JPS Negeri Perak

Call Directions Website Contact the organization

JPS Negeri Perak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Tel: 05-209 5000
Portal Rasmi : https://jps.perak.gov.my
E-mel : [email protected] Terima kasih kerana sudi melayari laman FB rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JPS bagi pengunjung laman ini. JPS Negeri Perak telah diamanahkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengairan, saliran pertanian, kejuruteraan sungai, saliranbandar, kejuruteraan pantai, khidmat sokongan serta hidrologi dan sumber air untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menerajui usaha-usaha melaksanakan program-program pembangunan di luar bandar dan kawasan bandar. JPS Negeri Perak akan sentiasa dan sedia berkhidmat ke arah kecemerlangan dalam perancangan pembangunandan pengurusan sumber air negara demi mencapai pertubuhan pertanian dan sosio-ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan negara. Saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan bagi memperkaiki lagi kandungan ini dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan selaras dengan wawasan JPS untuk menjadi sebuah organisasi yang bertaraf dunia. Selamat melayari laman FB JPS Perak.

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 7/2026 KERAJAAN NEGERI PERAK19 Oktober 2026, Tanjung Malim โ€“ Program Mesra Har...
19/10/2026

PROGRAM MESRA HARI BERTEMU PELANGGAN SIRI 7/2026 KERAJAAN NEGERI PERAK

19 Oktober 2026, Tanjung Malim โ€“ Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Siri 7 Tahun 2026 anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak telah berlangsung di Dewan Sri Tanjong, Tanjong Malim.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak berada di Kaunter G di bawah Portfolio Yang Berhormat Datoโ€™ Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak.

JPS Negeri Perak telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri, bersama Jurutera Daerah Muallim, Encik Sharifuddin bin Jamil serta pegawai-pegawai JPS yang lain.

Sepanjang sesi tersebut, sebanyak 4 aduan dan permohonan berkaitan bidang kuasa JPS Perak telah diterima untuk tindakan dan perhatian pihak jabatan.


15/10/2026
BENGKEL KEMAS KINI MAKLUMAT APLIKASI MyRiver DAN MESYUARAT APLIKASI MyRiver JPS NEGERI PERAK BIL. 2/202614โ€“15 Oktober 20...
15/10/2026

BENGKEL KEMAS KINI MAKLUMAT APLIKASI MyRiver DAN MESYUARAT APLIKASI MyRiver JPS NEGERI PERAK BIL. 2/2026

14โ€“15 Oktober 2026, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah menganjurkan Bengkel Kemas Kini Maklumat Aplikasi MyRiver dan Mesyuarat Aplikasi MyRiver JPS Negeri Perak Bil. 2/2026 yang berlangsung selama dua (2) hari di Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Rakan Strategik JPS Negeri Perak yang bertujuan untuk memastikan maklumat dalam aplikasi MyRiver sentiasa dikemas kini, tepat dan relevan, khususnya melibatkan data serta maklumat berkaitan daerah masing-masing.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah terlibat dalam sesi pengemaskinian maklumat dan perbincangan berkaitan aplikasi MyRiver bagi memperkukuh penyelarasan maklumat serta meningkatkan keberkesanan penggunaan aplikasi ini dalam menyokong pengurusan sumber air dan sungai.

Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan pengurusan data MyRiver dilaksanakan secara sistematik, bersepadu dan berkesan demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan JPS Negeri Perak.


MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK JANGKA PANJANG JALAN-JALAN PERTANIAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2026โ€“2031Majlis Menan...
15/10/2026

MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN KONTRAK JANGKA PANJANG JALAN-JALAN PERTANIAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2026โ€“2031

Majlis Menandatangani Dokumen Kontrak Jangka Panjang Jalan-Jalan Pertanian Negeri Perak bagi Tahun 2026โ€“2031 telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, pada 7 Oktober 2026.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan) JPS Negeri Perak, Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri; Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian, Puan Zamzamzurina binti Zainun; serta pegawai-pegawai JPS Negeri Perak.

Pelaksanaan kontrak penyenggaraan jalan-jalan pertanian ini melibatkan dua (2) zon, iaitu Zon 1 yang dikendalikan oleh Delta Infinite Sdn. Bhd. dan Zon 2 oleh G.B. Kuari Sdn. Bhd.

Skop penyenggaraan merangkumi kerja-kerja rutin, berkala dan kecemasan bagi memastikan jalan-jalan pertanian di Negeri Perak sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi dengan sempurna.

Pelaksanaan kontrak jangka panjang ini diharap dapat meningkatkan kualiti penyenggaraan infrastruktur jalan pertanian, memperkukuh akses ke kawasan pertanian serta menyokong kelancaran aktiviti pertanian dan kesejahteraan komuniti setempat.


LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) NEGERI PERAK KE PROJEK BRE...
06/10/2026

LAWATAN KERJA PENGERUSI JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR DAN PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) NEGERI PERAK KE PROJEK BREAKWATER PULAU TUBA, LANGKAWI

05 Oktober 2026, Pulau Langkawi โ€“ YB. Datoโ€™ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak bersama delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Breakwater Pulau Tuba di Pulau Langkawi.

Lawatan ini turut disertai oleh wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak yang terdiri daripada Puan Ir. Azizah binti Mohd Sabri, Timbalan Pengarah (Pengurusan); Ir. Hj. Roslan bin Hussin, Ketua Jurutera Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal; Encik Poh Chee Chin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir; Ir. Mohd Shamimi bin Mohd Tahir, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Korporat dan Pengurusan Maklumat serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Korporat dan Pengurusan Maklumat.

Lawatan kerja teknikal ini merupakan sebahagian daripada pengisian lawatan delegasi bagi meninjau pelaksanaan projek serta mendapatkan gambaran secara langsung berkaitan pembangunan dan infrastruktur di Pulau Tuba, Langkawi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Timbalan Jurutera Daerah Langkawi, Cik Muniroh binti Baharin @ Bahadon, atas sambutan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan lawatan kerja ini.


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM29 September 2026, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Sali...
30/09/2026

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

29 September 2026, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak melalui Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), bertempat di Institut Tadbiran Islam (INTIM), Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 101 orang kakitangan JPS Negeri Perak sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan teknik serta strategi menjawab soalan peperiksaan JPA dengan lebih berkesan.

Taklimat bengkel telah disampaikan oleh Encik Muhammad Haniff bin Huzaizi dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Roslan bin Hussin, Ketua Jurutera, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, JPS Negeri Perak dan turut dihadiri oleh Puan Siti Sarah binti Mohd Rasid, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Negeri Perak.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan panduan yang bermanfaat kepada warga JPS Negeri Perak dalam membuat persediaan menghadapi peperiksaan JPA, sekali gus menyokong pembangunan kompetensi serta peningkatan profesionalisme warga kerja Jabatan.


30/09/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada

๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐ˆ๐‘. ๐Œ๐€๐‘๐„๐๐€๐–๐€๐“๐ˆ ๐๐ˆ๐๐“๐ˆ ๐€๐๐ƒ. ๐Œ๐€๐‹๐„๐Š
๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐€๐๐‰๐ˆ๐‘
๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐€๐‹๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Atas pengurniaan
๐€๐‡๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„๐ƒ๐”๐€ (๐ƒ๐€๐“๐Ž' ๐๐€๐ƒ๐”๐Š๐€) ๐๐€๐†๐ˆ ๐ƒ๐€๐‘๐‰๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐„๐’๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐Ž๐“๐€ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐Œ๐€๐“ ๐“๐„๐‘๐๐ˆ๐‹๐€๐๐† (๐ƒ.๐.๐’.๐Š)

Sempena
๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐–๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐‹๐ˆ ๐˜๐€๐๐† ๐Œ๐€๐‡๐€ ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐Œ๐”๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐•
๐˜๐€๐๐† ๐Š๐„-๐Ÿ“๐Ÿ•, ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bersamaan ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‘๐š๐›๐ข๐ฎ๐ฅ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡


Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak mengucapkan salam takziah diatas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah bin Mohd Ali. ...
28/09/2026

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak mengucapkan salam takziah diatas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah bin Mohd Ali. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Al-Fatihah.


๐ŸŒŠ HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 ๐ŸŒฟANJURAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAKJabatan Penga...
27/09/2026

๐ŸŒŠ HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2026 ๐ŸŒฟ

ANJURAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2026 yang berlangsung di Homestay Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar pada 27 September 2026.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema โ€œSungai dan Alur Dalam Komuniti Kita".

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam (INTAP) Negeri Perak.

Turut hadir ialah Toh Maharaja Indera, Datoโ€™ Dr. Khairil Anuar bin Arshad, Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar; YB Kapten Azahari bin Hasan, Ahli Parlimen Padang Rengas; YB Ustaz Azizi bin Ridzuan, ADUN Lubuk Merbau, serta ketua-ketua jabatan dan agensi dan para jemputan.

Penganjuran program ini menjadi wadah dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan sungai, memelihara alam sekitar serta memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, komuniti setempat dan pelbagai pihak berkepentingan dalam memastikan kelestarian sumber air untuk generasi akan datang.

Semoga sambutan ini terus menyemarakkan kesedaran dan komitmen bersama dalam memelihara sungai sebagai khazanah alam yang amat bernilai kepada masyarakat dan negeri Perak.

Sungai Bersih, Kampung Sejahtera, Masa Depan Lestari. ๐ŸŒŠ๐ŸŒฟ

Address

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052095000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPS Negeri Perak:

Shortcuts

Share