APM Negeri Perak

Call Directions Contact the organization

APM Negeri Perak MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

22/10/2026
21/10/2026



TEMU BUAL SELAMAT PAGI MALAYSIA (RTM) - PASCA BELANJAWAN 2027 : SUKARELAWAN NEGARA, JASA DIHARGAI

Mari sama-sama kita saksikan bual bicara bersama YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam mengupas topik "Pasca Belanjawan 2027 : Sukarelawan Negara, Jasa Dihargai" yang akan berlangsung pada :-

📅 22 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 08:00 hingga 10:00 pagi
🌐 Menerusi platform media Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi)

Jabatan Perdana Menteri














**

21/10/2026

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Perak (Hilir Perak, Larut Matang, Selama, Kerian, Perak Tengah, Manjung, Bagan Datuk, Muallim, Batang Padang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak) • Terengganu (Kemaman) • Pahang (Lipis, Jerantut, Raub, Bentong dan Temerloh) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang) • W.P. Kuala Lumpur • W.P. Putrajaya • Sarawak: Limbang, Miri (Marudi) • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Tenom, Keningau, Membakut dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang), Kudat (Kudat) sehingga 9:00 Malam; Rabu, 21 Oktober 2026.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada 6:45 petang, 21 Oktober 2026




21/10/2026
21/10/2026

KERAJAAN ARAH HENTI GUNA APLIKASI NAVIGASI MILIK ISRAEL

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memutuskan supaya penggunaan aplikasi navigasi Waze dilarang dalam kalangan seluruh penjawat awam bagi melindungi maklumat Kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.

Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd. selaku pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.

Maklumat sensitif Kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

Pada masa sama, YAB Perdana Menteri menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi Waze dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan.

Pendirian Kerajaan MADANI adalah tegas dan kita akan menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.

PEJABAT PERDANA MENTERI
21 Oktober 2026

21/10/2026

Address

Pejabat Negeri Pertahanan Awam Perak Wing A Wisma SSI, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh Darul Ridzuan
Ipoh
30020

Telephone

+6055288030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to APM Negeri Perak:

Shortcuts

Share