Polis Daerah Ipoh

  • Home
  • Polis Daerah Ipoh
Call Directions Website Contact the organization

Polis Daerah Ipoh Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh,Perak
05-2542222

Ibupejabat Polis Daerah Ipoh,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh,Perak
05-2451500

10/10/2026
09/10/2026
LENSA POLIS IPOH: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL BULANAN KETUA POLIS DAERAH IPOH
09/10/2026

LENSA POLIS IPOH: MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL BULANAN KETUA POLIS DAERAH IPOH

08/10/2026
AMANITA IPD IPOH DEKATI MASYARAKAT DI PASARAYA TF FALIMIPOH, 8 Oktober 2026 - Pasukan Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (...
08/10/2026

AMANITA IPD IPOH DEKATI MASYARAKAT DI PASARAYA TF FALIM

IPOH, 8 Oktober 2026 - Pasukan Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah mengadakan Kempen Penggalakkan Mencegah Jenayah Bersama Masyarakat bertempat di Pasaraya TF Falim, Ipoh hari ini.

Program tersebut itu telah diketuai oleh Insp Munesuwari a/p Paswathy bersama tiga anggota BSJD iaitu Sjn Siti Maziah binti Osman, Kpl Natrah binti Abd Wahab dan L/Kpl Pavitthira a/p Sabaramanian.

Antara pengisian kempen adalah memperkenalkan peranan pasukan AMANITA kepada masyarakat setempat serta menggalakkan golongan wanita dan remaja untuk mendaftar sebagai ahli Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

Selain itu, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan usaha sama dan mengeratkan kerjasama antara polis dan masyarakat dalam mencegah jenayah, serta berkongsi maklumat dan tips keselamatan di kawasan perniagaan, pejabat dan kediaman.

Lawatan dan pemantauan sepanjang program berjalan dalam keadaan baik dan mendapat sambutan positif daripada pengunjung dan pekerja pasaraya.



PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN TAAT SETIA KETUA POLIS DAERAH I...
08/10/2026

PERHIMPUNAN BULANAN DAN PELAKSANAAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA DAN TAAT SETIA KETUA POLIS DAERAH IPOH BAGI BULAN OKTOBER 2026

IPOH, 8 OKTOBER 2026 – Perhimpunan Bulanan dan Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku, Lafaz Ikrar Rukun Negara serta Taat Setia kepada Ketua Polis Daerah Ipoh bagi bulan Oktober 2026 telah diadakan bertempat di Dewan SSPDRM, IPD Ipoh.

Turut berlangsung ialah penyampaian Surat Penghargaan Ketua Polis Perak kepada 3 penerima serta Surat Penghargaan Ketua Polis Daerah Ipoh kepada 8 orang awam sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan.

Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme, meningkatkan disiplin dan integriti serta memperkukuhkan jati diri, semangat setiakawan dan kesepaduan dalam kalangan warga IPD Ipoh.

Selain itu, program ini turut menjadi wadah untuk mempertingkatkan semangat kerja berpasukan serta komitmen warga PDRM dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA.








MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM IPD IPOH BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA (PPD)IPOH, 7 OKTOBER 2026 – IPD Ipoh...
07/10/2026

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PDRM IPD IPOH BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA (PPD)

IPOH, 7 OKTOBER 2026 – IPD Ipoh telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Ipoh, Perak.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YDH ACP Muhammad Najib bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Ipoh dan turut dihadiri barisan Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai serta Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) IPD Ipoh.

Turut hadir, Puan Hajah Azarina binti Alias, Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara bersama pegawai-pegawai PPD serta Pengetua/Wakil sekolah menengah seluruh Daerah Ipoh.

Antara perkara yang dibincangkan meliputi isu buli, kesalahan seksual, jenayah narkotik, kesalahan trafik serta masalah disiplin pelajar dan langkah-langkah pencegahannya.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi memperkukuh kerjasama antara PDRM dan pihak sekolah dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan warga sekolah sentiasa terpelihara.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA

06/10/2026
LENSA POLIS IPOH:KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI IPD IPOH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA IPOH
05/10/2026

LENSA POLIS IPOH:
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI IPD IPOH KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH KINTA IPOH

Address

IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH

30000

Telephone

+6052451500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Daerah Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Daerah Ipoh:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share