09/10/2026
ππππππ πππππππππ πππππ πππππππππ πππππ ππππππ πππππ (πππ) ππππππ πππππ πππππ ππππ
8 Oktober 2026 | Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh
Semalam, kita berhimpun sempena Majlis Perasmian Bulan Kesedaran Orang Kurang Upaya Negeri Perak 2026. Di sebalik gambar-gambar yang merakam senyuman dan kemeriahan majlis, tersimpan kisah perjuangan yang tidak selalu terlihat.
Majlis telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Seri AezΒer binti Zubin, isteri kepada YAB Menteri Besar Perak merangkap Yang Dipertua BAIDURI Perak. Turut hadir YB Datoβ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, YBrs Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman, Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris, YBrs Puan Jamilah binti Zakaria, Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan dan Badan Berkanun.
Bagi individu OKU, perkara yang dianggap biasa oleh sesetengah orang mungkin memerlukan usaha yang besar. Bagi ibu bapa dan penjaga p**a, setiap hari menuntut kesabaran, kekuatan dan kasih sayang yang tidak pernah putus. Ada cabaran yang sukar dijelaskan dengan kata-kata namun mereka tetap melangkah, belajar dan berusaha dengan cara serta kemampuan masing-masing.
Kesedaran bukan sekadar memahami bahawa cabaran itu wujud. Kesedaran juga bermaksud kita belajar untuk tidak cepat menghukum, memberi ruang tanpa meminggirkan, dan memastikan kemudahan serta peluang dapat dinikmati dengan lebih adil. Individu OKU tidak memerlukan belas kasihan semata-mata. Mereka berhak dihormati, didengari dan diberi peluang untuk menyerlahkan potensi.
Semoga sambutan bulan kesedaran ini menjadi permulaan kepada tindakan yang berterusan di sekolah, tempat kerja, dalam komuniti dan di mana sahaja kita berada. Marilah kita bina masyarakat yang lebih peka, inklusif dan saling menyokong.
Penganjuran Bulan Kesedaran OKU bukan sekadar acara tahunan, malah merupakan platform penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak, kebolehan, potensi dan sumbangan golongan OKU dalam pembangunan negeri.
Golongan OKU bukanlah insan yang perlu dinilai berdasarkan keterbatasan mereka, sebaliknya wajar diberikan ruang, peluang dan sokongan untuk terus berkembang serta mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Keterangkuman bermula dengan kesedaran, berkembang melalui penerimaan dan menjadi kenyataan apabila setiap insan diberikan peluang yang saksama.
Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para sukarelawan, peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan majlis ini.
Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuh agenda pembangunan masyarakat yang inklusif, mesra OKU dan penyayang, selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030, demi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan negeri.
Kesedaran membuka ruang. Penerimaan menguatkan semangat. Tindakan bersama membina masyarakat yang inklusif ke arah Perak Sejahtera 2030.
Bersama Membina Masyarakat Inklusif.
Bersama Memperkasa Potensi OKU.
Perak Sejahtera 2030.
YAB Datoβ Seri Saarani Mohamad
YB Datoβ Salbiah Mohamed
Puan Jamilah Zakaria
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak