Bomba Perak Official

Directions

Bomba Perak Official Web Rasmi JBPM Negeri Perak :
https://www.bomba.gov.my/jbpm-negeri-perak/

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LORI 3 TAN DI KAMPUNG GAJAH, PERAK20 Oktober 2026 (Selasa) – Balai Bomba dan Penyelamat...
20/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN LORI 3 TAN DI KAMPUNG GAJAH, PERAK

20 Oktober 2026 (Selasa) – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori 3 tan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak pada jam 6.07 petang.

Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 6.20 petang dengan jarak perjalanan sejauh 8 kilometer dari balai.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori 3 tan yang melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke dalam parit. Dua orang mangsa wanita berbangsa Melayu berusia 36 dan 45 tahun dilaporkan tersepit di dalam lori berkenaan.

Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas Hydraulic Rescue Tools dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi dikawal pada jam 7.20 malam dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.32 malam.

Seramai enam orang anggota BBP Kampung Gajah bersama sebuah jentera FRT terlibat dalam operasi yang diketuai oleh PBK I Tajul Arif bin Ahmad.

JBPM Negeri Perak sentiasa komited memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang pantas, cekap dan profesional demi keselamatan masyarakat.

“CEPAT DAN MESRA”




KEBAKARAN LORI DI JALAN GERIK–JELIGERIK, 20 OKTOBER 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak men...
20/10/2026

KEBAKARAN LORI DI JALAN GERIK–JELI

GERIK, 20 OKTOBER 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran melibatkan sebuah lori di Jalan Gerik–Jeli, sebelum Kampung Air Banun, pada jam 5.40 pagi.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bersama 10 orang anggota telah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak 57 kilometer dari balai dan tiba pada jam 6.37 pagi.

Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bahagian treler sebuah lori jenis Volvo yang membawa muatan simen. Kebakaran melibatkan kira-kira 40% bahagian treler dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan dua aliran hos dengan dua pancutan air serta buih pemadam. Bekalan air diperoleh daripada tangki jentera dan sumber air terbuka dari longkang berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.55 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.20 pagi.

Operasi diketuai oleh PBK I Mohd Fairuz bin Noordin dengan kekuatan 10 orang anggota serta menggunakan jentera FRT, EMRS dan Hilux.

JBPM Negeri Perak sentiasa komited memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang pantas, cekap dan profesional demi keselamatan masyarakat.



KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA DI TAMAN BUNGA RAYA, TAPAHPada 18 Oktober 2026, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tap...
18/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA DI TAMAN BUNGA RAYA, TAPAH

Pada 18 Oktober 2026, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan jalan raya di Taman Bunga Raya, Tapah, Perak.

Sebuah motosikal jenis Modenas Kriss 110 dilaporkan terbabas ke dalam longkang dan mengakibatkan seorang lelaki berusia 51 tahun terperangkap di lokasi kejadian.

Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.09 malam. Ketua Operasi telah melakukan penilaian awal kejadian (size up) dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari dalam longkang menggunakan peralatan khas webbing dan pengusung (stretcher).

Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.

Operasi melibatkan seramai lapan orang anggota BBP Tapah dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Operasi terkawal pada jam 9.20 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 9.22 malam.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Perak





KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN DUA BUAH LORI DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN17 Oktober 2026 | Gopeng, PerakJabatan Bomba da...
17/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN DUA BUAH LORI DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

17 Oktober 2026 | Gopeng, Perak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan jalan raya melibatkan dua buah lori di Kilometer 294.0, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Perak, pada jam 1.31 petang.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori tangki yang membawa muatan diesel melanggar bahagian belakang sebuah lori yang membawa muatan pasir. Kejadian mengakibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun tersepit di bahagian pemandu lori tangki diesel.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng tiba di lokasi pada jam 1.38 petang. Ketua Operasi melaksanakan penilaian awal kejadian (size-up) dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas Hydraulic Rescue Tools bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal oleh anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM.

Operasi melibatkan seramai lapan orang anggota dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera EMRS. Operasi terkawal pada jam 2.00 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 2.22 petang.

JBPM Negeri Perak sentiasa komited memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas, cekap dan profesional demi keselamatan masyarakat.

Pandu cermat, sentiasa peka dan kekalkan jarak selamat antara kenderaan, khususnya ketika memandu di lebuh raya.

CEPAT DAN MESRA




OPERASI MENCARI MANGSA HILANG: LELAKI WARGA EMAS DITEMUI SELAMAT DI SUNGKAI17 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelama...
17/10/2026

OPERASI MENCARI MANGSA HILANG: LELAKI WARGA EMAS DITEMUI SELAMAT DI SUNGKAI

17 Oktober 2026 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River telah menjalankan operasi mencari seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun yang dilaporkan hilang di Felda Gunung Besout 4, Sungkai, Perak.

Mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menunggang motosikal pada pagi Jumaat, 16 Oktober 2026.

Operasi pencarian melibatkan tujuh anggota BBP Slim River dengan bantuan tiga anggota polis serta kira-kira 20 orang penduduk kampung. Pencarian dijalankan di sekitar kawasan kediaman, laluan kebun kelapa sawit dan jalan utama Felda Gunung Besout 4.

Alhamdulillah, mangsa berjaya ditemukan oleh orang awam pada jam 8.47 pagi di dalam sebuah kebun, kira-kira lima kilometer dari rumahnya, dalam keadaan selamat. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Slim River menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Mohamad Tarmizi bin Hassan itu berakhir pada jam 9.24 pagi.

JBPM Negeri Perak merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan penduduk kampung atas kerjasama serta bantuan yang diberikan sepanjang operasi pencarian dijalankan.

Keprihatinan bersama, keselamatan diutamakan.




KEMALANGAN JALAN RAYA: PENUNGGANG MOTOSIKAL TERSEPIT DI BAWAH KERETATAPAH, PERAK | 17 OKTOBER 2026Jabatan Bomba dan Peny...
17/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA: PENUNGGANG MOTOSIKAL TERSEPIT DI BAWAH KERETA

TAPAH, PERAK | 17 OKTOBER 2026

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan sebuah motosikal jenis Demak di PPRT Kampung Banir, Batang Padang, Tapah, Perak, pada jam 9.00 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah yang terdiri daripada enam anggota bersama jentera FRT dan EMRS tiba di lokasi pada jam 9.17 pagi.

Kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki berbangsa Melayu berusia 25 tahun, iaitu penunggang motosikal yang didapati tersepit di bawah kereta dan mengalami kecederaan.

Ketua Operasi telah melaksanakan penilaian awal di lokasi (size-up) dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat. Mangsa berjaya dikeluarkan dengan mengangkat kenderaan menggunakan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi berjaya dikawal pada jam 9.19 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.34 pagi.

JBPM Negeri Perak sentiasa komited memberikan perkhidmatan kecemasan yang pantas, cekap dan profesional demi keselamatan masyarakat.

CEPAT DAN MESRA

KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA PENUNGGANG MOTOSIKAL DI LEBUHRAYA PLUSBIDOR, 16 OKTOBER 2026 – Seorang lelaki berusi...
17/10/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA MERAGUT NYAWA PENUNGGANG MOTOSIKAL DI LEBUHRAYA PLUS

BIDOR, 16 OKTOBER 2026 – Seorang lelaki berusia 18 tahun maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori di Kilometer 341.6 Lebuhraya PLUS arah selatan, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Perak menerima panggilan kecemasan pada jam 9.03 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor tiba di lokasi pada jam 9.16 malam.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa melanggar bahagian belakang sebuah lori Nissan yang membawa muatan ayam.

Mangsa, seorang lelaki Melayu, telah dikeluarkan dari belakang lori oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba. Ketua Operasi seterusnya melaksanakan penilaian awal kejadian dan mengarahkan anggota mengangkat mangsa menggunakan pengusung (stretcher).

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi melibatkan seramai tujuh anggota BBP Bidor dengan bantuan lima anggota polis dan tiga anggota KKM. Operasi terkawal pada jam 10.01 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 10.13 malam.

JBPM Negeri Perak mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mengekalkan jarak selamat serta memberikan tumpuan sepenuhnya ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

CEPAT DAN MESRA

Pusat Gerakan Operasi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Negeri Perak

YS DATO’ SAYANI MENYANTUNI IBU MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KOH, SITIAWANKAMPUNG KOH, SITIAWAN, 16 Oktober 2026 – P...
16/10/2026

YS DATO’ SAYANI MENYANTUNI IBU MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KOH, SITIAWAN

KAMPUNG KOH, SITIAWAN, 16 Oktober 2026 – Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, YS PKPjB Dato’ Sayani binti Hj Saidon, hadir menyantuni ibu kepada mangsa kebakaran rumah di lokasi kejadian di Kampung Koh, Sitiawan, Perak, pada hari ini.

Kejadian kebakaran tersebut telah mengorbankan dua orang mangsa dan meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga yang terlibat.

Kunjungan ini merupakan tanda keprihatinan dan simpati pihak JBPM Negeri Perak terhadap keluarga mangsa yang sedang menghadapi detik sukar susulan tragedi berkenaan.

Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KOH, SITIAWAN MERAGUT DUA NYAWA16 Oktober 2026 | Sitiawan, PerakJabatan Bomba dan Penyelamat ...
16/10/2026

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG KOH, SITIAWAN MERAGUT DUA NYAWA

16 Oktober 2026 | Sitiawan, Perak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran rumah di Kampung Koh, Sitiawan, Perak pada jam 9.01 pagi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba di lokasi pada jam 9.10 pagi, dengan bantuan anggota dari BBP Seri Manjung dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai Remis.

Kebakaran melibatkan dua buah rumah berkembar dua tingkat jenis Kelas C berkeluasan keseluruhan 40 kaki x 70 kaki, dengan kemusnahan dianggarkan hampir 90 peratus. Kebakaran turut melibatkan empat buah kenderaan, iaitu dua buah Proton Saga, sebuah Proton Perdana dan sebuah motosikal.

Dua orang mangsa perempuan Cina, masing-masing berusia 18 tahun dan 15 tahun, disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 10.30 pagi. Kerja-kerja overhaul sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api tersembunyi yang boleh menyebabkan kebakaran berulang. Pasukan Khas K9 turut dihubungi bagi membantu proses penyiasatan.

Operasi melibatkan seramai 20 anggota JBPM dengan kekuatan logistik dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah jentera tangki air. PBS Pantai Remis turut membantu dengan kekuatan enam anggota dan dua jentera.

Komander Operasi: PBK II (TBK) Abdul Hafiz bin Abu Hassan

Komander Operasi Kanan: TPgB II Mohd Azmin bin Abd Aziz, Ketua Balai BBP Sitiawan.

PgKB I Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Perak turut berada dilokasi kejadian.

JBPM Negeri Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.





BANJIR KILAT DI KAMPUNG BAHAGIA, SUNGAI SIPUT15 Oktober 2026 | Sungai Siput, PerakJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ...
15/10/2026

BANJIR KILAT DI KAMPUNG BAHAGIA, SUNGAI SIPUT

15 Oktober 2026 | Sungai Siput, Perak

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian banjir kilat di kawasan Penglipur Lara, Kampung Bahagia dan Persiaran Lintang Makmur, Sungai Siput, Perak pada jam 11.33 malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput tiba di lokasi pada jam 11.36 malam dan mendapati air banjir dengan anggaran kedalaman satu kaki telah memasuki kawasan rumah penduduk.

Ketua Operasi, PBK II Mohd Shukor bin Ibrahim, telah menjalankan penilaian awal di lokasi serta mengarahkan anggota melaksanakan pemantauan di kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Tiada pemindahan mangsa dilakukan berikutan paras air yang semakin surut dan keadaan hujan yang telah berhenti. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Operasi melibatkan seramai sembilan orang anggota dengan menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan Hilux. Operasi ditamatkan pada jam 1.25 pagi, 16 Oktober 2026.

JBPM Negeri Perak menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berhadapan dengan situasi banjir kilat, mengelakkan kawasan berair deras serta mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.

CEPAT DAN MESRA




Address

PERSIARAN MERU UTAMA, BANDAR MERU RAYA
Ipoh
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bomba Perak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share