Jabatan Pertanian Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pertanian Negeri Perak Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti & selamat

โ€ขMemberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

โ€ขMembimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

โ€ขMewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

โ€ขMelindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

โ€ขMenentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

โ€ขMengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.


โ€ขMenilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

โ€ขMemberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

โ€ขMembangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

โ€ขMenjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

โ€ขMengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara

โ€ขMelaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

โ€ขMelaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan kuarantin negara pengimport.

โ€ขMelaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

โ€ขMelaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004 (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-bungaan.

โ€ขMengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

SESI LAPOR DIRI PEGAWAI PERTANIAN G135 Oktober 2026 | Isnin | IpohJabatan Pertanian Negeri Perak hari ini menerima kehad...
05/10/2026

SESI LAPOR DIRI PEGAWAI PERTANIAN G13

5 Oktober 2026 | Isnin | Ipoh

Jabatan Pertanian Negeri Perak hari ini menerima kehadiran Encik Muhammad Syaifudin bin Omar yang telah melapor diri sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Kuasa Usaha Bahagian Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) Negeri Perak.
Sesi lapor diri tersebut telah berlangsung di hadapan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, dan turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Puan Zuriana binti Ahmad.
Kehadiran Encik Muhammad Syaifudin di Jabatan Pertanian Negeri Perak diharapkan dapat memperkukuh barisan pengurusan serta pentadbiran jabatan, khususnya dalam memperkasa pembangunan industri tanaman dan penyampaian perkhidmatan pertanian kepada komuniti tani.
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada Encik Muhammad Syaifudin bin Omar. Semoga pengalaman, kepakaran dan komitmen yang dibawa dapat terus menyokong usaha Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam memperkukuh perkhidmatan kepada komuniti tani serta memperkasa agenda sekuriti makanan negeri.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah di Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak:
https://linktr.ee/pertanianperak

EDARAN POKOK KELAPA PANDAN UNTUK PMK BUNTONG 20264 Oktober 2026 | Ahad | BuntongProgram MADANI Kita (PMK) Bersama Komuni...
04/10/2026

EDARAN POKOK KELAPA PANDAN UNTUK PMK BUNTONG 2026

4 Oktober 2026 | Ahad | Buntong

Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Buntong 2026 telah disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Ipoh Barat, Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun, Buntong.
Jabatan Pertanian telah membuat agihan sebanyak 200 anak benih kelapa pandan kepada semua pengunjung PMK Buntong 2026.
Sumber Gambar: Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Perak dan Pejabat Pertanian Daerah Kinta/Kampar

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

PROGRAM JELAJAH SEJAHTERA DESAKU (JSD) & 3S @ DUN LINTANG3 Oktober 2026 | Sabtu | Mini Arena FELDA Lasah, Sungai SiputPr...
03/10/2026

PROGRAM JELAJAH SEJAHTERA DESAKU (JSD) & 3S @ DUN LINTANG

3 Oktober 2026 | Sabtu | Mini Arena FELDA Lasah, Sungai Siput

Program Jelajah Sejahtera Desaku (JSD) & 3S (Sejahtera, Sihat dan Sukan) @ DUN Lintang telah berlangsung hari ini dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam usaha mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat setempat.
Program telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak.
Jabatan Pertanian Negeri Perak turut mengambil bahagian dengan menyediakan reruai pameran, khidmat nasihat serta penerangan berkaitan pelbagai program, bantuan dan perkhidmatan pertanian kepada masyarakat.
Pengunjung juga turut berpeluang mendapatkan 300 anak pokok secara percuma antaranya anak pokok Kelapa Pandan, Kelapa MYD (Malayan Yellow Dwarf) dan pelbagai jenis anak pokok buah-buahan, selain 20 set Hygrowbox. Inisiatif ini merupakan antara usaha menggalakkan aktiviti penanaman, penghijauan serta pertanian bandar dalam kalangan masyarakat setempat.
Ts. Puan Norsiyenti binti Othman, Pengarah Pertanian Negeri Perak, turut serta dalam program ini bersama warga Jabatan Pertanian Negeri Perak, sekali gus memperlihatkan komitmen jabatan dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan perkhidmatan dan khidmat nasihat pertanian secara langsung.
Pelbagai pengisian turut diadakan antaranya sesi interaksi bersama YB EXCO dan agensi agro, kaunter khidmat nasihat, Sukan Rakyat, cabutan bertuah, Jualan Sejahtera Rakyat serta Jamuan Kenduri Rakyat.
Turut hadir ialah YDH Toh Maharaja Indera Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, YBrs. Dr. Sakduddin bin Zamli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, En. Muhammad Nazri bin Hassan, Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, serta pengarah - pengarah dan pegawai dari jabatan serta agensi yang terlibat.
Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

PROGRAM AGRO LESTARI: TRANSFORMASI EKONOMI KITARAN MELALUI KITAR SEMULA BEKAS RACUN2 Oktober 2026 | Jumaat | Tanah RataY...
02/10/2026

PROGRAM AGRO LESTARI: TRANSFORMASI EKONOMI KITARAN MELALUI KITAR SEMULA BEKAS RACUN

2 Oktober 2026 | Jumaat | Tanah Rata

YB Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin hadir merasmikan Program Agro Lestari: Transformasi Ekonomi Kitaran Melalui Kitar Semula Bekas Racun Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands.
Program anjuran bersama Jabatan Pertanian Malaysia dan Malaysia CropLife and Public Health Association (MCPA) ini memberi penekanan kepada pengurusan serta pelupusan bekas racun perosak secara betul selaras dengan keperluan Amalan Pertanian Baik (APB). Pada masa yang sama, program ini menggalakkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam mengamalkan amalan kitar semula.
Sehingga tahun 2026, sebanyak 546 pusat pengumpulan bekas racun perosak telah diwujudkan oleh Jabatan Pertanian manakala 259 pusat pengumpulan lagi dikendalikan oleh agensi luar termasuk IADA, MADA, KADA, FELDA, MPOB serta ladang swasta di seluruh Malaysia.
Sejak program ini dilancarkan pada tahun 2023, sebanyak 603.5 tan bekas racun perosak telah dikumpulkan menerusi 144 kempen kesedaran yang melibatkan seramai 14,303 peserta.
Pelaksanaan inisiatif ini turut menyokong amalan ekonomi kitaran melalui penukaran sisa plastik daripada bekas racun perosak kepada bahan mentah sekunder yang boleh dimanfaatkan semula.
Dalam program yang sama, turut berlangsung penyerahan Insentif Kitar Semula Bekas Racun Makhluk Perosak yang disumbangkan oleh tiga syarikat iaitu Agricultural Chemicals (ACM), BASF dan Syngenta kepada tiga syarikat pengeluaran pertanian di Cameron Highlands.
Turut hadir, YBhg. Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Datoโ€™ Nor Sam binti Alwi, YB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Tuan Ho Chi Yang, Pengarah Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Puan Latifah binti Merais, Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, pegawai-pegawai pertanian persekutuan dan negeri serta wakil-wakil industri.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

SESI PENGENALAN TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN (PENGEMBANGAN) BERSAMA EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK1 Oktober 2026 | Khamis | I...
01/10/2026

SESI PENGENALAN TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN (PENGEMBANGAN) BERSAMA EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK

1 Oktober 2026 | Khamis | Ipoh

Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh jalinan kerjasama dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak menerusi sesi pengenalan dan kunjungan hormat Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) yang baharu melapor diri ke Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Diketuai oleh Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman, delegasi Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Datoโ€™ Haji Mohd Zolkafly bin Harun.
Kunjungan tersebut turut disertai Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan), Puan Edasuriati binti Ibrahim yang mula melapor diri pada hari ini.
Dalam sesi yang sama, delegasi turut mengadakan kunjungan hormat kepada YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Datoโ€™ Salbiah binti Mohamed.
Sesi pengenalan ini menjadi ruang untuk memperkenalkan pegawai baharu kepada kepimpinan Kerajaan Negeri, di samping memperkukuh hubungan kerja dan koordinasi antara kedua-dua pihak dalam menyokong pembangunan sektor pertanian, keusahawanan serta kesejahteraan rakyat di negeri Perak.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐—ก๐—ข. ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” : P.P.M SH(N) 4/2026Sebut harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senj...
01/10/2026

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ

๐—ก๐—ข. ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” : P.P.M SH(N) 4/2026
Sebut harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Pejabat Pertanian Kawasan Sitiawan dan Pejabat Pertanian Kawasan Beruas

Tarikh taklimat : 05 Oktober 2026 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat taklimat lawatan tapak : Pusat Latihan Pertanian Lekir

Tarikh jualan dokumen : 05 Oktober 2026 hingga 09 Oktober 2026
Waktu jualan : 10 pagi hingga 1.00 petang
Tempat Penjualan dokumen : Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah Manjung ditalian 05-6883112

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ๐—ก๐—ข. ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” : P.P.M SH(N) 3/2026Sebut harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senj...
01/10/2026

๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ

๐—ก๐—ข. ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—” : P.P.M SH(N) 3/2026
Sebut harga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Pusat Latihan Pertanian Lekir

Tarikh taklimat : 05 Oktober 2026 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi
Tempat taklimat lawatan tapak : Pusat Latihan Pertanian Lekir

Tarikh jualan dokumen : 05 Oktober 2026 hingga 09 Oktober 2026
Waktu jualan : 10 pagi hingga 1.00 petang
Tempat Penjualan dokumen : Pejabat Pertanian Daerah Manjung

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah Manjung ditalian 05-6883112.

SESI LAPOR DIRI TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN DAN KETUA SEKSYEN PENGEMBANGAN BAHARU1 Oktober 2026 | Khamis | IpohJabatan P...
01/10/2026

SESI LAPOR DIRI TIMBALAN PENGARAH PERTANIAN DAN KETUA SEKSYEN PENGEMBANGAN BAHARU

1 Oktober 2026 | Khamis | Ipoh

Jabatan Pertanian Negeri Perak hari ini menerima kehadiran dua orang pegawai pengurusan yang baharu melapor diri di hadapan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman.
Selamat datang diucapkan kepada Puan Edasuriati binti Ibrahim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan) dan Puan Rosyaliza binti Yahya yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Seksyen Pengembangan dan Transformasi Teknologi Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Perak.
Sesi lapor diri turut disusuli dengan penyerahan Nota Serah Tugas kepada kedua-dua pegawai bagi memulakan tanggungjawab dan perkhidmatan di Jabatan Pertanian Negeri Perak. Sesi tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi), Puan Zuriana binti Ahmad.
Kehadiran kedua-dua pegawai diharapkan dapat memperkukuh barisan pengurusan dan pentadbiran jabatan terutamanya dalam memperkasa fungsi pengembangan dan pembangunan sektor pertanian negeri.
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan amanah diucapkan kepada kedua-dua pegawai. Semoga pengalaman dan kepakaran yang dibawa dapat terus menyokong usaha Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam memperkukuh perkhidmatan kepada komuniti tani serta memperkasa agenda sekuriti makanan negeri.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

DIALOG BELANJAWAN 2027 NEGERI PERAK HIMPUNKAN PANDANGAN PELBAGAI PIHAK30 September 2026 | Rabu | Ipoh Kerajaan Negeri Pe...
30/09/2026

DIALOG BELANJAWAN 2027 NEGERI PERAK HIMPUNKAN PANDANGAN PELBAGAI PIHAK

30 September 2026 | Rabu | Ipoh

Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan Sesi Dialog Belanjawan 2027 Negeri Perak sebagai platform perbincangan bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan serta wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memperkukuh perancangan kewangan negeri bagi tahun 2027.
Program dimulakan dengan pembentangan Kajian Belanjawan 2027 Negeri Perak oleh YBrs. TPr. Dr. Zulqarnain bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR) yang dilaksanakan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai unjuran ekonomi negeri, keperluan rakyat serta cabaran yang perlu ditangani bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri Perak.
Sesi dialog kemudiannya dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, bersama YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datoโ€™ Mohd Zaki bin Mahyudin dan YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun. Sesi ini turut memberi ruang untuk mengupas serta mendengar pandangan, soalan dan isu yang dibangkitkan oleh para jemputan.
Antara perkara yang dibincangkan merangkumi aspek pembangunan ekonomi, sosial, pelaburan, keterjaminan makanan, pendidikan, kesihatan, perumahan dan pengurusan bencana.
Penganjuran dialog ini mencerminkan pendekatan inklusif Kerajaan Negeri Perak dalam proses perancangan belanjawan dengan mengambil kira pandangan serta pandangan pelbagai pihak berkepentingan.
Input yang dikumpulkan melalui sesi ini akan menjadi antara asas dalam penyediaan Belanjawan 2027 Negeri Perak yang komprehensif, realistik dan seimbang, selaras dengan matlamat memperkukuh kedudukan fiskal negeri, meningkatkan daya tahan ekonomi serta menyokong kesejahteraan masyarakat.
Hadir sama YB Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Datoโ€™ Seri Mohamad Zahir bin Datoโ€™ Abdul Khalid, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datoโ€™ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin dan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

KUNJUNGAN HORMAT COO FARM FRESH KEPADA YB EXCO 3PIM30 September 2026 | Rabu | IpohYB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan ...
30/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT COO FARM FRESH KEPADA YB EXCO 3PIM

30 September 2026 | Rabu | Ipoh

YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak, Datoโ€™ Haji Mohd Zolkafly bin Harun menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Farm Fresh Berhad, Encik Azmi Zainal di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pertemuan tersebut membincangkan peluang pelaburan serta kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Perak dengan Farm Fresh Berhad khususnya dalam usaha meneroka potensi kerjasama yang dapat menyokong pembangunan sektor pertanian.
Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Perak, Puan Ts. Norsiyenti binti Othman dan Pengurus Besar Farm Fresh Berhad, Encik Abdullah bin Bakri.

Ikuti Laman Media Sosial Jabatan Pertanian Negeri Perak
https://linktr.ee/pertanianperak

Address

Tingkat 6, Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052426176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pertanian Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pertanian Negeri Perak:

Shortcuts

Share