Pusat Aspirasi Anak Perak - PASAK

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Aspirasi Anak Perak - PASAK Matlamat PASAK adalah menjadi peneraju agensi kerajaan dalam membangunkan sumber manusia di Perak

Sejarah Penubuhan -
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merupakan agensi di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Intergrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India, YB Encik Sivanesan A/L Achalingam. PASAK merupakan kesinambungan daripada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) yang ditubuhkan pada tahun 2011. Dahulunya PEKA banyak memfokuskan kepada pembangunan kerjaya dan belia sahaja, namun telah dijenama dan ditambahbaik dari segi peranannya dalam organisasi kerajaan negeri Perak. Malah, sasaran PASAK juga menjadi semakin luas yang tidak fokus kepada belia dan kerjaya saja, malah turut fokuskan kepada semua lapisan masyarakat dan merangkumi aspek pendidikan, industri, latihan kemahiran, modal insan, pelancongan dan pelbagai lagi. Kini, PASAK diterajui oleh Yang Berusaha Aldrin Ng sebagai Pengarah yang terkini.

04/10/2026
02/10/2026

๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ข '๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ข๐ฌ ๐›๐ž๐ซ๐๐š๐ซ๐š๐ก' ๐ ๐š๐ซ๐š-๐ ๐š๐ซ๐š ๐ก๐š๐ซ๐ ๐š ๐ฌ๐š๐ฒ๐ฎ๐ซ? ๐Ÿ˜

Realiti sebenar dalam dunia pertanian tidak selalunya indah dan menguntungkan. Perkara yang paling menyakitkan hati bagi seorang usahawan tani adalah apabila sayur-sayuran siap ditanam, tetapi harga pasarannya jatuh terlalu teruk.

Petani tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sendiri harga jualan bagi hasil titik peluh mereka. Keadaan yang tidak menentu ini merupakan pengalaman yang sangat perit dan boleh membuatkan usahawan tani menangis berdarah.

02/10/2026

๐ƒ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ค๐ข๐ฅ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š, ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฅ ๐ญ๐š๐ง๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ฌ ๐ค๐ž ๐ฉ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐ซ๐š๐ฒ๐š ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Ÿ˜

Setiap kejayaan besar bermula dengan langkah pertama yang kecil. Perjalanan perniagaan My Farm Agro bermula dengan hanya 400 polibeg yang mengeluarkan sekitar 10 kilogram hasil tuaian. Pada fasa awal, hasil tani ini dibungkus kecil dalam berat satu kilogram setiap satu dan dijual terus ke restoran-restoran.

Secara perlahan-lahan perniagaan ini terus dikembangkan ke pasar biasa, melangkah ke pasar borong, sehinggalah mereka kini berjaya membekalkan hasil pertanian untuk pasaran pasar raya.

02/10/2026

๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ค๐š๐ญ๐š ๐ง๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐š๐ซ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ข ๐ค๐ž๐ง๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฅ ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข-๐ก๐š๐ซ๐ข? ๐Ÿง

Sebenarnya, pertanian moden kini jauh lebih mudah dan canggih dengan bantuan teknologi. Semasa pandemik COVID-19, kaedah penanaman menggunakan polibeg dan sistem pengairan titis (drip irrigation) telah menarik perhatian Srinath untuk mencuba bidang ini kerana ia tidak memerlukan tenaga kerja fizikal yang berat.

Kini, beliau mengintegrasikan teknologi pintar di ladang seperti penggunaan sensor NPK untuk memantau keperluan nutrisi dan baja pokok, sensor kelembapan untuk memastikan sumber air mencukupi, serta stesen cuaca bagi memantau taburan hujan dan suhu panas harian.

Walaupun petani tidak boleh 'berkomunikasi' secara langsung dengan pokok, semua data dari teknologi ini sangat membantu mereka membuat keputusan yang tepat tentang apa yang tanaman itu perlukan.

02/10/2026

๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐š๐ง๐š๐ค ๐ฆ๐ฎ๐๐š ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ญ ๐ง๐š๐ค ๐œ๐ž๐›๐ฎ๐ซ๐ข ๐›๐ข๐๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ง, ๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฉ๐ž๐ง๐ข๐ง๐  ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ฅ๐š ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐๐š๐ซ๐ข ๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ง๐š๐ค ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐Ÿ˜‰๐Ÿฅน

Selepas 6 tahun memfokuskan kepada pengeluaran dalam industri, My Farm Agro kini mengambil inisiatif untuk menyumbang semula kepada masyarakat. Ianya telah membangunkan satu modul khas untuk mengajar dan membimbing belia yang berminat.

Tonton episod penuh Podcast Teman Bersoreh untuk ketahui rahsia dan realiti sebenar usahawan tani! ๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ

๐Ÿ“ข ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐๐ˆ๐ƒ๐Ž๐‘ & ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐๐˜๐€, ๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐ˆ๐ƒ๐„๐€ & ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š! ๐ŸŽ‰โœจSatu acara khas penuh dengan akt...
30/09/2026

๐Ÿ“ข ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐๐ˆ๐ƒ๐Ž๐‘ & ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘๐๐˜๐€, ๐‰๐Ž๐Œ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐…๐„๐’๐“๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐ˆ๐ƒ๐„๐€ & ๐Š๐„๐’๐„๐‰๐€๐‡๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š! ๐ŸŽ‰โœจ

Satu acara khas penuh dengan aktiviti menarik dan kemudahan terus untuk komuniti akan berlangsung tidak lama lagi! Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan jiran-jiran korang! ๐Ÿ‘‡

Ada apa yang menarik dekat festival ni? Macam-macam ada! ๐Ÿ˜

๐Ÿ›’ ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ก ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐Š๐๐ƒ๐
๐Ÿค ๐๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐€๐ ๐ž๐ง๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค
๐Ÿ’ณ ๐Š๐š๐ฎ๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ค๐š๐ข
๐Ÿฉบ ๐’๐š๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€!

Catat butiran penting ini sekarang:
๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
โฐ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ–.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ 
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Œ๐ฎ๐ก๐ข๐›๐›๐š๐ก, ๐๐ข๐๐จ๐ซ

Sambil-sambil berhujung minggu, jom kita penuhkan Dewan Muhibbah Bidor. Pelbagai manfaat dan penjimatan menanti korang semua!

Sebarkan berita gembira ini kepada semua group WhatsApp keluarga, taman, dan kawan-kawan tau! Jumpa korang di sana! ๐Ÿ™Œ

30/09/2026

๐ŸŒฑ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐›๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐ง๐š๐ฌ ๐ญ๐ž๐ซ๐ข๐ค? ๐„๐ก, ๐ญ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฅ๐ฎ. ๐๐ž๐ญ๐š๐ง๐ข ๐ณ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ก ๐ฆ๐จ๐๐ž๐ง ๐Ÿ˜

Pernah terfikir tak potensi sebenar pertanian pintar? Boleh ke "Petani Moden" ini dijadikan kerjaya profesional yang menjamin masa depan?

Jom dengarkan pengalaman sebenar dan kupasan menarik bersama Srinath Arumugam.

Nantikan siaran penuh Podcast Teman Bersoreh Episod 9 yang akan datang. Jangan lupa follow supaya tak terlepas!

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐“๐•๐„๐“ ๐Ž๐Š๐” ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ: ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐ ! โœจAlhamdulillah, majlis penutup bagi Kursus T...
29/09/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐“๐•๐„๐“ ๐Ž๐Š๐” ๐…๐š๐ฌ๐š ๐Ÿ: ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ค๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ง๐ ! โœจ

Alhamdulillah, majlis penutup bagi Kursus TVET OKU Fasa 2 di SMK Pengkalan Aur telah melabuhkan tirainya dengan jayanya semalam.

Majlis bermakna ini telah disempurnakan dengan perasmian oleh Puan Jamilah, serta diiringi oleh Pengarah PASAK. Kehadiran para ibu bapa turut menyerikan suasana, menjadi saksi kepada usaha titipan ilmu dan kemahiran buat anak-anak istimewa ini.

Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak hebat yang menerima anugerah atas ketekunan dan kesungguhan sepanjang kursus berlangsung. Semoga kemahiran yang diraih ini menjadi batu loncatan untuk mereka lebih berdikari, yakin pada diri dan mampu menyumbang kepada keluarga dan masyarakat.

Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergia...
28/09/2026

Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Wanita Pertama Malaysia.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikan, mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Jasa, pengorbanan dan sumbangan Allahyarhamah dalam bidang kesihatan, kebajikan wanita dan kanak-kanak serta pembangunan masyarakat akan sentiasa dikenang.

Takziah dan Al-Fatihah

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG MENZAHIRKAN UCAPAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN TUN DR SITI HASMAH

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wataโ€™ala dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.



๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง: ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‡๐จ๐ฌ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ (๐‡๐Š๐’) ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค Telah berlangsungn...
27/09/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐“๐•๐„๐“ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง: ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐‡๐จ๐ฌ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ (๐‡๐Š๐’) ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐š๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

Telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Hos Komuniti Setempat (HKS) bagi daerah Selama, Perak hari ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang dan jayanya.

Anda kini adalah barisan hadapan serta 'duta' dalam mempromosikan keunikan, budaya dan keindahan alam semula jadi Selama kepada pelancong. Kami berharap segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat melonjakkan lagi sektor ekopelancongan daerah Selama, sekali gus menjana ekonomi komuniti setempat. ๐ŸŒฟโœจ

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Teruskan usaha murni mengangkat pelancongan lokal ke tahap yang lebih tinggi!

Address

129, Jalan Raja Musa Mahadi
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6053183290

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Aspirasi Anak Perak - PASAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Aspirasi Anak Perak - PASAK:

Shortcuts

Share