07/10/2026
ππππππ πππππππππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππ (ππππ) ππππ| π πππ. ππππ | ππππππ
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) 2026 anjuran Perak SADC melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melabuhkan tirai selepas melengkapkan empat modul kursus, masing-masing dilaksanakan selama sebulan.
Program ini telah memberi manfaat kepada 100 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negeri Perak, termasuk komuniti Orang Asli, menerusi latihan kemahiran yang memberi pendedahan dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri serta potensi menjana pendapatan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Dr. Hang Tuah Din. Turut hadir ialah Pengarah JAKOA Perak/Kedah, Tuan Hairulnizam Abd Rahman, Wakil MARA Negeri Perak, Puan Noor Aishah Mohammad Shafie dan Pengurus Besar Jabatan Korporat Sosial, Encik Mohd Rozlan Mohd Rozalli.
Pelaksanaan PLKK mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa kemahiran masyarakat melalui latihan yang praktikal dan berorientasikan pembangunan sosioekonomi.