Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Directions Website

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan sebuah perbadanan yang diperbadankan di bawah Enakmen Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

23/09/2026
SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 16 September menjadi simbol penyatuan rakyat dan semangat kebersamaan dalam membina sebuah Ma...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 2026

16 September menjadi simbol penyatuan rakyat dan semangat kebersamaan dalam membina sebuah Malaysia yang harmoni, sejahtera dan terus maju.

Semoga semangat perpaduan terus subur dalam kalangan kita, demi Malaysia yang lebih gemilang untuk generasi akan datang.

Ikhlas daripada
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)

NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGA Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dalam gr...
08/09/2026

NOTIS KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dalam gred, kategori, pengkhususan dan Bertaraf Bumiputera serta masih sah dibenarkan membuat tawaran bagi kerja-kerja berikut:

KURSUS PROFESIONALISME UNGGUL: MEMBINA ETIKA CEMERLANG, MENGURUS EMOSI DAN MEMACU SINERGI PASUKANKursus Profesionalisme ...
07/09/2026

KURSUS PROFESIONALISME UNGGUL: MEMBINA ETIKA CEMERLANG, MENGURUS EMOSI DAN MEMACU SINERGI PASUKAN

Kursus Profesionalisme Unggul telah diadakan pada 7 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Menara SSI.

Kursus ini menampilkan Encik Muhammad Aliff bin Ahmad Kamal, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak sebagai penceramah yang berkongsi mengenai kepentingan integriti, etika dan profesionalisme dalam membentuk budaya kerja yang berdisiplin, bertanggungjawab serta berintegriti.

Turut diberi penekanan ialah aspek pengurusan emosi dan hubungan interpersonal di tempat kerja bagi membina persekitaran kerja yang positif, harmoni dan saling menghormati.

Kursus ini merupakan antara usaha SSI dalam memperkukuh kompetensi dan profesionalisme warga kerja, selaras dengan aspirasi organisasi ke arah kecemerlangan serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

DYMM SULTAN PERAK BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION PERAK SEMPENA MAHA 2026DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sul...
03/09/2026

DYMM SULTAN PERAK BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION PERAK SEMPENA MAHA 2026

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Pavilion Perak sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 2 September 2026.

Turut berkenan berangkat, DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim dan YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak bersama isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin, serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dan ketua-ketua jabatan.

Pavilion Perak yang diinspirasikan daripada Istana Kenangan, Kuala Kangsar mengetengahkan pelbagai pengisian berkaitan pertanian, perikanan, kraftangan, kebudayaan dan teknologi, sekali gus mempromosikan potensi serta keunikan negeri Perak.

Sebagai GLC Negeri Perak, SSI terus menyokong agenda pembangunan negeri, khususnya dalam memperkukuh sektor agro dan mempromosikan potensi ekonomi Perak melalui platform berimpak seperti MAHA.

SEMANGAT MERDEKA BERGEMA DI IPOH! Suasana meriah menyelubungi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang ...
31/08/2026

SEMANGAT MERDEKA BERGEMA DI IPOH!

Suasana meriah menyelubungi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2026 yang berlangsung di pekarangan Dewan Bandaran Ipoh hari ini, dengan kehadiran lebih 50,000 warga Perak bersama-sama menyemarakkan sambutan penuh bermakna ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke sambutan tersebut, diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta kerabat diraja.

Pelbagai acara menarik mengisi sambutan, antaranya perarakan lintas hormat melibatkan 5,884 peserta daripada 105 kontinjen, persembahan koir, muzikal serta pancaragam yang menceriakan suasana.

Lebih daripada sekadar sebuah perarakan, kemeriahan sambutan ini mencerminkan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan rakyat Perak terhadap tanah air.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiAyuh bersama menghayati erti kemerdekaan...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Ayuh bersama menghayati erti kemerdekaan dan menyuburkan semangat perpaduan demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

Ikhlas Daripada
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI)

SSI PERAK SALUR SUMBANGAN ZAKAT WAKALAH KEPADA MASYARAKATPerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) meneruskan ko...
28/08/2026

SSI PERAK SALUR SUMBANGAN ZAKAT WAKALAH KEPADA MASYARAKAT

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) meneruskan komitmen dalam menyantuni masyarakat melalui Majlis Sumbangan Zakat Wakalah SSI 2026 yang berlangsung pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Terbuka Ngah Sagor, Pekan Parit.

Menerusi inisiatif ini, manfaat zakat wakalah disalurkan kepada golongan yang memerlukan sebagai usaha membantu meringankan beban serta memenuhi keperluan kehidupan seharian. Sumbangan yang disampaikan diharap dapat memberi manfaat kepada para penerima, khususnya dalam membantu memenuhi keperluan dan perbelanjaan harian.

Penyaluran zakat wakalah ini turut mencerminkan keprihatinan SSI dalam berkongsi rezeki serta memberikan sokongan kepada masyarakat yang memerlukan. Inisiatif ini juga menjadi sebahagian daripada usaha SSI dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.

Melalui pelaksanaan dan sokongan terhadap inisiatif kemasyarakatan seperti ini, SSI terus komited untuk memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan serta menyokong usaha yang memberi impak positif kepada masyarakat.

SSI PERAK SUMBANG BUKU ‘KARL-HEINZ WEIGANG’ KEPADA JPN PERAKPerbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) terus meny...
26/08/2026

SSI PERAK SUMBANG BUKU ‘KARL-HEINZ WEIGANG’ KEPADA JPN PERAK

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) terus menyokong usaha memelihara dan memperkenalkan sejarah sukan negeri menerusi sumbangan buku berjudul ‘Karl-Heinz Weigang: Kisah di Sebalik Tabir, Di Bumi Perak’ karya Saudara Zubir bin Shaharani kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

Majlis penyampaian sumbangan telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat JPN Perak, Meru, Ipoh. Sumbangan buku tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohammad Hazni bi Mohd Aman, Pengurus Kanan Undang-Undang SSI kepada Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan Perancangan PPD, Tuan Raihanulazmi bin Muhamad.

Naskhah tersebut akan diagihkan kepada sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri Perak sebagai bahan bacaan dan dokumentasi sejarah, khususnya dalam mengenali legasi Karl-Heinz Weigang yang pernah mencorakkan perjalanan serta kegemilangan bola sepak di negeri ini.

Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada generasi muda untuk mengenali sejarah sukan tempatan, mengambil inspirasi daripada tokoh terdahulu serta menyemai penghargaan terhadap warisan dan kecemerlangan bola sepak di bumi Perak.

Address

E-10-2 Menara SSI SOHO Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share