16/09/2026
๐ฆ๐๐ ๐๐จ๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐ & ๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ก ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐. ๐ฏ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐
IPOH, 15 September 2026 โ PLANMalaysia Perak telah menganjurkan Sambutan Hari Inovasi dan Majlis Perhimpunan Warga Bil. 3/2026 yang berlangsung di Royal Perak Golf Club. Penganjuran majlis ini menjadi wadah untuk menghargai pencapaian dan sumbangan warga, menyemarakkan budaya inovasi serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan Negeri Perak.
Pelbagai pengisian telah diadakan antaranya penghargaan penyertaan inovasi menerusi Projek Transformasi Taman Pertama serta Kumpulan KIK melalui projek Mr TPr Urban Invest yang bakal menyertai pertandingan KIK akan datang. Turut diadakan Serahan Sijil Penghargaan Projek Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) serta Executive Talk oleh YBhg. Datoโ TPr Gs. Mohamed Zamri bin Mohd Zain, Pengarah PLANMalaysia Perak berkaitan pengurusan projek melalui Critical Path Method (CPM) bagi membantu warga mengurus tugasan, menyusun keutamaan dan melaksanakan projek dengan lebih teratur.
Majlis turut menyaksikan Peluncuran Kontinjen Zon Tengah (Perak) dan Penyerahan Jersi Pasukan sempena Kejohanan Sukan Nasional Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (SUKNA) Ke-21 Tahun 2026 yang akan berlangsung di UPM Serdang di samping meraikan Encik Mohd Shuhaidi bin Mat Isa yang akan meneruskan khidmat di tempat baharu.
Dalam suasana penuh penghargaan dan kemesraan, majlis turut menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik bagi sesi MeiโOgos 2026 serta cenderahati kepada warga yang menyambut ulang tahun kelahiran bagi bulan Julai hingga September.
Semoga majlis ini terus menjadi pemangkin kepada budaya inovasi, kecemerlangan dan kebersamaan warga PLANMalaysia Perak dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memberikan manfaat kepada rakyat dan pembangunan Negeri Perak.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW dan SHARE!
Facebook: https://www.facebook.com/PLANMALAYSIAatPerak
โLaman Web: https://planmalaysia.perak.gov.my/
โInstagram: https://www.instagram.com/planperak/
Tiktok: https://www.tiktok.com/
โThreads: https://www.threads.com/