29/09/2026
APA YANG BOLEH ANDA BUAT JIKA ANDA DISERANG PANIK?
Serangan panik boleh berlaku secara tiba-tiba — jantung berdebar, sesak nafas, berpeluh, pening, menggigil atau rasa seperti hilang kawalan.
Ia boleh terasa sangat menakutkan, tetapi anda tidak perlu menghadapinya seorang diri.
Jika serangan berlaku:
• Berhenti seketika dan duduk di tempat yang selamat.
• Tarik nafas perlahan dan cuba tenangkan diri.
• Fokus kepada perkara di sekeliling untuk mengalihkan perhatian.
• Ingatkan diri: “Ini akan berlalu.”
• Kurangkan caffeine dan dapatkan tidur yang mencukupi.
• Bercakap dengan individu yang dipercayai atau dapatkan bantuan profesional.
Yang penting, jangan terus menganggap semua simptom fizikal sebagai panic attack. Sakit dada yang kuat, pengsan, sesak nafas teruk atau simptom luar biasa perlu dinilai oleh doktor.
ANDA TIDAK BERSEORANGAN.
Mendapatkan bantuan bukan tanda kelemahan — ia sebahagian daripada menjaga diri.
⚠️ NOTA:
Kandungan ini adalah maklumat umum dan bukan nasihat daripada pakar perubatan. Jika simptom berterusan, berulang atau semakin teruk, sila rujuk doktor/profesional kesihatan.
BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING JIPS BUKIT AMAN