Felcra Berhad Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

Felcra Berhad Negeri Perak FELCRA Berhad Negeri Perak merupakan pusat pentadbiran bagi FELCRA Negeri Perak

FELCRA Berhad Wilayah Perak merupakan pusat pentadbiran bagi FELCRA Negeri Perak yang beroperasi di alamat Lot 143052, Jalan Sultan Azlan Shah, W.D 678, 30990 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan. Mengurus tadbir sebanyak 21 Pejabat Kawasan meliputi 10 daerah dalam Negeri Perak, mengurus selia ladang-ladang sawit & getah seluas 25,327.85 hektar dengan bilangan peserta berjumlah 22,399 orang.

30/09/2026
30/09/2026
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐’๐๐‘๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š๐Ÿ“… 23 September 2026 | RabuFELCRA Berhad Negeri Per...
23/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐† ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐Š๐„ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐’๐๐‘๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š

๐Ÿ“… 23 September 2026 | Rabu

FELCRA Berhad Negeri Perak telah mengadakan Kunjung Hormat ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak pada hari ini.

Delegasi FELCRA Berhad Negeri Perak diketuai oleh YBrs. Encik Zool Amali bin Omar, Ketua Integriti, Ibu Pejabat FELCRA Berhad dan diiringi oleh YBrs. Encik M Zaiful Anuar bin Zulkifli, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak. Delegasi telah disambut oleh YBhg. P/TPj Azizul bin Ahmad Sarkawi, Pengarah SPRM Negeri Perak, bersama pegawai-pegawai SPRM Negeri Perak.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Encik Muhamad Hairulizam bin Muhamad Noor, Penolong Pengarah Negeri Seberang Perak; Encik Mohd Jamil bin Muahmad Hanipiah, Penolong Pengarah Negeri Perladangan; dan Puan Suraya Sohaila binti Cheโ€™ Lah, Penolong Pengarah Negeri Khidmat Pengurusan.

Program ini turut melibatkan Ketua-Ketua Unit, Pengurus-Pengurus Kawasan serta Pengurus-Pengurus Kilang Sawit FELCRA Berhad di seluruh Negeri Perak.

Kunjungan ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan dan jalinan kerjasama antara FELCRA Berhad dan SPRM Negeri Perak, khususnya dalam memperkasakan aspek integriti, tadbir urus dan pematuhan dalam organisasi.

Pengurusan FELCRA Berhad Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SPRM Negeri Perak atas kesudian menerima kunjung hormat daripada FELCRA Berhad Negeri Perak.

Semoga jalinan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak ini terus diperkukuh demi memartabatkan budaya kerja yang berintegriti, telus dan berakauntabiliti.



MESYUARAT PENYELARASAN INSTITUSI KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN (KPR) FELCRA BERHAD NEGERI PERAK TAHUN 202622.09.202...
23/09/2026

MESYUARAT PENYELARASAN INSTITUSI KOPERASI PESERTA-PESERTA RANCANGAN (KPR) FELCRA BERHAD NEGERI PERAK TAHUN 2026

22.09.2026 | Travelodge Hotel, Ipoh, Perak

Mesyuarat Penyelarasan Institusi KPR FELCRA Berhad Negeri Perak Tahun 2026 selesai diadakan di Travelodge Hotel, Ipoh, Perak pada 22 September 2026 yang telah dipengerusikan oleh Encik M Zaiful Anuar bin Zulkifli, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak. Turut hadir Encik Shahrizan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak dan Encik Mohd Fairuz bin Saruji, Pengurus Kanan Cawangan Pembangunan Koperasi FELCRA Berhad.

Mesyuarat berlangsung dengan penuh berhemah termasuk sesi soal jawab bersama Pengerusi-Pengerusi KPR seluruh Negeri Perak yang menyentuh tentang peluang perniagaan, peluang pembiayaan, tadbir urus koperasi, perundangan dan isu semasa.

22/09/2026

Nama baik organisasi dibina melalui kepercayaan, profesionalisme dan tindakan setiap seorang daripada kita.

FELCRA telah memberikan ruang untuk kita membina kerjaya, pengalaman dan kehidupan. Maka menjadi tanggungjawab kita p**a untuk menjaga integriti, disiplin, sesama warga dan nama baik FELCRA.

Apa yang kita lakukan hari ini turut membentuk bagaimana FELCRA akan dikenang esok.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ & ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พFELCRA Berhad Negeri Perak telah mengadakan Sambutan Hari Merdeka dan Hari Ma...
19/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€ & ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

FELCRA Berhad Negeri Perak telah mengadakan Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama Pengurusan Negeri Perak dan Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan FELCRA Negeri Perak (KESKAKIF) yang bertempat di FELCRA Berhad Kawasan Changkat Sulaiman, dalam suasana penuh semangat patriotik dan kemesraan.

Sambutan ini bukan sahaja menyemarakkan semangat cintakan negara, malah menjadi wadah mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara barisan pengurusan dan warga kerja FELCRA Berhad Negeri Perak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐Œ ๐™๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ ๐›๐ข๐ง ๐™๐ฎ๐ฅ๐ค๐ข๐Ÿ๐ฅ๐ข, ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐…๐„๐‹๐‚๐‘๐€ ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค, atas kesudian merasmikan program ini.

FELCRA Berhad Negeri Perak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐™๐š๐ข๐๐ข ๐›๐ข๐ง ๐€๐ณ๐ข๐ณ, ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐˜๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐๐ž๐ซ๐š๐ค (๐ƒ๐”๐ ๐’๐ฅ๐ข๐ฆ), ๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐”๐Œ๐๐Ž ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐ฃ๐จ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐ข๐ฆ, atas kesudian melapangkan masa untuk turut serta memeriahkan program ini.

Terima kasih juga kepada seluruh warga kerja, peserta, WADIRA, belia, agensi serta semua masyarakat kampung FELCRA Berhad Kawasan Changkat Sulaiman atas kerjasama, komitmen dan sambutan yang diberikan bagi menjayakan program ini.

๐’๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ค ๐Œ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š
๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ง๐ข๐ค๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Salam Merdeka dan Salam Malaysia kepada seluruh warga FELCRA Berhad.






16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, marilah kita bersama-sama menghayati semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan yang menjadi asas kekuatan negara tercinta.

Berpaksikan tema โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, serta memperkukuh tekad kita dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

FELCRA Berhad akan terus komited memainkan peranan dalam memperkasa masyarakat dan pembangunan luar bandar demi memastikan kemajuan serta kesejahteraan dapat dinikmati bersama.

Selamat Hari Malaysia 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Bersama kita semarakkan semangat cintakan negara dan terus melangkah maju demi Malaysia yang lebih gemilang.





Address

Jalan Sultan Azlan Shah (U)
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60 5-547 7600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Negeri Perak:

Shortcuts

Share