14/10/2026
PUSAT PERKHIDMATAN YAB AHLI PARLIMEN BAGAN DATUK
14 Oktober 2026 (Rabu)
9.30 pagi -11.45 pagi
Pusat KRT Perumahan Awam Hutan Melintang
PROGRAM MEMERANGI MASALAH BEBAN BERGANDA MAL PEMAKANAN KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2026
Hadir merasmikan Program Memerangi Masalah Beban Berganda MAL Pemakanan Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Bagan Datuk Tahun 2026.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan sihat dan seimbang dalam kalangan kanak-kanak, khususnya anak-anak Tabika Perpaduan.
Dalam program ini, Doktor Pemakanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk telah menyampaikan taklimat berkaitan pemakanan sihat untuk kanak-kanak tabika. Taklimat ini memberi pendedahan mengenai kepentingan pemakanan yang seimbang bagi menyokong tumbesaran, perkembangan serta kesihatan kanak-kanak.
Semoga program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa, pendidik dan masyarakat tentang pentingnya membentuk amalan pemakanan sihat sejak usia awal demi melahirkan generasi yang sihat dan berkualiti.
Like & Share Page Pusat Perkhimatan YAB Ahli Parlimen Bagan Datuk - https://www.facebook.com/profile.php?id=61550677636917&mibextid=LQQJ4ddt