14/07/2026
14 Julai 2026 (Selasa) | Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
AUEGCAS Perak telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan yang telah diadakan di Dewan Saidina Omar, Institut Tadbiran Islam Negeri Perak.
Penceramah jemputan ialah Puan Nor Azimah binti Ab Manaf, dari Unit Pembangunan Kerjaya Dan Kompetensi (UPKK), Seksyen Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (SKPSM), Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Dibantu bersama Fasilitator, Puan Nor Solehah binti Saidi.
Seramai 70 peserta telah hadir ke bengkel ini. Dengan adanya bengkel ini diharap para peserta dapat menjawab soalan peperiksaan yang akan diadakan pada 16 Julai 2026 (Khamis) yang akan datang ini.