Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Call Directions Website

Jabatan Kesihatan Negeri Perak Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Perak

21/10/2026

๐Ÿ’š MINI KARNIVAL HENTIKAN STIGMA: KESIHATAN MENTAL MILIK SEMUA PERINGKAT NEGERI PERAK 2026 ๐Ÿ’š

๐Ÿ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Mydin Mall Meru, Ipoh

Mini Karnival Hentikan Stigma dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kesihatan mental, menggalakkan komunikasi yang positif dan empati, serta memupuk sokongan terhadap individu yang memerlukan bantuan. Program ini turut menekankan bahawa usaha menghentikan stigma bermula dengan cara kita bercakap, memahami dan menyokong orang di sekeliling.

Pelbagai aktiviti santai, interaktif dan mesra keluarga telah dijalankan, antaranya:

โ€ข ๐Ÿ›๏ธ Pameran dan reruai interaktif
โ€ข ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Senaman Jom Gerak, Jom Ceria!
โ€ข ๐Ÿ˜Š Permainan mengenali emosi Kenali Emosi, Muka Apa Tu?
โ€ข ๐ŸŽจ Pertandingan mewarna kanak-kanak
โ€ข ๐Ÿ—๏ธ Cabaran susun menara pantas
โ€ข ๐Ÿ“ž Permainan telefon berantai
โ€ข ๐Ÿง  Kuiz interaktif Minda Pantas
โ€ข ๐Ÿคก Persembahan Badut Ceria: Gelak Bersama!

Melalui aktiviti-aktiviti ini, pengunjung berpeluang mengenali dan meluahkan emosi dengan lebih baik, berkomunikasi secara positif, mendengar dengan empati serta memahami kepentingan memberikan sokongan kepada individu yang berdepan cabaran kesihatan mental.

Program ini memberi impak positif dalam meningkatkan kefahaman masyarakat bahawa kesihatan mental ialah tanggungjawab bersama. Pendekatan yang santai dan interaktif turut membantu mewujudkan suasana yang lebih terbuka, mesra dan bebas stigma, sekali gus menggalakkan masyarakat untuk saling memahami serta menyokong antara satu sama lain.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak semua urus setia dan pengunjung atas kerjasama serta penyertaan dalam menjayakan program ini.

๐Ÿ’š Kesihatan mental milik semua. Hentikan stigma, bersama kita membina masyarakat yang lebih memahami dan menyokong.

Anjuran:
Cawangan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

HIDUP AKTIF MINDA SIHAT, i-PASS JKN PERAK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026 Buat julung kalinya, program Hidup Aktif Minda ...
20/10/2026

HIDUP AKTIF MINDA SIHAT, i-PASS JKN PERAK SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2026

Buat julung kalinya, program Hidup Aktif Minda Sihat, i-PASS JKN Perak sempena Hari Sukan Negara 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah pada 20 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Tabung Haji, Ipoh.

Program anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak ini menghimpunkan warga kerja JKN Perak dalam suasana penuh semangat, ceria dan kompetitif melalui pelbagai pertandingan yang menggabungkan elemen kecergasan, ketangkasan, strategi serta keseronokan.

Antara pertandingan menarik yang telah dianjurkan ialah:

- Pertandingan Gusti Lengan
- Pertandingan Carrom
- Pertandingan Batu Seremban
- Pertandingan Congkak
- Pertandingan eFootball

Lebih daripada sekadar pertandingan, program ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kesukanan dan memperkukuh hubungan dalam kalangan warga kerja. Penganjuran ini juga mencerminkan komitmen JKN Perak dalam membudayakan gaya hidup aktif serta menyokong kesejahteraan fizikal dan mental melalui inisiatif i-PASS.

Badan cergas, minda cerdas, kerja berkualiti!

Semoga program seumpama ini terus menjadi pemangkin kepada pembudayaan gaya hidup sihat dan persekitaran kerja yang lebih positif, harmoni serta produktif dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hidup Aktif, Minda Sihat! Bersama kita jayakan i-PASS JKN Perak!

KURSUS PEMANTAPAN PEMIMPIN COMBI NEGERI PERAK 2026 ๐Ÿ“ Coral Bay, Pulau Pangkor, Perak๐Ÿ“… 16 โ€“ 18 Oktober 2026Kursus Pemanta...
20/10/2026

KURSUS PEMANTAPAN PEMIMPIN COMBI NEGERI PERAK 2026

๐Ÿ“ Coral Bay, Pulau Pangkor, Perak
๐Ÿ“… 16 โ€“ 18 Oktober 2026

Kursus Pemantapan Pemimpin COMBI Negeri Perak 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Coral Bay, Pulau Pangkor, pada 16 hingga 18 Oktober 2026. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli COMBI, khususnya pemimpin COMBI baharu dari pelbagai daerah di Negeri Perak.

Antara fokus utama kursus adalah untuk memperkukuh pengetahuan peserta berkaitan penyakit denggi, peranan dan tanggungjawab COMBI serta pengenalan kepada nyamuk Aedes. Pelbagai aktiviti turut dilaksanakan, termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi menggalakkan perkongsian pengalaman, meningkatkan kemahiran komunikasi dan memantapkan kerjasama dalam kalangan pemimpin COMBI.

Diharapkan kursus ini dapat melahirkan pemimpin COMBI yang lebih berpengetahuan, berkemahiran dan berkeyakinan dalam menggerakkan komuniti untuk bersama-sama mencegah denggi serta membudayakan amalan pencegahan di peringkat setempat.

Pemimpin COMBI Diperkasa, Komuniti Bersama Cegah Denggi!


20/10/2026

๐Ÿšจ ๐‘ผ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป ๐‘ป๐‘น๐‘จ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ถ๐‘ต๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฒ๐‘ฌโ€ฆ ๐‘น๐‘จ๐‘ช๐‘ผ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘ฉ๐‘ถ๐‘ป๐‘ถ๐‘ณ? ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ’Š

โš ๏ธ Awas! Produk tradisional tidak berdaftar mungkin mengandungi bahan terlarang yang boleh membahayakan kesihatan anda!

Tahukah anda? Pengambilan produk tradisional yang dicampur dengan bahan terlarang seperti steroid boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan tanpa pengawasan doktor.

๐Ÿค” ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘ต ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ฉ ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ผ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ต๐‘ผ๐‘ฏ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ท? โš ๏ธ๐Ÿ’Š
Produk tradisional tidak berdaftar dicampur dengan bahan terlarang seperti steroid yang menjanjikan kesan ajaib kononnya dengan kesan yang cepat atau mujarab. Sebenarnya penggunaan steroid tanpa pemantauan doktor boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius seperti:
โ— Muka membengkak dan membulat (Moon Face)
โ— Bengkak pada seluruh badan
โ— Tekanan darah meningkat dan sukar dikawal
โ— Peningkatan berat badan yang mendadak
โ— Kerosakan buah pinggang dan hati

๐Ÿ›ก๏ธ ๐—๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—” ๐—•๐—œ๐—๐—”๐—ž!

Sebelum membeli atau menggunakan ubat tradisional, pastikan anda:

โœ… Menyemak nombor pendaftaran MAL melalui saluran rasmi NPRA.
โœ… Memastikan produk mempunyai ๐—ต๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ง๐—ฎ๐—ด yang sah.
โœ… Membeli ubat hanya daripada sumber yang sah seperti farmasi komuniti, klinik atau hospital.

๐Ÿ’š ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ, ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง!
Jangan mudah terpedaya dengan dakwaan sembuh segera, testimoni yang mengagumkan atau produk yang dijual melalui sumber yang meragukan.

๐Ÿ“ข Marilah bersama-sama ๐—ง๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ž ๐—จ๐—•๐—”๐—ง ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—› (๐—ง๐—ข๐—•๐—ฎ๐—ง๐—ฆ) dan lindungi diri serta keluarga daripada produk yang boleh memudaratkan kesihatan.

๐Ÿ“ฒ Kongsikan hebahan ini agar lebih ramai pengguna mengetahui risiko penggunaan produk tradisional yang tidak berdaftar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dialu-alukan untuk menghubungi kami di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Perak melalui e-mel: [email protected]





LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BERSAMA PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAKIPOH...
19/10/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK BERSAMA PENGARAH JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

IPOH, 19 OKTOBER 2026 โ€“ Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima lawatan kunjung hormat daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Mohd Nizam bin Haji Ismail, kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Datoโ€™ Dr. Feisul Idzwan bin Datoโ€™ Mustapha.

Lawatan ini menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan dalam memperkukuh pelaksanaan program berimpak tinggi, khususnya yang melibatkan aktiviti kecergasan, program Rakan Muda serta inisiatif berkaitan kesihatan mental dalam kalangan remaja dan belia.

Kolaborasi ini diharap dapat memperluas penglibatan golongan muda dalam aktiviti fizikal, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi muda yang sihat, aktif, sejahtera dan berdaya saing.


HIDUP AKTIF, MINDA SIHAT! i-PASS JKN Perak | Sempena Hari Sukan Negara 2026Ayuh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak! Se...
19/10/2026

HIDUP AKTIF, MINDA SIHAT!
i-PASS JKN Perak | Sempena Hari Sukan Negara 2026

Ayuh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak!

Sempena Hari Sukan Negara 2026, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerusi Inisiatif Penjawat Awam Sihat Sejahtera (i-PASS) menganjurkan pelbagai pertandingan sukan dan permainan bagi memupuk gaya hidup aktif, menyihatkan minda serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

๐ŸŽฏ Pelbagai pertandingan menarik menanti!
๐Ÿคผ Pertandingan Gusti Lengan
๐ŸŽฏ Pertandingan Carrom
๐Ÿชจ Pertandingan Batu Seremban
๐Ÿชต Pertandingan Congkak
๐ŸŽฎ Pertandingan eFootball

๐Ÿ“… Tarikh: 20 Oktober 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Tingkat 3, Bangunan Tabung Haji

๐Ÿ… Hadiah menarik untuk pemenang!
๐Ÿฅ‡ Johan: RM200
๐Ÿฅˆ Naib Johan: RM150
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: RM100
๐Ÿ… Tempat Keempat: RM50

Jangan lupa!

Semua peserta yang telah berdaftar dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan. Bersiap sedia untuk beraksi, tunjukkan semangat kesukanan dan rebut peluang untuk menjadi juara!

Mari kita semarakkan semangat kesukanan, memupuk persaingan sihat dan mengukuhkan semangat berpasukan dalam suasana yang ceria dan harmoni.

๐Ÿ’™๐Ÿ’› Badan cergas, minda cerdas, warga kerja sejahtera!

19/10/2026

โณ COUNTDOWN: 10 HARI LAGI! โณ

Haa korang โ—๏ธโ—๏ธJangan lepaskan peluang untuk sertai program MyChampion 5km Fun Run & Walk sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia. Penyertaan masih lagi terbuka kepada semua, jadi jangan lepaskan peluang yang ada ini. jumpa korang di sana !!

Slot adalah terhad! Daftar sekarang di :

https://raceroster.com/events/2026/140622/my-champion-5km-fun-run-and-walk-2026

16/10/2026

Penutupan sekolah bertujuan untuk mengurangkan pendedahan pelajar kepada udara tercemar. Ibu bapa dan penjaga disarankan memastikan anak-anak berada di dalam rumah serta menangguhkan aktiviti bermain dan bersukan di luar.

๐Ÿ“ฑ Semak bacaan IPU sebelum merancang aktiviti.
๐Ÿ˜ท Jika perlu keluar, gunakan pelitup muka yang sesuai dan pakai dengan betul.
๐Ÿฉบ Dapatkan pemeriksaan jika anak mengalami batuk, sesak nafas atau gejala semakin teruk.

Lindungi kesihatan anak-anak anda.


๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ (๐–๐€๐‚๐€๐๐€) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)Anjuran Bahagian Keselamatan dan Kualiti M...
15/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐Š๐€๐๐€๐ (๐–๐€๐‚๐€๐๐€) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)
Anjuran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak

๐ŸŽ€ BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2026Setiap Cerita Adalah Unik, Setiap Perjalanan Berharga. Kesedaran bukan sekadar ten...
14/10/2026

๐ŸŽ€ BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2026
Setiap Cerita Adalah Unik, Setiap Perjalanan Berharga.

Kesedaran bukan sekadar tentang mengetahui, tetapi juga tentang bagaimana kita mengambil tindakan, menyokong dan menyebarkan kesedaran kepada orang yang kita sayangi. ๐Ÿฉท

๐Ÿ’— TEMANI DALAM SETIAP LANGKAH, KONGSIKAN HARAPAN, SEBARKAN KEPEDULIAN.

Temani ibu, isteri, adik-beradik, saudara atau sahabat mendapatkan pemeriksaan, saringan atau rawatan. Dengarkan tanpa menghakimi, berikan sokongan emosi dan bantu meringankan urusan mereka.

Tidak kurang pentingnya, sebarkan maklumat kesihatan payudara daripada sumber yang dipercayai. Ingatkan orang yang kita sayangi tentang kepentingan pemeriksaan dan kongsikan mesej yang positif serta membina.

Kerana kadangkala, kehadiran kita memberikan kekuatan, manakala satu perkongsian kecil boleh menjadi langkah pertama seseorang untuk mendapatkan pemeriksaan.

๐Ÿฉท Temani. Dengarkan. Sokong. Kongsikan.

Jadilah insan yang membawa harapan dan menyebarkan kesedaran. Kerana menjaga kesihatan bukan hanya tentang diri kita, tetapi juga tentang mereka yang kita sayangi.

๐ŸŽ€ Kongsikan Harapan, Sebarkan Kepedulian.





Address

Jalan Koo Chong Kong
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6052456000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share