JHEKS Perak

Call Directions Website Contact the organization

JHEKS Perak Selamat datang ke FB Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Perak.

✨𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟖𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟔𝗠✨Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita menghayati sunnah se...
24/08/2026

✨𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟖𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟔𝗠✨

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita menghayati sunnah serta memperkukuh kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi medan untuk kita memperkukuhkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta mencontohi akhlak, kepimpinan dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M.

"𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐢𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢, 𝐔𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐢"

𝑰𝒌𝒉𝒍𝒂𝒔 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 :
𝑾𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒍 𝑬𝒉𝒘𝒂𝒍 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑷𝒆𝒓𝒂𝒌

Semangat Bulan Kebangsaan terus disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang di JHEKS Perak ❤️🤍💙💛Bukan sekadar sehelai ben...
18/08/2026

Semangat Bulan Kebangsaan terus disemarakkan dengan kibaran Jalur Gemilang di JHEKS Perak ❤️🤍💙💛

Bukan sekadar sehelai bendera, tetapi simbol perpaduan, kebanggaan dan semangat cintakan Malaysia. Ayuh bersama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dan semarakkan jiwa merdeka! 🇲🇾✨

Demi Malaysia yang tercinta, teruskan semangat patriotisme!

Kami warga Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Perak mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada YBrs....
29/07/2026

Kami warga Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Perak mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada YBrs. Tuan Haji Bashah bin Haji Bachik, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia ✨

🌟🌟SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG🌟🌟

Seluruh warga kerja Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada Tuan Haji Bashah bin Bachik atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, berkuat kuasa 29 Julai 2026.

Semoga dengan kepimpinan Tuan Haji Bashah, JHEKS akan terus memperkukuh peranan dalam memartabatkan pergerakan kesatuan sekerja, memperkasakan penyampaian perkhidmatan serta meneruskan agenda pembangunan hubungan perusahaan yang harmoni demi kesejahteraan pekerja dan negara.

Selamat menjalankan amanah dan semoga sentiasa dikurniakan kejayaan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memimpin JHEKS ke arah kecemerlangan.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja JHEKS

26/06/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 (𝐏𝐇𝐄𝐊𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀📅 23 Jun 202...
25/06/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐋 𝐄𝐇𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 (𝐏𝐇𝐄𝐊𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

📅 23 Jun 2026 (Selasa)
🕚 11.00 pagi – 5.00 petang
📍 The Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) ini bertujuan memperkukuhkan kapasiti, keupayaan dan pembangunan kesatuan sekerja melalui penyaluran geran bagi melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada anggota serta memperkasakan gerakan kesatuan di negara ini.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan Taklimat Pasca Penerimaan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang disampaikan oleh Encik Rosli bin Zakaria, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan. Taklimat tersebut memberi penerangan berkaitan tatacara pengurusan, pelaksanaan program serta pematuhan syarat-syarat ditetapkan bagi memastikan geran yang diterima dapat dimanfaatkan secara berkesan dan optimum.

Acara rasmi bermula dengan ketibaan dif-dif kehormat termasuk Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan serta Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, bacaan Ikrar Rukun Negara dan bacaan doa sebelum ucapan aluan disampaikan oleh Pn. Anita binti Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah JHEKS.

Dalam ucapan beliau, Pn. Anita menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkasakan peranan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik dalam pembangunan tenaga kerja negara. Beliau turut menggalakkan semua kesatuan yang menerima geran agar melaksanakan program yang berimpak tinggi serta memberi manfaat secara langsung kepada anggota.

Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan yang menzahirkan penghargaan kepada seluruh kesatuan sekerja atas peranan dan komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan serta hak pekerja di Malaysia.

Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Geran PHEKS Tahun 2026 kepada kesatuan-kesatuan yang berjaya menerima kelulusan. Geran tersebut memberi peluang kepada kesatuan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan organisasi, latihan kepimpinan, pendidikan kesatuan serta aktiviti kebajikan yang memberi impak positif kepada ahli.

Majlis ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh institusi kesatuan sekerja sebagai salah satu komponen penting dalam membentuk hubungan perusahaan yang harmoni, inklusif dan mampan.

Tahniah diucapkan kepada semua kesatuan yang berjaya menerima Geran PHEKS 2026. Semoga geran yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasakan organisasi, meningkatkan kesejahteraan anggota serta memperkukuhkan lagi peranan kesatuan sekerja pada masa akan datang.

24/06/2026
24/06/2026

RM6.1 Juta Perkasa Gerakan Kesatuan Sekerja 2026

KESUMA terus memperkukuh peranan kesatuan sekerja sebagai rakan strategik pembangunan ekonomi negara yang adil, inklusif dan mampan.

Peruntukan sebanyak RM6.1 juta menerusi Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2026 akan dimanfaatkan bagi memperkukuh kapasiti, tadbir urus, latihan, pendidikan serta program kemasyarakatan kesatuan sekerja di seluruh negara.

Inisiatif ini turut membantu kesatuan sekerja bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa hadapan, termasuk era kecerdasan buatan (AI), sekali gus memastikan pekerja kekal berdaya saing dan relevan dalam landskap pekerjaan yang sentiasa berubah.

24/06/2026

Kesatuan sekerja memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam memperjuangkan kebajikan pekerja serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara yang adil dan inklusif.

KESUMA komited memperkukuh gerakan kesatuan sekerja melalui pelbagai inisiatif yang memperkasa suara pekerja, meningkatkan kesejahteraan dan memupuk hubungan perusahaan yang harmoni.

24/06/2026

Address

Bangunan Gunasama Persekutuan Ipoh, Tingkat 4, Blok C, Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

05-2545381

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JHEKS Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JHEKS Perak:

Shortcuts

Share