Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Bil. 3 Tahun 1967

SALAM TAKZIAHInnalillahi wa inna ilaihi raji’un.‎إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَDukacita dimaklumkan bahawa Muha...
19/10/2026

SALAM TAKZIAH

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

‎إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Muhammad Hafiz bin Ahmad Puad, warga kerja Kumpulan PKNPk yang ditempatkan di Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah kembali ke rahmatullah.

Seluruh warga kerja PKNPk menzahirkan rasa dukacita dan menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al Fatihah dan berdoa semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihanilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya”

Al Fatihah.

Berlangsung pada 3 Oktober 2026 di Ipoh Bowl, AEON Kinta City, Ipoh, kejohanan ini membuka ruang kepada warga kerja wani...
17/10/2026

Berlangsung pada 3 Oktober 2026 di Ipoh Bowl, AEON Kinta City, Ipoh, kejohanan ini membuka ruang kepada warga kerja wanita daripada pelbagai anak syarikat Kumpulan PKNPk untuk menyerlahkan bakat dalam sukan boling, menyemarakkan semangat kesukanan serta mengeratkan silaturahim dalam suasana santai dan penuh kemesraan.

Setiap lontaran membawa harapan, setiap strike disambut sorakan dan setiap detik menjadi kenangan. Di lorong boling ini, bukan sekadar kemenangan yang diraikan, tetapi juga persahabatan, kegembiraan dan semangat kebersamaan yang terus diperkukuh.

Kerana setiap Queen mempunyai keistimewaannya tersendiri, dan di sinilah kita bersama-sama mencipta kenangan!



16/10/2026

PROJEK PEOPLE CENTRIC: MASJID NURUL JANNAH, KAMPUNG SUNGAI PROTAN, SIMPANG EMPAT SEMANGGOL

Pada 4 September 2026, sesi pemeriksaan akhir bagi Projek Meroboh dan Membina Baharu Masjid Nurul Jannah, Kampung Sungai Protan telah dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan kerja pembinaan disiapkan mengikut skop dan keperluan yang ditetapkan.

Dengan peruntukan sebanyak RM3 juta, projek ini melibatkan kerja-kerja merobohkan struktur bangunan lama dan membina bangunan utama masjid yang baharu, lengkap dengan kemudahan sokongan bagi menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan kondusif.

Masjid baharu yang berkapasiti antara 250 hingga 300 jemaah ini diharap dapat memenuhi keperluan komuniti setempat, di samping menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelaksanaan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.




Pada 4 September 2026, sesi pemeriksaan akhir bagi Projek Meroboh dan Membina Baharu Masjid Nurul Jannah, Kampung Sungai...
16/10/2026

Pada 4 September 2026, sesi pemeriksaan akhir bagi Projek Meroboh dan Membina Baharu Masjid Nurul Jannah, Kampung Sungai Protan telah dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan kerja pembinaan disiapkan mengikut skop dan keperluan yang ditetapkan.

Dengan peruntukan sebanyak RM3 juta, projek ini melibatkan kerja-kerja merobohkan struktur bangunan lama dan membina bangunan utama masjid yang baharu, lengkap dengan kemudahan sokongan bagi menyediakan ruang ibadah yang lebih selesa dan kondusif.

Masjid baharu yang berkapasiti antara 250 hingga 300 jemaah ini diharap dapat memenuhi keperluan komuniti setempat, di samping menyediakan ruang yang lebih baik untuk pelaksanaan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.




Hotel Casuarina@Meru telah menerima Anugerah Piawaian Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Standard) bagi kategori Bilik Mes...
16/10/2026

Hotel Casuarina@Meru telah menerima Anugerah Piawaian Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Standard) bagi kategori Bilik Mesyuarat (Meeting Room) di peringkat kebangsaan pada 15 Oktober 2026, bertempat di Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC.

Anugerah yang sah bagi tempoh 2026 hingga 2028 ini merupakan pengiktirafan terhadap kualiti kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Hotel Casuarina@Meru. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan pihak hotel dalam memastikan kemudahan bilik mesyuarat memenuhi piawaian yang ditetapkan serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.




15/10/2026

LAWATAN TAPAK KE LuMIC BERSAMA DELEGASI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Pada 13 Oktober 2026, PKNPk telah mengadakan lawatan tapak ke Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) bersama YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, bagi meninjau potensi dan perancangan pembangunan LuMIC sebagai hab perindustrian maritim strategik negara.

Lawatan dimulakan di syarikat Vale, diikuti tinjauan kawasan pembangunan LuMIC melalui perjalanan bot bagi melihat dengan lebih dekat potensi serta perancangan pembangunan kawasan tersebut. Program diteruskan dengan sesi perbincangan di Silver Lounge, Marina Island, yang memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan LuMIC serta penyelarasan antara pihak berkepentingan.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara PKNPk, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkepentingan bagi menyokong pembangunan LuMIC sebagai hab perindustrian maritim yang berdaya saing.

Melalui pembangunan LuMIC, PKNPk komited untuk terus meneroka peluang pelaburan, memperkukuh ekosistem industri maritim serta memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Perak, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.




Pada 13 Oktober 2026, PKNPk telah mengadakan lawatan tapak ke Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) bersama YB Tuan Ant...
15/10/2026

Pada 13 Oktober 2026, PKNPk telah mengadakan lawatan tapak ke Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) bersama YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, bagi meninjau potensi dan perancangan pembangunan LuMIC sebagai hab perindustrian maritim strategik negara.

Lawatan dimulakan di syarikat Vale, diikuti tinjauan kawasan pembangunan LuMIC melalui perjalanan bot bagi melihat dengan lebih dekat potensi serta perancangan pembangunan kawasan tersebut. Program diteruskan dengan sesi perbincangan di Silver Lounge, Marina Island, yang memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan LuMIC serta penyelarasan antara pihak berkepentingan.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara PKNPk, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan pihak berkepentingan bagi menyokong pembangunan LuMIC sebagai hab perindustrian maritim yang berdaya saing.

Melalui pembangunan LuMIC, PKNPk komited untuk terus meneroka peluang pelaburan, memperkukuh ekosistem industri maritim serta memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Perak, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.




KENYATAAN TENDER / IKLAN TAWARANPelawaan Sebut Harga kepada SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN yang berdaftar dengan Kementeri...
15/10/2026

KENYATAAN TENDER / IKLAN TAWARAN

Pelawaan Sebut Harga kepada SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) di bawah Kod Bidang 220801 – Kawalan Keselamatan,
mempunyai lesen agensi persendirian yang masih sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta memenuhi syarat kelayakan dan pendaftaran yang ditetapkan dalam Dokumen Sebut Harga.

Tarikh Jualan Dokumen : 29 Oktober 2026 (Khamis)
Tarikh Tutup Tender : 12 November 2026 (Khamis)

14/10/2026

PERTANDINGAN PAINTBALL KELAB WARGA KUMPULAN PKNPk

Kelab Warga Kumpulan PKNPk telah menganjurkan PENG PENG! Pertandingan Paintball Kelab Warga Kumpulan PKNPk 2026 pada 12 September 2026 bertempat di Silverstate Paintball Park@The Centro, Klebang, Ipoh.

Pertandingan ini menyaksikan penyertaan seramai 40 peserta daripada lapan pasukan yang berentap dalam format permainan lima lawan lima. Setiap pasukan mempamerkan strategi, ketangkasan dan semangat kerjasama dalam usaha merebut kemenangan.

Selain menyemarakkan semangat kesukanan, penganjuran program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja Kumpulan PKNPk di luar persekitaran kerja.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dan syabas kepada para pemenang! Bukan sekadar persaingan di medan paintball, tetapi juga semangat kebersamaan yang menyatukan warga Kumpulan PKNPk.



Kerajaan Negeri Perak meneruskan komitmen dalam memperkukuh agenda pendidikan dan kebajikan pelajar menerusi pelaksanaan...
12/10/2026

Kerajaan Negeri Perak meneruskan komitmen dalam memperkukuh agenda pendidikan dan kebajikan pelajar menerusi pelaksanaan Bantuan Makanan Percuma di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) Tahun 2026 yang bakal memanfaatkan seramai 28,000 calon SPM, STPM dan STAM di seluruh Negeri Perak.

Bagi menjayakan inisiatif ini,PKNPk turut menyumbang sebanyak RM560,000, sebagai sebahagian daripada sumbangan keseluruhan RM3.91 juta melibatkan lima syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

Inisiatif ini diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, sempena Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Calon Peperiksaan Awam Peringkat Negeri Perak 2026 di Laman Seri Ridzuan, Ipoh.

Sumbangan ini mencerminkan komitmen PKNPk dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan demi kesejahteraan generasi muda Perak.




Address

No 1-A Blok A, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina
Ipoh
30020

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055019888

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Negeri Perak:

Shortcuts

Share