Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak

Call Directions Website

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak, Government Organization, Jabatan Kimia Malaysia Negeri, Ipoh.

Sebuah Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)

Jabatan Kimia Malaysia terdiri daripada rangkaian makmal di seluruh negara yang menyediakan analisis, penyiasatan dan perundingan saintifik kepada agensi kerajaan.

01/10/2026

::SEGMEN INFO KIMIA::

Kenali tahap IPU dan ambil langkah perlindungan yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat jerebu.

😷 Lindungi diri. Jaga kesihatan.




AUDIT DALAMAN ISO/IEC 27001:2022 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)29 September 2026, Ipoh, Perak - Audit Dal...
29/09/2026

AUDIT DALAMAN ISO/IEC 27001:2022 INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS)

29 September 2026, Ipoh, Perak - Audit Dalaman ISO/IEC 27001:2022 Information Security Management System (ISMS) Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) telah dijalankan secara fizikal pada 28 dan 29 September 2026. Sesi mesyuarat pembukaan dan penutupan audit ini telah dipimpin oleh YBrs. ChM. Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah KIMIA Perak.

Audit kali ini telah dikendalikan oleh ChM. En. Mohd Azhan bin Md. Deros (Ketua Seksyen Aplikasi Utama dan Keselamatan Maklumat) dari Bahagian Pembangunan dan Teknologi Maklumat, Jabatan Kimia Malaysia (Ibu Pejabat).

Untuk makluman, ISO/IEC 27001:2022 merupakan satu pensijilan yang menetapkan keperluan untuk mewujudkan, mengendalikan, memantau, menyemak, mengekalkan, dan menambah baik Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) sebuah organisasi. Pematuhan kepada piawaian ini menunjukkan bahawa sistem pengurusan organisasi harus memastikan kerahsiaan, integriti, dan ketersediaan maklumatnya.






29/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga kerja Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali yang telah meninggal dunia pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada :
Pengurusan Tertinggi dan Warga kerja KIMIA Malaysia

PAMERAN SEMPENA PROGRAM HARI KO-HEM SABK MAAHAD AL-IMAM ASY-SYAFIEE18 September 2026, Perak - Jabatan Kimia Malaysia Neg...
18/09/2026

PAMERAN SEMPENA PROGRAM HARI KO-HEM SABK MAAHAD AL-IMAM ASY-SYAFIEE

18 September 2026, Perak - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) telah dijemput menyertai pameran sempena Program Hari Ko-Hem SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee yang dijalankan pada hari ini bertempat di SABK Maahad Al-Imam Asy-Syafiee, Ipoh, Perak.

Pameran secara interaktif berkaitan kimia dijalankan semasa pameran ini berlangsung. Selain dapat memperkenalkan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang disediakan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia), diharapkan pameran yang diadakan dapat memberikan pengalaman yang bermakna buat para pelajar dan pengunjung.






16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati

Sempena sambutan Hari Malaysia, marilah kita bersama-sama menghayati erti perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan yang menjadi asas kekuatan negara tercinta.

Malaysia MADANI mencerminkan tekad untuk membina sebuah negara yang inklusif, progresif dan sejahtera dengan manfaat pembangunan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Ayuh kita terus memperkukuh semangat Malaysia Sejahtera, menyemai perpaduan dan berganding bahu membina masa depan Malaysia yang lebih gemilang

Ikhlas daripada:
Ketua Pengarah dan Warga Kerja KIMIA Malaysia





PAMERAN SEMPENA KARNIVAL KIMIA MALAYSIA KE-7 (K2M) 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK14 September 2026, Perak - Jabatan Kimia M...
14/09/2026

PAMERAN SEMPENA KARNIVAL KIMIA MALAYSIA KE-7 (K2M) 2026 PERINGKAT NEGERI PERAK

14 September 2026, Perak - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) telah dijemput menyertai pameran bagi Karnival Kimia Malaysia Ke-7 (K2M) 2026 Peringkat Negeri Perak yang dijalankan pada 12 September 2026 bertempat di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) (Kampus Kampar), Kampar, Perak

Karnival ini dianjurkan oleh Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Perak dengan kerjasama Pusat Pengajian Asasi (Kampus Kampar) dan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Hijau Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Pameran secara interaktif berkaitan kimia dijalankan semasa karnival ini berlangsung. Selain dapat memperkenalkan Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) kepada masyarakat, objektif program ini juga adalah untuk memupuk minat pelajar dalam menceburi bidang kimia dan kerjaya berkaitan STEM serta meningkatkan kesedaran dan penghargaan masyarakat terhadap peranan kimia dalam kehidupan seharian.






AUDIT DALAMAN ISO 22301:2019 BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT SYSTEMS (BCMS)08 September 2026, Ipoh, Perak - Audit Dalaman...
08/09/2026

AUDIT DALAMAN ISO 22301:2019 BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT SYSTEMS (BCMS)

08 September 2026, Ipoh, Perak - Audit Dalaman ISO 22301:2019 Business Continuity Management Systems (BCMS) Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) telah dijalankan secara dalam talian pada 7 dan 8 September 2026.

Audit dalaman yang dikendalikan oleh ChM. Pn. Nur Atiqah binti Arifuddin (Ketua Juruaudit) dan ChM. En. Ahmad Hishahuddin bin Mohd Fuzi (Juruaudit) telah dijalankan dalam talian sepanjang dua hari tersebut.

Untuk makluman, ISO 22301:2019 merupakan satu piawaian antarabangsa yang diguna pakai bagi menyediakan rangka kerja bagi organisasi untuk merancang, mewujudkan, melaksanakan, mengendalikan, memantau, mengkaji semula, menyelenggara dan menambah baik secara berterusan sistem pengurusan yang didokumenkan bagi melindungi daripada, mengurangkan kemungkinan berlakunya, dan memastikan pemulihan daripada insiden yang mengganggu operasi.






31/08/2026

AUDIT PENSIJILAN SEMULA AKREDITASI ANAB ISO/IEC 17025:201721 Ogos 2026, Perak – Audit luaran bagi pensijilan semula akre...
21/08/2026

AUDIT PENSIJILAN SEMULA AKREDITASI ANAB ISO/IEC 17025:2017

21 Ogos 2026, Perak – Audit luaran bagi pensijilan semula akreditasi ANAB ISO/IEC 17025:2017 melibatkan Bahagian Forensik telah dijalankan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak (KIMIA Perak) pada 19 hingga 21 Ogos 2026. Audit ini telah dijayakan oleh 3 orang juruaudit forensik daripada ANSI National Accreditation Board (ANAB) iaitu Puan Sarah Dersch yang telah mengaudit Unit Toksikologi, serta Puan Ilene Alford dan Puan Shirley Lee Hui Zhi yang telah mengaudit Seksyen Narkotik. Bagi Unit Kriminalistik p**a, audit tersebut telah dijalankan secara dalam talian. Sesi mesyuarat pembukaan audit ini telah dipimpin oleh YBrs. ChM. Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah KIMIA Perak.

Audit di KIMIA Perak ini merupakan sebahagian daripada Audit Pensijilan Semula Akreditasi ANAB ISO/IEC 17025:2017 bagi perkhidmatan analisis forensik di seluruh Jabatan Kimia Malaysia, melibatkan Ibu Pejabat, makmal negeri, serta makmal cawangan dan telah dijayakan oleh 33 orang juruaudit pakar dari luar negara.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua juruaudit ANAB, pihak pengurusan, serta warga kerja KIMIA Perak atas usaha, komitmen, dan semangat kerjasama yang diberikan untuk menjayakan audit luaran ini. Semoga audit ini dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sains forensik yang ditawarkan dan memberi impak positif dalam usaha Jabatan Kimia Malaysia untuk menjadi makmal terkemuka di peringkat antarabangsa.






18/08/2026

::SEGMEN INFO KIMIA::

🔬 KENAPA ANALISIS MAKMAL MENGAMBIL MASA?
Setiap sampel yang diterima di Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) perlu melalui beberapa proses penting bagi memastikan keputusan analisis yang tepat, sahih dan boleh dipercayai.

Daripada penerimaan dan penyediaan sampel, analisis menggunakan instrumen berteknologi tinggi, semakan serta pengesahan keputusan, hinggalah penyediaan dan pengeluaran laporan — setiap langkah memerlukan ketelitian dan pematuhan kepada kaedah serta piawaian yang ditetapkan.

⏱️ Tempoh analisis juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:

• Jumlah sampel yang diterima
• Kerumitan sampel
• Kepekatan bahan yang sangat rendah
• Penggunaan instrumen berketepatan tinggi
• Pematuhan kepada kaedah dan piawaian

Ketepatan memerlukan ketelitian. Setiap proses dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan keputusan yang diberikan berkualiti, tepat dan boleh dipercayai.





Address

Jabatan Kimia Malaysia Negeri
Ipoh
31400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6055477744

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share