Balai Seni Negara Ipoh

Directions

Balai Seni Negara Ipoh Balai Seni Negara, Cawangan Ipoh

PAMERAN DAN STUDIO TERBUKA INAP-ILMU: “RESIDENSI BERGURU BERPIRASIKAN ALAM”INAP-ILMU mempersembahkan Pameran dan Studio ...
26/09/2026

PAMERAN DAN STUDIO TERBUKA INAP-ILMU: “RESIDENSI BERGURU BERPIRASIKAN ALAM”

INAP-ILMU mempersembahkan Pameran dan Studio Terbuka “Residensi Berguru Berinspirasikan Alam” yang menghimpunkan karya dan pengalaman lima orang seniman iaitu Aiman Anaqi, Forrest Wong, Melissa Lin, Ng Yi Kee dan Syakir Shahardi.

Program residensi ini berlangsung selama dua bulan dan pameran terbuka pada 26 hingga 30 September 2026 bertempat di Rumah Tok Cu, Kampung Sungai Buluh, Sedim, Kedah, dengan menjadikan alam dan persekitaran setempat sebagai sumber inspirasi dalam proses penghasilan karya.

Pameran dan studio terbuka ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat hasil karya serta mendekati proses kreatif para seniman sepanjang tempoh residensi. Pendekatan berinspirasikan alam turut membuka ruang kepada penerokaan idea, pengalaman dan pemerhatian terhadap persekitaran dalam penghasilan karya seni.

Program ini menjadi satu wadah untuk mempertemukan seniman, komuniti dan pencinta seni dalam suasana yang lebih dekat dengan alam, di samping memperkaya pengalaman serta pemahaman terhadap proses pengkaryaan seni kontemporari.

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan Pameran dan Studio Terbuka INAP-ILMU ini.



Pameran & Studio TerbukaINAP ILMUResidensi berguru berinspirasikan alam.Rumah Tok Cu, Kampung Sungai Buluh,Sedim, Kedah....
21/09/2026

Pameran & Studio Terbuka
INAP ILMU
Residensi berguru berinspirasikan alam.

Rumah Tok Cu, Kampung Sungai Buluh,
Sedim, Kedah.

26-30 September 2026
Majlis Perasmian pada 26 September jam 12 thari.

Semua dijemput.

(Tajaan Balai Seni Lukis Negara. Sokongan teknikal dari
Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM)

https://www.thestar.com.my
21/09/2026

https://www.thestar.com.my

MORE than 100 people showed up for the Merdeka Bazaar 2026 art festival in the royal town of Kuala Kangsar in Perak.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SANTUNI MADANI 2026: “SENI MEMPERKASA KOMUNITI”Program Santuni Madani 2026: “Seni Memperkasa Ko...
14/09/2026

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SANTUNI MADANI 2026: “SENI MEMPERKASA KOMUNITI”

Program Santuni Madani 2026: “Seni Memperkasa Komuniti” anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan SK Raban, Lenggong telah berlangsung pada Sabtu, 12 September 2026 di SK Raban, Lenggong.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, YBrs. En. Amerrudin Ahmad. Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seni, budaya dan komuniti termasuk pertandingan melukis dan mewarna, bengkel cetakan, kerja-kerja menyiapkan lukisan mural, pertandingan wau, menganyam, menulis khat serta pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.

Program ini merupakan salah satu usaha Balai Seni Negara dalam memperkasa komuniti melalui pendekatan seni, di samping mewujudkan ruang kreativiti dan kerjasama antara institusi seni, sekolah dan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada semua yang menyokong dan menjayakan program ini.




✨ Mosque Open Day | Maulidur Rasul 2026 ✨Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW, Balai Seni Negara Cawangan Ipoh turut meme...
13/09/2026

✨ Mosque Open Day | Maulidur Rasul 2026 ✨

Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW, Balai Seni Negara Cawangan Ipoh turut memeriahkan Program Mosque Open Day yang berlangsung pada 13 September 2026 bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II. Reruai Balai Seni Ipoh telah di penuhi oleh pengunjung untuk melihat hasil kreativiti Seni Khat En. Muhammad Alfi Syahmi bin Mohammad Sofian yang merupakan pelukis jemputan Balai Seni Ipoh untuk acara ini.


🌱 GERAKAN KURANGKAN PLASTIK, SENI BERI NAFAS BAHARU 🎨✨Satu inisiatif murni anjuran Persatuan Penjaga Seni Dan Warisan Lo...
11/09/2026

🌱 GERAKAN KURANGKAN PLASTIK, SENI BERI NAFAS BAHARU 🎨✨

Satu inisiatif murni anjuran Persatuan Penjaga Seni Dan Warisan Lorong Wayang Taiping (Lorong Wayang Taiping) demi meningkatkan kesedaran pemeliharaan alam sekitar melalui kreativiti dan pelihara seni warisan tempatan! 🌍💚

Majlis perasmian program ini bakal dirasmikan oleh YB Teh Kok Lim , Ahli Majlis Mesyuarat Perak & ADUN Aulong. Program ini turut mendapat kerjasama serta kehadiran En. Erry Arham, wakil daripada Balai Seni Negara Cawangan Ipoh, bagi menyokong keharmonian dan keselamatan komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang program dua hari ini:

🎨 Pameran & Pertandingan Seni Daripada Sampah
🚶‍♂️ Perarakan Alam Sekitar (Aktiviti Jejak Bumi)
🛍️ Pasar Amal Kraf Tangan / Makanan
🧪 Perkongsian Enzim Alam Sekitar
🖍️ Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🎶 Persembahan Muzik & Kebudayaan Live!
Jom ajak famili dan kawan-kawan hadir meriahkan suasana sambil menyokong usaha kelestarian alam sekitar!

📅 Tarikh: 5 September 2026 (Sabtu) & 6 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa Perasmian: 5 September 2026 (Sabtu), 9:00 AM
📍 Lokasi: Lorong Wayang, Taiping
Mari bersama-sama kita kurangkan plastik dan pelihara alam! Jumpa anda di sana! 🙌✨


SENI KONTEMPORARI X WARISAN ORANG ASLI SEMAI! ✨Meriah betul Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Perah, Parit, Perak pada 5 ...
11/09/2026

SENI KONTEMPORARI X WARISAN ORANG ASLI SEMAI! ✨

Meriah betul Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Perah, Parit, Perak pada 5 September lepas dengan Program & Pameran Wayang Kontemporari: Wayang TEKtek! 😍

Meriahnya, program ni menggabungkan kreativiti moden dan tradisi:🎨 Sesi Pagi: Bengkel kreatif buat patung wayang (puppet) guna bahan plastik kitar semula.

🌙 Sesi Malam: Acara kemuncak persembahan Wayang Kontemporari bertajuk "LOST: Kembali" & sesi dialog bersama artis.

Menariknya, persembahan ini dibawakan sepenuhnya dalam Bahasa Semai! Sambil berhibur, kita dapat memartabatkan warisan lisan dan mengangkat bakat kreatif anak muda Orang Asli Semai _(Luheiw Renaweij)_ dari Kampung Tumbuh Hangat, Bota. Kisah rakyat dan naratif ekologi setempat pun disampaikan dengan sangat visual menerusi watak puppet bahan kitar semula.

Projek hebat ini, dipimpin oleh Fairuz Sulaiman (Sekolah Main Wayang) dan ditaja penuh melalui dana Tabung Bantuan Seni (TBS).

Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif kreatif ini! 👏👏



SeniDanBudaya TabungBantuanSeni ParitPerak

11/09/2026
LAWATAN & PERBINCANGAN | PAMERAN BANGUN!!!Balai Seni Negara Cawangan Ipoh telah mengadakan lawatan dan perbincangan semp...
10/09/2026

LAWATAN & PERBINCANGAN | PAMERAN BANGUN!!!

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh telah mengadakan lawatan dan perbincangan sempena Pameran Guru Pendidikan Seni Visual Negeri Perak 2026, “BANGUN!!!” yang berlangsung di The Silver Lab, Ipoh.

Pameran ini menampilkan sebanyak 42 karya seni merangkumi lukisan dan arca, hasil karya 31 orang guru Pendidikan Seni Visual sekolah rendah dan menengah di Negeri Perak.

Pameran “BANGUN!!!” menjadi wadah untuk mengetengahkan kreativiti, ekspresi dan bakat seni dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual, di samping memperkukuh jaringan serta kerjasama antara komuniti pendidikan dan ekosistem seni visual di Perak.

✨ Guru mendidik, seni menginspirasi, karya terus BANGUN!!!

✨ SENI KHAT: INDAH PADA GARIS, SARAT DENGAN MAKNA ✨Jom hayati keindahan seni khat sempena Mosque Open Day! 🕌✨Balai Seni ...
10/09/2026

✨ SENI KHAT: INDAH PADA GARIS, SARAT DENGAN MAKNA ✨

Jom hayati keindahan seni khat sempena Mosque Open Day! 🕌✨

Balai Seni Negara Cawangan Ipoh membawakan Reruai Seni Khat yang mengetengahkan keunikan, estetika dan kreativiti seni tulisan khat melalui karya serta perkongsian kreatif oleh pelukis jemputan:

🎨 Encik Muhammad Alfi Syahmi bin Mohammad Sofian

📅 13 September 2026 (Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 10.00 malam
📍 Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh, Perak

🌙 Singgah, hayati dan kenali seni khat dengan lebih dekat!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Mosque Open Day dan menyemarakkan apresiasi terhadap seni visual Islamik tanah air. 🇲🇾

Jom datang ramai-ramai! 🤍





Address

Jalan Dato Sagor
Ipoh
3000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Seni Negara Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share