04/10/2026
PROGRAM MEDIA PENERANGAN UMNO PERAK
Program Media Penerangan UMNO Perak di bawah kelolaan YBhg. Datuk Dr. Hang Tuah Din, Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, menghimpunkan barisan penerangan dan media dalam usaha memperkukuh kemahiran komunikasi, memperkemas gerak kerja serta memahami pendekatan yang lebih segar dalam mendepani landskap media dan politik semasa.
Panel pertama, Ahmad Raziz Rashid, Pengarah Komunikasi kepada Dato’ Seri Azalina Othman Said, berkongsi pengalaman serta perspektif dalam komunikasi politik dan pengurusan naratif.
Panel kedua, Tuan Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin, Pengarah Stratcomm Perak, berkongsi pendekatan strategik dalam pengurusan komunikasi, media serta gerak kerja naratif di peringkat negeri.
Program ini menjadi ruang untuk kita belajar, bertukar pandangan dan memperkukuh satu tekad. Mesej mesti jelas, gerak kerja mesti pantas dan penerangan mesti sampai kepada rakyat.