25/09/2026
KUDR Perkukuh Kesiapsiagaan Operasi, Pacu Pemantauan Lebih Responsif di Lapangan
Koridor Utiliti Darul Ridzuan Sdn. Bhd. (KUDR) terus memperkukuh keupayaan operasinya menerusi penambahan aset kenderaan operasi, sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan pemantauan, penyelarasan dan tindakan di lapangan.
Menerusi satu majlis ringkas penyerahan aset kenderaan yang diadakan pagi ini, Ketua Pegawai Eksekutif KUDR, En. Adham Nasri bin Mohamad, telah menyempurnakan penyerahan replika kunci kepada Ketua Unit Operasi sebelum pelepasan rasmi kenderaan operasi. Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Urusan Asia Global Field Sdn. Bhd., Datuk Mua’amar Ghadafi Jamal.
Dalam ucapannya, En. Adham menegaskan bahawa pembangunan sistem dan proses yang baik perlu disokong oleh keupayaan pelaksanaan yang kukuh di lapangan. Aset yang disediakan bukan sekadar kemudahan mobiliti, sebaliknya mencerminkan komitmen KUDR untuk memastikan pasukan dapat berada lebih dekat dengan projek, pemohon dan Pihak Berkuasa Melulus (PBM), seterusnya membolehkan tindakan dilaksanakan dengan lebih cepat, cekap dan berkesan apabila diperlukan.
Pendekatan ini selaras dengan aspirasi KUDR untuk menjadi sebuah agensi penyelaras yang proaktif, responsif dan boleh diharapkan, dengan memberi penekanan kepada pemudahcaraan, penyelarasan serta kelancaran proses tanpa berkompromi terhadap aspek pematuhan, keselamatan dan kualiti kerja.
Penambahan aset ini turut membawa bersama satu amanah kepada warga kerja KUDR untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, profesionalisme dan integriti, khususnya ketika mewakili organisasi di lapangan.
Perkukuh Kesiapsiagaan Operasi, Pacu Pemantauan Lebih Responsif di Lapangan