalam enakmen dan akta negara bagi memastikan keharmonian antara undang-undang sivil dengan syariah.

Namun begitu, beberapa parti yang ditubuhkan selepas kemerdekaan menjadi pencabar perubahan, khususnya Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP.

Apakah buktinya?

1. Mukadimah Perlembagaan DAP

Mukadimah Perlembagaan DAP menyatakan bahawa Perlembagaan Merdeka (Perlembagaan Persekutuan 1957) ialah satu dokumen sekular yang mendukung prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, kesaksamaan, dan hak asasi manusia (mengikut takrif mereka).

2. Fasal Matlamat

DAP menetapkan matlamat untuk berjuang menerusi saluran perlembagaan parlimen bagi memulihkan struktur undang-undang tertinggi negara agar kembali kepada kerangka sekular yang asal.

3. Isu dan Kontroversi Politik

DAP tetap mempertahankan agenda Negara Sekular dan slogan “Malaysian Malaysia” dalam perjuangan parti mereka sedangkan ia boleh dianggap bercanggah dengan kontrak sosial dan identiti Islam negara. Prinsip ini sering menjadi titik perdebatan hangat dalam landskap politik Malaysia.

4. Pendirian Konsisten Parti

Setiausaha Agung DAP terkini, Anthony Loke, menegaskan parti tidak akan meminda atau menggugurkan ketetapan sekular tersebut. Beliau menyatakan bahawa perkara tersebut merupakan ideologi asas perjuangan parti dan persetujuan telah dicapai bersama rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghormati perlembagaan dalaman parti masing-masing.

Apa maknanya menghormati perlembagaan dalaman parti masing-masing?

Pada masa yang sama, DAP menunjukkan protes terhadap pelaksanaan Islam di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS secara terbuka. DAP mendakwa peningkatan hukuman yang drastik melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan serta asas negara majmuk.

5. Tuduhan Agenda Tersembunyi

Pemimpin DAP mendakwa ia langkah awal ke arah pelaksanaan hukum hudud.

6. Bantahan Terbuka

Pemimpin DAP secara konsisten mengetuai kempen menolak usul persendirian (private member’s bill) yang dibawa oleh PAS terhadap pindaan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) atau RUU 355 di Parlimen.

7. Rakan-Rakannya dalam Pakatan Harapan

PKR dan PAN hanya ‘menikus’ dalam isu berkenaan.

Semua ini menunjukkan bahawa DAP menguasai Pakatan Harapan (PH) kerana semuanya menjadi kelu apabila parti itu tidak putus-putus melakukan provokasi terhadap agama Islam. Namun begitu, ada juga dalam kalangan DAP yang tidak bersetuju dengan pemimpinnya yang mencampuri urusan umat Islam.

Kedudukan Islam adalah prinsip aqidah kepada penganut Islam, dan mereka wajib beristiqamah tanpa bertasamuh (bertoleransi). Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan semua pihak termasuk DAP apabila mencabar aqidah perjuangannya dalam perkara untuk meninggikan kedudukan Islam. Hal ini diteladani daripada Rasulullah SAW yang membatalkan tahaluf dengan kaum Yahudi Madinah dan Musyrikin apabila kedudukan Islam mula dicabar secara terbuka. Allah menetapkan sempadan kerjasama dengan pihak bukan Islam melalui firman-Nya:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ إِنَّمَا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ قَٰتَلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَأَخۡرَجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ وَظَٰهَرُواْ عَلَىٰٓ إِخۡرَاجِكُمۡ أَن تَوَلَّوۡهُمۡۚ وَمَن يَتَوَلَّهُمۡ فَأُوْلَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ ٩

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama dan tidak (p**a) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. [8] Sesungguhnya, Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan sesiapa yang menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (9)” [Surah al-Mumtahanah: 8-9]

Negara beberapa kali melalui Parlimen melakukan perubahan melalui pindaan perlembagaan. Namun begitu, perubahan itu hanya melibatkan perkara yang bukan dasar, tidak khusus untuk meninggikan kedudukan Islam yang wajib dilaksanakan dengan perintah Allah. Firman Allah SWT:

إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا ١٠٥

“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang-orang yang khianat.” [Surah al-Nisa’: 105]

Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci.” [Surah al-Saff: 9]

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 27 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 9 September 2026

[Bil: 57 / 2026]

07/09/2026

Minda Presiden PAS

PENYATUAN UMMAH DIWAJIBKAN, BERPECAH DIHARAMKAN

Penyatuan ummah adalah perintah Allah yang wajib dilaksanakan, bukan permainan politik. Firman Allah SWT:

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ ١٠٣

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah (al-din), dan janganlah kamu bercerai-berai (berpecah belah), dan ingatlah akan ni‘mat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (ketika jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni‘mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka (ketika berada dalam jahiliah), lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, agar kamu mendapat petunjuk.” [Surah Ali ‘Imran: 103]

Perpaduan adalah ketetapan Allah yang dijanjikan ganjaran syurga dan keselamatan daripada neraka.

Allah mewajibkannya dengan petunjuk Islam yang mengikat hati manusia laksana tali yang kukuh dan dilarang agar tidak diputuskan tali itu (Islam). Umat Islam diharamkan berpecah dengan merungkai ikatan Islam.

Allah telah mengurniakan ni‘mat Islam yang menyelamatkan manusia. Jika dirungkai ikatannya, maka mereka akan terhumban ke dalam neraka pada Hari Kiamat nanti. Inilah ketetapan Allah, bukan ketetapan manusia sama ada individu yang berlagak sombong ataupun kump**an. Jadi, jangan bersikap jahil dengan membodohkan orang lain, padahal hanya membodohkan diri sendiri atas nama kuasa yang lemah atau jawatan yang kecil.

Umat Islam hendaklah bersatu dalam perkara rukun atau dasar agama yang telah ditetapkan oleh Allah. Pada masa yang sama, mereka hendaklah menjalankan kehidupan mengikut ketetapan-Nya yang lurus, tidak menyimpang ke kanan mahupun ke kiri. Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

Rasulullah SAW memberi amaran dalam perkara tafarruq (perpecahan) dari aspek dasar dan rukun dengan sabdanya:

‌افْتَرَقَتْ ‌اليَهُودِ ‌عَلَى ‌إِحْدَى ‌وَسَبْعِينَ ‌فِرْقَةً، ‌وَافْتَرَقَتْ ‌النَّصَارَى ‌عَلَى ‌اثْنَتَينِ ‌وَسَبْعِينَ ‌فِرْقَةً، ‌وَسَتَفْتَرِقُ ‌هَذِهِ ‌الْأُمَّة ‌عَلَى ‌ثَلَاثٍ ‌وَسَبْعِينَ ‌فِرْقَةً، ‌كُلُّهَا ‌فِي ‌النَّارِ ‌إِلَّا ‌وَاحِدَةً،

“Sesungguhnya, puak Yahudi berpecah kepada 71 golongan, puak Nasrani p**a berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan berada di dalam neraka kecuali satu golongan.”

قِيلَ: مَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ كَانَ عَلَى مِثْلِ مَا أَنَا عَلَيهِ وَأَصْحَابِي.
قَالُوا: وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ‌مَا ‌أَنَا ‌عَلَيْهِ ‌وَأَصْحَابِي.

Baginda ditanya, “Siapakah mereka (satu golongan yang selamat) itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “Golongan yang sama denganku dan sahabatku (mengikuti ajaranku dan para sahabatku).” [Hadis riwayat Abu Dawud, Sunan Abi Dawud, Kitab al-Sunnah, no. 4596, al-Tirmizi, Sunan al-Tirmizi, Abwab al-Iman, no. 2641, daripada ‘Abdullah bin ‘Amru. Dan lain-lain riwayat yang banyak]

Maksud perpecahan ialah terkeluar daripada rukun dan dasar agama. Umat Islam wajib bersatu dan terus berpegang kepada rukun dan dasar yang telah ditetapkan. Di samping itu, mereka juga berperanan sebagai umat ijabah (menyahut seruan Rasulullah SAW dan para sahabat) dengan tetap bersama Islam.

Maka, hubungan kemanusiaan wajib dijaga meskipun berbeza agama dan bangsa. Walaupun dalam keadaan wajib berdakwah kepada Islam, umat Islam dilarang melampau dan memaksa dalam beragama dan berbangsa. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالٗا كَثِيرٗا وَنِسَآءٗۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu daripada seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (memperguna) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya, Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” [Surah al-Nisa’: 1]

Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya, orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” [Surah al-Hujurat: 13]

Ayat ini menegaskan bahawa diwajibkan perpaduan umat Islam dan juga perpaduan umat manusia.

Selesaikan peperangan sesama Islam secara damai serta tinggalkan hukum yang salah dan melampau sehingga berperang sesama sendiri. Kemudian, wajib melakukan islah (perdamaian). Firman Allah SWT:

وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَاۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَٰتِلُواْ ٱلَّتِي تَبۡغِي حَتَّىٰ تَفِيٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَهُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٩

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [Surah al-Hujurat: 9]

Umat Islam juga diharamkan bersikap melampau terhadap orang bukan Islam yang menceroboh. Firman Allah SWT:

وَقَٰتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ ١٩٠

“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” [Surah al-Baqarah: 190]

Allah mewajibkan berlaku adil kepada semua manusia, sekalipun terhadap musuh. Hal ini merupakan amanah yang sangat besar. Firman Allah SWT:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah al-Nisa’: 58]

Firman Allah SWT lagi:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil! Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” [Surah al-Ma’idah: 8]

Islam membahagikan perbezaan pendirian manusia kepada dua keadaan, iaitu:

1. Bertafarruq (berpecah) dalam perkara dasar dan rukun.
2. Berkhilaf atau ikhtilaf (berbeza pendapat) dalam perkara cabang, bukan perkara rukun dan dasar.

Perkataan khilaf dan tafarruq digunakan apabila berlaku perbezaan pendapat dalam satu masalah yang wajib ditangani dengan bijak demi perpaduan umat.

Maksud khilaf lebih merujuk kepada perbezaan dari segi perkara furu‘ (perkara cabang, bukan perkara dasar dan rukun) seperti berlaku perbezaan pendapat. Kebiasaannya ia berlaku apabila adanya salah faham atau apabila mengguna pakai maksud yang berbeza kerana keadaan dan situasi yang berlainan, perkataan yang memberi makna yang pelbagai mengikut susunan ayat, perbezaan bahasa daerah atau khilaf qiraat (bacaan).

Pendapat yang berbeza lebih baik dipakai semua dengan tafsiran yang berbeza kerana adanya perbezaan sebagaimana yang telah disebutkan. Demikian juga pendapat yang diketahui dahulu dan kemudian, lalu pendapat yang terkemudian akan menasakhkan pendapat yang terdahulu atau dilihat hujah yang lebih kuat.

Ada pihak yang betul dan ada pihak yang salah. Setelah diketahui manakah pihak yang betul, maka hendaklah bersepakat bersama. Sekiranya tidak menemui keputusan, maka hendaklah bertasamuh (bertolak ansur dan saling menghormati). Inilah adab berkhilaf yang menjadi pegangan para ulama’ yang soleh.

Sekiranya ada yang degil mempertahankan kesalahannya atau berkeras membuat keputusan bahawa dialah yang wajib betul dan menolak yang lain walaupun dia bersalah, maka boleh membawa kepada tafarruq (berpecah) yang buruk akibatnya.

Adapun tafarruq boleh berlaku apabila adanya perbezaan pendapat dalam satu perkara yang nyata benar dan salahnya. Ada pihak yang tetap mempertahankan kesalahannya kerana terus jahil atau sengaja mempertahankan kesalahan yang diketahuinya. Maka, perpecahan wajib berlaku kerana kewajipan mempertahankan yang benar dan menolak yang salah.

Allah melarang berlaku ketelanjuran dalam perkara khilaf yang mengundang perbalahan dan tafarruq (perpecahan). Firman Allah SWT:

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١٠٥

“Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai (bertafarruq) dan berselisih (berkhilaf) sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat seksa yang berat.” [Surah Ali ‘Imran: 105]

Perbuatan ini merupakan perangai buruk dalam kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) yang tidak boleh diikut oleh umat Islam. Allah menetapkan bahawa kebenaran yang mutlak datang daripada Allah dan Rasul, sebagaimana firman-Nya:

ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ ١٤٧

“Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.” [Surah al-Baqarah: 147]

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW daripada Allah tidak boleh diragui kebenarannya. Maka, apabila berbeza pendapat, wajib dirujuk kepada Allah dan Rasul, sehingga dikaitkan dengan aqidah beriman. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulu al-amri antara kamu (ulama’ dan umara’ dalam kalangan para pemimpin). Kemudian, jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” [Surah al-Nisa’: 59]

Kebenaran adalah daripada Allah dan Rasul secara mutlak. Adapun yang lain mestilah tidak berlawanan dengan Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnah).

Al-Quran merupakan kitab mukjizat daripada Allah Yang Maha Suci daripada segala kekurangan dan segala kelemahan. Adapun Rasulullah SAW p**a ialah manusia terbaik pilihan Allah yang dikawal dengan wahyu.

Inilah pegangan para ulama’ yang muktabar pada zaman dahulu dalam semua masalah, khususnya para imam mazhab yang berguru sesama mereka. Mereka bersatu dalam perkara dasar dan rukun yang melibatkan al-din, serta bertasamuh apabila ada perbezaan pendapat dalam perkara cabang.

Umat Islam diwajibkan bersatu dan diharamkan berkhilaf, khususnya dalam perkara rukun dan dasar iman (aqidah), Islam (syariat) dan ihsan (akhlak). Begitu juga perkara yang menjadi fitrah yang ditetapkan dalam maqasid al-syari‘ah (hikmah dan tujuan syariat Allah) bagi kebaikan manusia yang wajib dipelihara, iaitu agama, nyawa, akal, zuriat, maruah dan harta. Semua aspek ini wajib dijaga mengikut sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah Pencipta alam Yang Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Pemurah dan Maha Bijaksana.

Maka, dinyatakan sempadan halal dan haram, amalan wajib, sunat, harus dan makruh. Semua perkara yang halal dan wajib akan membawa kebaikan, manakala semua yang haram p**a membawa keburukan dan kemusnahan kepada diri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling yang merosakkan kehidupan manusia.

Adapun dalam perkara cabang agama yang bukan rukun dan dasar, dikecualikan khilaf dan perbezaan mazhab. Termasuk pengikut mazhab yang berada dalam keadaan jahil dan taasub kepada mazhabnya sahaja. Perbuatan ini boleh dimaafkan selagi masih berpegang kepada rukun dan dasar agamanya, tetapi wajib memberi kefahaman yang betul kepadanya. Hal ini disebabkan hubungan persaudaraan Islam wajib dipelihara. Firman Allah SWT:

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ١٠

“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh sebab itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat-Nya.” [Surah al-Hujurat: 10]

Firman Allah SWT lagi:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَيُطِيعُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥٓۚ أُوْلَـٰٓئِكَ سَيَرۡحَمُهُمُ ٱللَّهُۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٧١

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma‘ruf, mencegah daripada yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Surah al-Tawbah: 71]

Wajib juga dijaga hubungan kemanusiaan yang berkeluarga dan bermasyarakat sebagaimana disebutkan di atas.

Rasulullah SAW diutus menjadi Rasul akhir zaman yang menghubungkan semua manusia pada zaman kini melalui kemajuan ilmu kurniaan Allah. Baginda dikurniakan mukjizat ilmu daripada kitab suci al-Quran.

Kita sedang menyaksikan kegagalan penyelesaian ideologi ciptaan manusia yang diikuti oleh negara-negara Islam selepas mencapai kemerdekaan. Akibatnya, negara-negara ini terus terikat dengan negara-negara penjajah walaupun sudah merdeka dan diletakkan dalam senarai negara-negara sedang membangun. Hakikatnya, negara-negara Islam hanya menumpang, bukan bangkit dengan kekuatan sendiri.

Rasulullah SAW telah bangkit bersama para sahabatnya dengan menyatukan bangsa Arab bersama Islam yang disatukan dengan pelaksanaan Islam. Arab yang berpecah dengan jahiliahnya yang keras boleh disatukan hatinya dengan mendaulatkan Islam.

Baginda juga berjaya mewujudkan perpaduan di negara Madinah yang diikat dengan Islam, bermula dengan Arab Muhajirin dari Makkah, seterusnya Ansar yang terdiri daripada kalangan Aus dan Khazraj di Madinah yang disatukan, kemudian dikuti penyertaan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Oleh sebab itu, lebih mudah untuk menyatukan Melayu Islam supaya meninggalkan penyelesaian ideologi atau Islam yang terikat dengan ideologi kepada Islam yang sempurna dengan makna al-din daripada perlembagaan yang telah sedia ada. Seterusnya, membuang peruntukan yang ditetapkan oleh penjajah dengan meletakkan ketegasan Islam sebagai hukum tertinggi sehingga menjadi aqidah negara. Pada masa yang sama, semua yang bercanggah dengan Islam hendaklah dibatalkan.

Inilah yang ditegaskan dalam Perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Maka, PAS membatalkan kerjasama dengan semua parti yang tidak beristiqamah dengan Islam sebagai al-din. Inilah sempadan kerjasama PAS dengan semua pihak bagi mencapai janji Allah kepada sesiapa yang menegakkan Islam setinggi-tingginya. Firman Allah SWT:

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٩ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّـٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama meskipun orang Musyrik membenci. (9) Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu daripada azab yang pedih? (10) (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (11) Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. (12) Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (13)” [Surah al-Saff: 9-13]

Kita berkeyakinan bahawa ketentuan syurga dan neraka adalah di tangan Allah, sekiranya kita melaksanakan segala arahan dan perintahnya, termasuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

PAS adalah bahtera yang bersifat jemaah atau parti yang diwajibkan melaksanakan perintah Allah dan menyahut seruan-Nya kerana telah ditetapkan janji-Nya.

PAS terus beristiqamah sejak para ulama’ dan pemimpin Islam membina bahtera ini. Ahli PAS diwajibkan wala’ kepada Allah dan Rasul, serta para pemimpin yang setia kepada tujuan PAS ditubuhkan bagi melakukan perjalanan ‘road map’ mengikut ketetapan Allah dengan beristiqamah. Firman Allah SWT:

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٥٣

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.” [Surah al-An‘am: 153]

Ramai orang yang tidak bersedia kerana tidak tertahan banyak ujiannya dan banyak bisikan syaitan yang meragukan dengan berbagai-bagai dalih menolak, bukannya dalil.

Allah berfirman supaya mengambil teladan daripada para anbiya’ yang percaya kepada janji syurga, bukan percaya kepada ahli falsafah dan pemikir yang tidak beriman yang sangat dibanggakan seperti Mahatma Gandhi, Nelson Mandela dan sebagainya. Allah SWT berfirman menjanjikan syurga:

أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُمۖ مَّسَّتۡهُمُ ٱلۡبَأۡسَآءُ وَٱلضَّرَّآءُ وَزُلۡزِلُواْ حَتَّىٰ يَقُولَ ٱلرَّسُولُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ مَتَىٰ نَصۡرُ ٱللَّهِۗ أَلَآ إِنَّ نَصۡرَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ ٢١٤

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” [Surah al-Baqarah: 214]

PAS adalah bahtera perjalanan yang wajib diadakan. Kami percaya kepada bahtera ini dan kompasnya kerana percaya kepada janji Allah dengan syarat-syaratnya, yang tidak sama dengan ramalan semua manusia sama ada dalam kalangan ahli akademik, ahli politik, mahupun mereka yang sekadar berselera dengan politik atau benci akan politik. Firman Allah SWT:

وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّـٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَاۚ وَإِن يَسۡتَغِيثُواْ يُغَاثُواْ بِمَآءٖ كَٱلۡمُهۡلِ يَشۡوِي ٱلۡوُجُوهَۚ بِئۡسَ ٱلشَّرَابُ وَسَآءَتۡ مُرۡتَفَقًا ٢٩ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلًا٣٠ أُوْلَـٰٓئِكَ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهِمُ ٱلۡأَنۡهَٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٖ وَيَلۡبَسُونَ ثِيَابًا خُضۡرٗا مِّن سُندُسٖ وَإِسۡتَبۡرَقٖ مُّتَّكِ‍ِٔينَ فِيهَا عَلَى ٱلۡأَرَآئِكِۚ نِعۡمَ ٱلثَّوَابُ وَحَسُنَتۡ مُرۡتَفَقٗا ٣١

“Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir.’ Sesungguhnya, Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air, seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelik. (29) Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, tentulah Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalannya dengan baik. (30) Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka Syurga 'Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat istirahat yang indah. (31)” [Surah al-Kahfi: 29-31]

PAS sedia bermuzakarah dengan ilmu dan berakhlak mencari kebenaran dengan sesiapa sahaja, serta berwawasan dunia sehingga akhirat.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 25 Rabi‘ al-Awwal 1448 / 7 September 2026

[Bil: 56 / 2026]

Address

Taman Lagenda Suria
Hulu Langat
43100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PAS Hulu Langat - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share