14/09/2026
ππππππ ππππππππ ππ: ππππππππππ πππ ππππππππππππ
ππππ, 22 Ogos 2026 β Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) telah menganjurkan Kursus Revolusi AI: Pengenalan dan Pembelajaran bagi pegawai dan kakitangan JKSPk pada 20 hingga 22 Ogos 2026, bertempat di AVI Pangkor Beach Resort, Pulau Pangkor.
Kursus anjuran Unit Teknologi Maklumat (ICT), JKSPk ini telah dirasmikan oleh YAA Datoβ Hj. Ab. Rahman Thobroni bin Hj. Mohd Mansor, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak Darul Ridzuan.
Kursus yang berlangsung selama tiga (3) hari ini melibatkan seramai 28 orang peserta daripada pelbagai skim perkhidmatan di JKSPk.
Objektif utama penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan serta pengetahuan asas berkaitan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence β AI) kepada pegawai dan kakitangan, di samping meningkatkan kemahiran dalam memanfaatkan AI sebagai alat bantu bagi melaksanakan tugasan harian dengan lebih cekap, produktif, berkualiti dan bertanggungjawab.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAA Datoβ Ketua Hakim Syarie, para penceramah, urus setia serta semua peserta atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, produktiviti serta kualiti kerja warga JKSPk, selaras dengan aspirasi pendigitalan dan transformasi perkhidmatan awam.