Unit Tentera JKR Negeri Perak

Call Directions Contact the organization

Unit Tentera JKR Negeri Perak JABATAN KERJA RAYA
UNIT TENTERA NEGERI PERAK
(JKR UTNP)

Al-fatihah buat Allayarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali
28/09/2026

Al-fatihah buat Allayarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.

Pemergian Allahyarhamah pada pagi ini merupakan satu kehilangan yang amat dirasai, bukan sahaja oleh keluarga dan insan-insan terdekat, malah oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengenali beliau sebagai seorang tokoh wanita yang penuh kelembutan, rendah hati, penyayang serta sentiasa dekat dengan masyarakat.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah telah mencurahkan bakti yang besar kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita dan kanak-kanak serta usaha kemasyarakatan.

Keperibadian, jasa dan sumbangan beliau menjadi sebahagian daripada lembaran penting dalam sejarah negara yang akan terus dikenang.

Lebih daripada seorang tokoh, Allahyarhamah juga dikenang sebagai seorang isteri, ibu, nenek dan insan yang menjadi sumber kekuatan serta pendamping setia kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang perjalanan kehidupan dan khidmat beliau kepada negara.

Dalam saat yang penuh kesedihan ini, saya mendoakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan hati dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.

25 September 2026JKR Unit Tentera Negeri Perak telah menghadiri Mesyuarat dan Lawatan Kerja Senggaraan Kem Tentera Darat...
25/09/2026

25 September 2026

JKR Unit Tentera Negeri Perak telah menghadiri Mesyuarat dan Lawatan Kerja Senggaraan Kem Tentera Darat bersama pihak Markas Tentera Darat, Cawangan Logistik yang dipengerusikan oleh Lt. Kol Nor Alias bin Ahmad (PS 1 Fasiliti) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat 923 Detasmen UPKAT, Markas RAJD, Kamunting. Fokus mesyuarat dan lawatan adalah bagi membincangkan perkara berkaitan penyelarasan dan keperluan penyenggaraan fasiliti serta infrastruktur demi memastikan kemudahan sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi secara optimum disamping memantau kerja-kerja senggaraan yang sedang berjalan di kem sekitar Taiping dan Kamunting.

LAWATAN KERJA JKR BERSAMA PEGAWAI MEMERINTAH 91 GOPSatu lawatan kerja bersama Pegawai Memerintah 91 Grup Operasi Perisik...
23/09/2026

LAWATAN KERJA JKR BERSAMA PEGAWAI MEMERINTAH 91 GOP

Satu lawatan kerja bersama Pegawai Memerintah 91 Grup Operasi Perisikan (91 GOP), Kem Changkat, Batu Gajah telah diadakan sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dan penyelarasan dalam aspek pengurusan serta penyelenggaraan fasiliti.

Lawatan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk meninjau keadaan semasa fasiliti, mengenal pasti keperluan penyelenggaraan serta membincangkan tindakan penambahbaikan yang bersesuaian bagi memastikan kemudahan sentiasa berada pada tahap selamat, berfungsi dan kondusif.

Komitmen berterusan melalui kerjasama strategik antara JKR dan pihak pasukan angkatan tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia mencerminkan kesungguhan bersama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan teknikal dan pengurusan fasiliti dilaksanakan secara cekap, responsif dan berkualiti.

PEMERIKSAAN CERUN OLEH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUNSatu pemeriksaan cerun telah dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan C...
22/09/2026

PEMERIKSAAN CERUN OLEH CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN

Satu pemeriksaan cerun telah dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Ibu Pejabat JKR Malaysia, yg diwakili oleh Puan Iftah binti Ya’akub pada 15 September 2026 yang lalu. Kerja pemeriksaan cerun ini telah dijalankan di sekitar premis JKR Unit Tentera Negeri Perak. Pemeriksaan ini dilakukan bagi menilai keadaan dan kestabilan cerun serta mengenal pasti tanda-tanda ketidakstabilan yang sedang berlaku dan berpotensi menjejaskan keselamatan dan infrastruktur berhampiran.

Pemeriksaan ini meliputi penilaian keadaan fizikal cerun, sistem saliran serta tanda-tanda pergerakan atau kegagalan cerun sebagai langkah penentuan kaedah pembaikan, rekabentuk penahan cerun dan tindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.

Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR

21/09/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Warisan Sejagat Enterprise, Desa Meru Enterprise dan Ezmer Enterprise atas kejayaan ...
18/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Warisan Sejagat Enterprise, Desa Meru Enterprise dan Ezmer Enterprise atas kejayaan menerima tawaran kerja sebut harga di bawah seliaan jabatan ini.

Semoga tugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lancar, berkualiti dan mengikut tempoh serta spesifikasi yang ditetapkan.

Selamat menjalankan tugas dan semoga kerjasama yang baik dapat diteruskan.

Selamat Hari Lahir diucapkan buat Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak.Semoga sentiasa di...
17/09/2026

Selamat Hari Lahir diucapkan buat Tuan Ir. Haji Zamri bin Mat Kasim, Pengarah Kerja Raya Negeri Perak.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan serta terus sukses dalam memimpin warga JKR.

Ikhlas daripada ;

Ir. Rouziah binti Sad Zali (Jurutera Elektrik Kanan)
serta seluruh warga Jabatan Kerja Raya Unit Tentera Negeri Perak

Jabatan Kerja Raya Negeri Perak

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cinta akan tanah air yang menyatukan kita sebagai sebua...
15/09/2026

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat cinta akan tanah air yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysia. Walaupun berbeza latar belakang, budaya dan negeri, kita tetap berdiri teguh bersama sebagai satu bangsa dan satu negara.

Semoga semangat perpaduan ini terus subur dan menjadi kekuatan untuk kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih harmoni, maju dan sejahtera.





🔧 FACTORY ACCEPTANCE TEST (FAT) – MAIN SWITCH BOARD (MSB)Satu sesi Factory Acceptance Test (FAT) bagi Main Switch Board ...
10/09/2026

🔧 FACTORY ACCEPTANCE TEST (FAT) – MAIN SWITCH BOARD (MSB)

Satu sesi Factory Acceptance Test (FAT) bagi Main Switch Board (MSB) telah dilaksanakan di kilang dan telah diketuai oleh Jurutera Elektrik Kanan, Ir. Rouziah binti Sad Zali.

Pelaksanaan FAT melibatkan pemeriksaan dan pengujian terhadap komponen MSB bagi memastikan aspek kualiti, kefungsian dan keselamatan berada pada tahap yang ditetapkan sebelum MSB dihantar ke tapak.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada proses kawalan kualiti bagi memastikan Main Switch Board (MSB) yang dibekalkan memenuhi keperluan teknikal serta berfungsi dengan baik apabila dipasang dan ditauliahkan di tapak.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan pelaksanaan Factory Acceptance Test (FAT) berjalan dengan lancar.

Kualiti dipastikan, keselamatan diutamakan.

Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas di JKR Unit Tentera Negeri Perak buat Encik Mohsin bin Abu Bakar yang baru di...
07/09/2026

Selamat Datang & Selamat Menjalankan Tugas di JKR Unit Tentera Negeri Perak buat Encik Mohsin bin Abu Bakar yang baru ditempatkan ke jabatan ini.

Bersama- sama kita terus cemerlang dan memberikan perkhidmatan terbaik demi ‘Jasa Kepada Rakyat’.





Address

Pejabat Jurutera JKR Unit Tentera, Jalan Kuala Kangsar, Kawasan Perindustrian Tasek
Ipoh
31200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6052462709

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Tentera JKR Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Tentera JKR Negeri Perak:

Shortcuts

Share