12/10/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ข๐ ๐ ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐
"Jangan Bimbang, Kita Bincang"
ANDA PEMINJAM ATAU PENYEWA PREMIS MARA?
Sedang menghadapi cabaran dalam menguruskan komitmen kewangan, bayaran balik pembiayaan atau sewaan premis MARA? Perniagaan terjejas akibat cabaran ekonomi semasa?
MARA Negeri Perak sedia membantu anda mencari jalan penyelesaian.
Program Peace of Mind merupakan inisiatif khidmat pelanggan yang menyediakan ruang untuk peminjam dan penyewa premis MARA mendapatkan khidmat nasihat serta membincangkan penyelesaian berkaitan komitmen kredit.
ANTARA PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
๐ Khidmat nasihat dan runding cara pengurusan kredit secara PERCUMA.
๐ Perbincangan mengenai penjadualan semula bayaran balik pembiayaan, tertakluk kepada kelayakan dan pertimbangan MARA.
๐ Semakan status senarai hitam MARA serta khidmat nasihat berkaitan tindakan selanjutnya.
๐ Khidmat nasihat PERCUMA berkaitan kaedah pembayaran kemudahan MARA melalui platform MARAeps.
LOKASI PROGRAM
๐ Pejabat MARA Negeri Perak, Ipoh
&
๐ Pejabat MARA Daerah:
Kerian | Larut, Matang dan Selama | Kuala Kangsar | Lenggong | Hulu Perak | Perak Tengah | Manjung | Batang Padang/Muallim | Hilir Perak/Bagan Datuk
๐๏ธ TARIKH: 27โ28 Oktober 2026 (Selasa dan Rabu)
โฐ MASA: 9.00 pagi โ 5.00 petang
Jangan biarkan masalah kewangan berlarutan tanpa mendapatkan nasihat yang sewajarnya. Ambillah peluang ini untuk berbincang, memahami pilihan yang tersedia dan mendapatkan panduan bagi menguruskan komitmen anda dengan lebih teratur.
๐ Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kawalan Kredit dan Penguatkuasaan, MARA Negeri Perak di talian 05-254 8954.
"Jangan Bimbang, Kita Bincang"