Lembaga Muzium Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Muzium Negeri Perak Lembaga Muzium Negeri Perak

Muzium-Muzium dibawah Lembaga Muzium Negeri Perak
- Muzium Diraja Kuala Kangsar
- Muzium Darul Ridzuan
- Muzium Beruas
- Galeri Sultan Azlan Shah
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Rumah Kediaman DYMM Sultan Azlan Shah

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMATAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Gal...
23/10/2026

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bertempat di Galeri Sultan Azlan Shah pada 23 Oktober 2026 (Jumaat).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diteruskan dengan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Nor Naim bin Abdullah Imam Wakaf Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT, serta segala urusan dipermudahkan dan warga kerja sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta perlindungan-Nya.

Amin ya Rabbal β€˜alamin. 🀲🏻

22/10/2026

Apa yang dilabunkan hari ini ? Ajernye yee….

KURSUS ASAS PENGURUSAN MUZIUM 202614 – 16 Oktober 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Asas Peng...
19/10/2026

KURSUS ASAS PENGURUSAN MUZIUM 2026

14 – 16 Oktober 2026 : Lembaga Muzium Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Asas Pengurusan Muzium selama tiga hari dengan penglibatan penceramah daripada Jabatan Muzium Malaysia.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam aspek asas pengurusan muzium, disamping memperkukuh profesionalisme serta mutu perkhidmatan permuziuman.

Semoga ilmu dan pengalaman yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam usaha memperkasakan pengurusan muzium serta memelihara khazanah warisan negara.

🌴🀝 KURSUS PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN 2026πŸ“… 8 – 9 Oktober 2026πŸ“ Pangkor Village Beach Resort, Pulau PangkorDua hari penu...
14/10/2026

🌴🀝 KURSUS PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN 2026

πŸ“… 8 – 9 Oktober 2026
πŸ“ Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor

Dua hari penuh dengan aktiviti menarik, gelak tawa dan semangat kerjasama! 😍🌴

Bukan sekadar berseronok, tetapi peluang untuk mengeratkan hubungan, membina keserasian dan mengukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja Lembaga Muzium Negeri Perak.

πŸ’ͺ Kerja sama-sama, gelak sama-sama, berjaya pun sama-sama!

Terima kasih Jabatan Warisan Negara atas kunjungan ke Muzium Beruas. Semoga perkongsian dan pertukaran maklumat berkaita...
07/10/2026

Terima kasih Jabatan Warisan Negara atas kunjungan ke Muzium Beruas. Semoga perkongsian dan pertukaran maklumat berkaitan sejarah serta warisan Kerajaan Beruas terus memperkukuh usaha pemeliharaan khazanah warisan negeri.

PENGUNJUNG YANG DIHARGAI,Semua muzium dan galeri di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak akan DITUTUP pada 8 & ...
05/10/2026

PENGUNJUNG YANG DIHARGAI,

Semua muzium dan galeri di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Perak akan DITUTUP pada 8 & 9 Oktober 2026 bagi memberi laluan kepada semua kakitangan kami menyertai Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan. Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas keprihatinan anda.

Lembaga Muzium Negeri Perak.

………………

DEAR VISITORS,

All museums and galleries under the Perak State Museum Board will be
CLOSED on 8 & 9 October 2026 for an internal Teamwork Enhancement
Course. We apologise for any inconvenience caused and thank you for your kind understanding.

Perak State Museum Board

Padi masak diapit lalang, Dipetik budak di tengah sawah, Kunjung mengunjung bertandang pulang, Mengerat ikatan jalinan u...
01/10/2026

Padi masak diapit lalang,
Dipetik budak di tengah sawah,
Kunjung mengunjung bertandang pulang,
Mengerat ikatan jalinan ukhuwah.

Selamat datang delegasi Pejabat Daerah dan Tanah Muar ke Muzium Diraja Kuala Kangsar pada 1 Oktober 2026.

Terima kasih kerana sudi singgah mengenali sejarah dan keunikan warisan Diraja Perak. Semoga membawa pulang ilmu dan kenangan indah.

πŸ“šβœ¨ LAWATAN PENDIDIKAN "EKSPLORASI SEJARAH DAN WARISAN LEMBAH LENGGONG" ✨Pada 29 September 2026, Kelab Kebajikan Lembaga ...
01/10/2026

πŸ“šβœ¨ LAWATAN PENDIDIKAN "EKSPLORASI SEJARAH DAN WARISAN LEMBAH LENGGONG" ✨

Pada 29 September 2026, Kelab Kebajikan Lembaga Muzium Negeri Perak telah menganjurkan Program Lawatan Pendidikan Eksplorasi Sejarah dan Warisan Lembah Lenggong dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik dan bersejarah, iaitu Masjid Raja Kg. Chepor, Telaga Biru, Aki Gallery, Galeri Geopark dan Galeri Arkeologi.
Program ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenali, menghayati serta menghargai kekayaan sejarah, warisan, budaya dan khazanah arkeologi Lembah Lenggong. Meneroka warisan, menambah ilmu, mengeratkan silaturahim.

Address

Lembaga Muzium Negeri Perak D/a Muzium Darul Ridzuan
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+6052410048

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Muzium Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Muzium Negeri Perak:

Shortcuts

Share