Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Call Directions Website

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Government Organization, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Ipoh.

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗠𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗦𝗞 𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗧𝗔 🗓️ 26 September 2026 | Sabtu⏰ 8.30 pagi – 12.00...
26/09/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗦𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗠𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗦𝗞 𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗜𝗡𝗧𝗔

🗓️ 26 September 2026 | Sabtu
⏰ 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Dewan Utama, Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta hari ini telah menerima kunjungan 𝗦𝗠𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡 yang melibatkan 58 orang pelajar, guru dan fasilitator dalam Program Lawatan Mesra Pelajar bersama penghuni Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Program dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Ainun binti Tahir, PKM Kanan RSK Ulu Kinta, diikuti sesi ramah mesra dan perkongsian bersama 15 orang penghuni.

Suasana bertambah ceria apabila para pelajar berinteraksi, bersembang dan meluangkan masa bersama penghuni dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan. Kehadiran para pelajar pastinya memberikan kegembiraan yang bermakna buat para penghuni.

Lawatan seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mengenali dan memahami kehidupan warga emas dengan lebih dekat, malah turut menyemai nilai kasih sayang, empati, keprihatinan, kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam diri generasi muda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 𝗦𝗠𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗧𝗔𝗡, para guru, fasilitator serta semua pelajar yang sudi meluangkan masa berkunjung ke Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Terima kasih kerana hadir membawa keceriaan, kemesraan dan senyuman buat penghuni di sini. Semoga kunjungan ini menjadi kenangan indah dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat. 🤍

“Yang muda menyantuni, yang tua dihargai — bersama mencipta kenangan yang bermakna.”



𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲  25 September 2026 | JumaatAlhamdulillah, Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu K...
25/09/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲

25 September 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta hari ini berkesempatan menyertai Bacaan Yasin secara dalam talian bersama institusi warga emas yang lain di bawah seliaan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sesi kali ini diketuai oleh RSK Seremban, dengan bacaan Yasin dipimpin oleh En. Abd Halim bin Hassan, Guru Takmir RSK Seremban, yang turut menyampaikan tazkirah kepada para penghuni dan kakitangan yang turut serta.

Turut bersama memeriahkan majlis ialah pelatih praktikal daripada Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS) bersama Clinical Instructor (CI), Pn.Zaiton.

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini menjadi wadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, menenangkan hati serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga institusi.

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒!Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan yang menerima 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞...
24/09/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kakitangan yang menerima 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 dan 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥 yang diraikan di Hotel Impiana, Ipoh pada 24/9/2026.

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta berbangga meraikan kejayaan ini sebagai satu penghargaan terhadap dedikasi, komitmen dan kesungguhan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan profesional.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kakitangan RSK Ulu Kinta yang lain untuk terus berbakti dan melakar kecemerlangan.

Tahniah kepada semua penerima!
Teruskan melangkah, teruskan berbakti dan teruskan mencipta kecemerlangan.

PROGRAM KONVOI SANTUNI WARGA EMAS SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H/2026 Peringkat Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, PerakAlhamd...
15/09/2026

PROGRAM KONVOI SANTUNI WARGA EMAS SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H/2026

Peringkat Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Perak

Alhamdulillah, 15 September 2026 (Selasa) menjadi satu pagi yang cukup bermakna buat warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta apabila berlangsungnya Program Konvoi Santuni Warga Emas Sempena Maulidur Rasul 1448H/2026.

Program yang bermula dari Masjid Annur Batu 8, Ulu Kinta menuju ke Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta ini menghimpunkan warga emas, kakitangan serta komuniti daripada pelbagai agensi dan jabatan dalam suasana penuh kemesraan, ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🤍

Konvoi Maulidur Rasul ini melibatkan penyertaan:
🕌 Masjid Annur Ulu Kinta
👮 Polis Gerakan Am Ulu Kinta
🤲 Bahagian Dakwah JAIPk Ipoh
👩‍⚕️ ILKKM Ulu Kinta
🏥 Hospital Bahagia Ulu Kinta

Majlis dimulakan dengan bacaan Asma’ Ul Husna dan selawat beramai-ramai, diikuti ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Amar Arif bin Ahmad Poaad.

Program diteruskan dengan ucapan perasmian penutup oleh Penguasa Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Puan Intan Nafisah binti Mohd Salleh.

Kemeriahan turut diserikan dengan sumbangan barangan dan makanan daripada NGO kepada para penghuni, serta pengumuman dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Sepanduk dan Mewarna Terbaik.

Sebagai tanda penghargaan, pihak Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta turut menyampaikan sijil penghargaan kepada para penyumbang atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Program ini melibatkan:
• 40 orang penghuni RSK Ulu Kinta
• 20 orang kakitangan RSK Ulu Kinta
• 34 orang peserta Masjid Annur Batu 8 Ulu Kinta
• 7 orang kakitangan Guru Agama Dakwah JAIPk
• 10 orang peserta PGA UK
• 11 orang peserta ILKKM UK
• 8 orang peserta HBUK

Program ini bertujuan menyemarakkan penghayatan terhadap sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, di samping memupuk semangat kebersamaan, ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan penghuni, kakitangan serta komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir, menyumbang tenaga, masa dan sokongan bagi menjayakan program ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan segala usaha serta sumbangan yang diberikan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026
Madani Dihayati, Ummah Diberkati







Selamat Hari Malaysia 2026.Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026.

Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Kursus Penyediaan dan Pengendalian Makanan yang  Bersih & Selamat untuk Warga Emas, Isnin 07/09/2026.Rumah Seri Kenangan...
08/09/2026

Kursus Penyediaan dan Pengendalian Makanan yang Bersih & Selamat untuk Warga Emas, Isnin 07/09/2026.

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta telah menganjurkan satu Kursus Penyediaan dan Pengendalian Makanan yang Bersih & Selamat untuk Warga Emas yang melibatkan seramai 50 orang kakitangan RSK Ulu Kinta.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pegawai serta kakitangan yang terlibat dalam penjagaan warga emas berkaitan aspek kebersihan, keselamatan serta pengendalian makanan yang betul, khususnya dalam memastikan makanan yang disediakan kepada penghuni sentiasa bersih, selamat dan berkualiti.
Program turut diserikan dengan ceramah dan sesi soal jawab bersama penceramah jemputan iaitu Pn. Kasnawati binti Kassim
(Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak). Selain sesi pembelajaran, peserta turut menerima khidmat nasihat berkaitan pengurusan dan pengendalian dapur di RSK Ulu Kinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak atas perkongsian ilmu dan khidmat nasihat yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dipraktikkan dalam memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa diberi keutamaan demi kesejahteraan serta keselesaan warga emas di RSK Ulu Kinta

Selamat Hari Kebangsaan 2026.Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
30/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan 2026.

Ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.tulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M.
tulus ikhlas daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 26/06/2026.Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah berl...
04/07/2026

Kuliah Agama Persatuan India Muslim Perak, Jumaat 26/06/2026.

Kuliah agama Persatuan India Muslim Perak (PRIM) telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Rumah Seri Kenangan (RSK) Ulu Kinta.

Tn. Haji Ahmad Nizam Bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak sekali lagi telah dijemput untuk menyampai ceramahnya. Beliau turut mengetuai bacaan surah Yasin bersama penghuni, kakitangan dan ahli PRIM.

Turut hadir adalah Ahli Lembaga Pelawat (ALP) RSK Ulu Kinta, Dr. Abdul Rahman bin Mat Nordin selaku Pengerusi dan Dr. Mohamed Arib bin Aliah, Pengerusi PRIM merangkap ALP RSK Ulu Kinta.

Persatuan India Muslim Perak - PRIM Prim Perak

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448 kepada semua umat Islam.Tulus daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
16/06/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448 kepada semua umat Islam.

Tulus daripada warga Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta

Address

Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta
Ipoh
31250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share