Angkatan Muda Keadilan PERAK

Directions

Angkatan Muda Keadilan PERAK Angkatan Muda Keadilan Perak

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAHAngkatan Muda Keadilan Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dr. Hasmah M...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH | AL-FATIHAH

Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Daripada,
Barisan Kepimpinan dan Seluruh Warga
Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak

KEDAULATAN NEGARA BUKAN BAHAN PERMAINAN POLITIK.AMK Negeri Perak telah membuat laporan polis berhubung dakwaan mengenai ...
06/09/2026

KEDAULATAN NEGARA BUKAN BAHAN PERMAINAN POLITIK.

AMK Negeri Perak telah membuat laporan polis berhubung dakwaan mengenai kemungkinan wujudnya tawaran bantuan dan campur tangan kuasa asing dalam urusan politik Malaysia.

Laporan ini dibuat bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut berdasarkan fakta dan bukti, termasuk konteks pertemuan yang dilaporkan berlaku antara pemimpin PAS dengan wakil Kedutaan Amerika Syarikat.

Kami tidak membuat sebarang kesimpulan. Biarlah siasatan menentukan kebenaran.

Namun, sekiranya benar terdapat campur tangan kuasa asing dalam usaha menjatuhkan atau mengambil alih kerajaan Malaysia, perkara ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan.

AMK Perak berdiri teguh mempertahankan kedaulatan negara, demokrasi dan kepentingan rakyat Malaysia.

CERAMAH KELOMPOK | BIRO PENERANGAN NEGERI PERAKBiro Penerangan Negeri Perak akan mengadakan Ceramah Kelompok buat julung...
03/09/2026

CERAMAH KELOMPOK | BIRO PENERANGAN NEGERI PERAK

Biro Penerangan Negeri Perak akan mengadakan Ceramah Kelompok buat julung kalinya pada Jumaat, 4 September 2026, melibatkan empat lokasi di sekitar Perak.

Mengangkat tema “Sedar: Selamatkan Dana Rakyat”, program ini menjadi ruang untuk masyarakat mendapatkan penerangan dan memahami isu-isu berkaitan kepentingan serta pengurusan dana rakyat.

📍 Padang Rengas | 5.00 petang
📍 Bagan Datuk | 5.00 petang
📍 Tambun | 8.30 malam
📍 Pasir Salak | 8.30 malam

Warga setempat dijemput hadir dan bersama-sama mendengar perkongsian yang akan disampaikan.

Sedar. Selamatkan Dana Rakyat.

12/08/2026
Selamat Ulang Tahun Kelahiran YAB Dato’ Seri Anwar IbrahimAngkatan Muda KEADILAN Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi...
10/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Angkatan Muda KEADILAN Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga YAB Dato’ Seri terus dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui Malaysia serta memperkukuhkan agenda Reformasi demi rakyat dan negara.

AMK Perak akan terus berdiri teguh, kekal setia dan menjadi antara barisan hadapan dalam mempertahankan kepimpinan serta perjuangan Reformasi yang dibawa oleh YAB Dato’ Seri.

Selagi perjuangan ini untuk rakyat dan masa depan Malaysia, AMK Perak tetap di hadapan.

Reformasi! 🇲🇾

19/07/2026
Salam Aidiladha 1447H ✨Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang s...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan.

Dalam setiap pengorbanan, pasti ada nilai kemanusiaan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga besar rakyat Malaysia.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima serta diberkati Allah SWT.





20/05/2026

Bila ada dana asing masuk dalam NGO, media & gerakan digital… rakyat BERHAK tanya.

Ini bukan soal takut NGO.
Ini soal KETELUSAN.

Siapa dana?
Berapa jumlah?
Apa tujuan sebenar?

Kalau tiada salah, kenapa takut audit & siasatan?

Dalam era perang maklumat hari ini, rakyat berhak tahu siapa membentuk naratif politik negara. Banyak negara maju pun ada undang-undang ketat terhadap campur tangan dana asing dalam politik dan pembentukan naratif awam.

“Transparency is not oppression.” 🇲🇾


UEC bukan isu baru. Yang baru cuma cara sesetengah pihak memainkan sentimen politik dan perkauman demi kepentingan terte...
16/05/2026

UEC bukan isu baru. Yang baru cuma cara sesetengah pihak memainkan sentimen politik dan perkauman demi kepentingan tertentu.

Hakikatnya, pengambilan lulusan UEC ke program tertentu sudah berlaku sejak bertahun-tahun merentasi pelbagai pentadbiran kerajaan. Ia bukan pengiktirafan terbuka tanpa syarat, tetapi tertakluk kepada bidang tertentu khususnya bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar Bahasa Cina yang terlatih.

Dalam masa sama, kita juga menyokong usaha memperkasa pendidikan Tahfiz dan melahirkan guru-guru berkualiti untuk semua aliran pendidikan negara. Isu pendidikan perlu dibincang secara matang berdasarkan fakta, keperluan semasa dan masa depan negara bukan dipengaruhi sentimen perkauman sempit.

Malaysia perlukan penyelesaian, bukan sekadar politik kebencian.

Selamat Hari Belia Negara 2026“Menggerak Belia” bukan sekadar tema, tetapi satu seruan untuk anak muda terus bangkit mem...
15/05/2026

Selamat Hari Belia Negara 2026

“Menggerak Belia” bukan sekadar tema, tetapi satu seruan untuk anak muda terus bangkit memimpin perubahan, mencipta peluang dan menjadi suara masa depan negara selari dengan semangat Malaysia MADANI.

AMK Perak percaya belia hari ini bukan hanya pelapis, tetapi penggerak utama dalam membina masyarakat yang progresif, berintegriti, berilmu dan mempunyai nilai ihsan demi masa depan negara yang lebih baik.

Anak muda harus terus berani melangkah, bersuara dengan matang serta menjadi agen perubahan yang membawa aspirasi rakyat dan semangat MADANI ke hadapan.

Selamat Hari Belia Negara 2026
“Menggerak Belia, Memperkasa Malaysia MADANI”

Ikhlas daripada,
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Perak






Address

Ipoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Muda Keadilan PERAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share