06/10/2026
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN BILANGAN 10 TAHUN 2026
Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti yang dinyatakan di bawah.
Syarat kemasukan boleh didapati di laman sesawang rasmi SPA Negeri Perak di bawah menu Orang Awam > Syarat Iklan atau melalui pautan https://go.gov.my/spapksyarat.
*Nota: Lahir di Perak/ Bapa lahir di Perak/ menjadi anak angkat yang didaftarkan secara sah kepada bapa angkat yang lahir di Perak (Enakmen Kerakyatan Negeri Perak 1952).