ICU JPM Perak

Call Directions Website

ICU JPM Perak Agensi pemantauan projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Perak

07/10/2026

INISIATIF SEJAHTERA MADANI: PROGRAM ZIARAH KASIH DAERAH MUALLIM SUBURKAN NILAI IHSAN

INISIATIF SEJAHTERA MADANI: PROGRAM ZIARAH KASIH DAERAH MUALLIM SUBURKAN NILAI IHSANTANJUNG MALIM, 6 Oktober – Komitmen ...
07/10/2026

INISIATIF SEJAHTERA MADANI: PROGRAM ZIARAH KASIH DAERAH MUALLIM SUBURKAN NILAI IHSAN

TANJUNG MALIM, 6 Oktober – Komitmen terhadap kesejahteraan rakyat terus diperkasa menerusi penganjuran Program Ziarah Kasih Daerah Muallim di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI. Misi cakna rakyat ini diterajui oleh Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Perak bagi menyalurkan bantuan secara terus kepada tiga buah keluarga eKasih yang memerlukan.

Ziarah kasih ini diketuai oleh Dato’ Hj. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak. Turut bersama-sama menjayakan program ini ialah Encik Khairol Najib Hashim, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Malim, Encik Sabri bin Nazri, Penolong Pegawai Daerah Muallim, serta barisan pegawai rentas agensi merangkumi Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PERKESO, Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah, Penghulu Mukim, dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Siri ziarah bermula di Kampung Sungai Dara bagi menyantuni seorang warga emas yang mengalami keterbatasan fizikal akibat kemalangan. Bagi meningkatkan tahap mobiliti dan memudah cara urusan harian beliau, bantuan telah diserahkan berupa kerusi roda beserta bekalan susu khas.

Rombongan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kampung Pauh bagi menyerahkan peralatan sokongan kesihatan termasuk kerusi roda, tongkat kaki, lampin pakai buang, dan kasut khas kepada seorang warga emas yang menghidap penyakit diabetes serta masalah saraf.

Di lokasi sama, sokongan terhadap sektor pendidikan turut diberi keutamaan menerusi penyerahan sebuah komputer riba kepada seorang pelajar yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Kolej Vokasional Kuala Selangor. Sebagai melengkapi agihan tersebut, kesemua isi rumah turut menerima kotak barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai.

Program berimpak tinggi ini merupakan cerminan teras Malaysia MADANI yang meletakkan nilai ihsan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan, sekali gus memastikan tiada mana-mana golongan yang terpinggir daripada arus kemajuan. Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Perak berharap agar bantuan yang dihulurkan bukan sahaja dapat meringankan beban semasa, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan jangka panjang.






TAHNIAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK! 🎉🏆Alhamdulillah! Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) telah memena...
05/10/2026

TAHNIAH PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PERAK! 🎉🏆

Alhamdulillah! Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) telah memenangi tempat pertama bagi kategori PTJ Besar dan menerima Sijil Kecemerlangan Prestasi Bil Bagi Tahun 2025 di bawah Pusat Tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Penghargaan ini diberikan atas kecekapan, komitmen, dan kecemerlangan ICU JPM Perak dalam menyelesaikan pembayaran bil dalam tempoh tujuh (7) hari sepanjang tahun 2025.

Penyampaian sijil penghargaan ini telah diterima oleh Dato Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria, Pengarah ICU JPM Perak dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abd Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri sempena Program Libat Urus Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) JPM Bersama Pegawai Perakaunan dan Kewangan Pusat Tanggungjawab Lembah Klang Tahun 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) atas usaha keras, integriti, dan dedikasi yang berterusan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus memacu kecemerlangan pada masa hadapan! 💪✨


PROGRAM MADANI KITA BERSAMA KOMUNITI BUNTONGIPOH, 4 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) bersama komuniti Buntong te...
05/10/2026

PROGRAM MADANI KITA BERSAMA KOMUNITI BUNTONG

IPOH, 4 Oktober 2026 – Program MADANI Kita (PMK) bersama komuniti Buntong telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Jalan Sungai Pari, Buntong dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti untuk manfaat masyarakat setempat.

Program yang diterajui oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu telah disempurnakan oleh YB Tuan M.Kulasegaran a/l V. Murugeson, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) merangkap Ahli Parlimen Ipoh Barat. Turut hadir bersama dalam program pada hari ini ialah Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara, Puan Suraya binti Wen, Pengarah Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Dato' Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak), Dr. Beh Sang How, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak serta Tuan Zulhisham bin Ahmad Shukori, Pegawai Daerah Kinta.

Antara pengisian program termasuk Jualan Rahmah MADANI, Jualan Agro MADANI, sesi pocket talk dan perkhidmatan pelbagai agensi, pertandingan mewarna anak-anak, pertandingan permainan tradisional, pemeriksaan kesihatan, gunting rambut dan tukar minyak hitam secara percuma serta aktiviti e-Sukan yang diselaraskan oleh Pasukan Sahabat MADANI dengan kerjasama NADI.

Pada PMK kali ini, ICU JPM Negeri Perak telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan Dewan Orang Ramai Kg Tersusun Jalan Sg Pari, serta turut menyediakan perkhidmatan semakan eKasih dan menyelaras pengagihan Bakul Rahmah MADANI kepada 100 penerima eKasih yang layak.

Program hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat dengan kehadiran sekitar 1,500 pengunjung setakat jam 1.00 tengahari dan meningkat kepada 3,137 pengunjung pada jam 5.15 petang.

"Memaknai Harapan Rakyat"





ZIARAH KASIH MADANI: SANTUNI LIMA KELUARGA TERJEJAS DI PARLIMEN BUKIT GANTANGBUKIT GANTANG, 30 September 2026 - Pasukan ...
01/10/2026

ZIARAH KASIH MADANI: SANTUNI LIMA KELUARGA TERJEJAS DI PARLIMEN BUKIT GANTANG

BUKIT GANTANG, 30 September 2026 - Pasukan Penyelarasan PMX, Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) yang diketuai oleh Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak, turun padang menyantuni lima keluarga yang ditimpa musibah di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Misi Ziarah Kasih MADANI ini melibatkan dua keluarga di DUN Trong dan tiga keluarga di DUN Changkat Jering yang terjejas akibat kebakaran, pokok tumbang serta kerosakan rumah susulan hujan lebat dan ribut.

Dalam ziarah ini, bantuan wang tunai turut disalurkan bagi meringankan beban keluarga terjejas. Tindakan susulan juga akan dilaksanakan bagi membaik pulih kediaman yang mengalami kerosakan mengikut keperluan.

Semangat kebersamaan turut dizahirkan melalui kerjasama ahli Sahabat MADANI dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu kerja-kerja pembersihan serta mengalihkan pokok tumbang.

Turut hadir ialah Tuan Haji Nur Akramin bin Sulaiman, Pegawai Khas Parlimen Bukit Gantang, wakil Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Daerah Taiping serta Penghulu Mukim Trong.

Inilah semangat Malaysia MADANI, hadir menyantuni rakyat serta menghulurkan bantuan dan memastikan tiada yang terpinggir ketika ditimpa musibah.

Semoga semua keluarga yang terjejas terus tabah dan dipermudah segala urusan.




INISIATIF SEJAHTERA MADANI: PROGRAM ZIARAH KASIH DAERAH KAMPAR MEWUJUDKAN SENYUMAN KEPADA PESERTA EKASIHKAMPAR, 30 Septe...
01/10/2026

INISIATIF SEJAHTERA MADANI: PROGRAM ZIARAH KASIH DAERAH KAMPAR MEWUJUDKAN SENYUMAN KEPADA PESERTA EKASIH

KAMPAR, 30 September – Komitmen terhadap kesejahteraan rakyat terus digembleng menerusi penganjuran Program Ziarah Kasih Daerah Kampar di bawah Inisiatif Sejahtera MADANI. Program anjuran Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Perak ini menzahirkan pendekatan turun padang bagi menyalurkan bantuan secara terus kepada gologan yang memerlukan.

Dalam ziarah tersebut, pasukan telah menyantuni seorang Ketua Isi Rumah (KIR) insan OKU Fizikal Kaki di Kampung Baru Tronoh Mines. Bagi mempermudah urusan harian dan mobiliti beliau, sebuah kerusi roda elektrik telah diserahkan berserta kotak makanan dan sumbangan wang tunai. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Shukhairi bin Mohd Ibrahim, Ketua Seksyen Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM Perak.

Mendokong penuh teras Malaysia MADANI, program ini menterjemahkan nilai ihsan dan keprihatinan agar tiada golongan terpinggir daripada nikmat pembangunan negara. Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Perak berharap bantuan yang disalurkan kepada penerima dapat meringankan beban semasa dan menjalani kehidupan dengan lebih kondusif.




SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAHإِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَSeluruh warga Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU ...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH & AL-FATIHAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Seluruh warga Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM Perak) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarhamah, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Salam Takziah daripada,
Dato’ Hj Mohd Zakuan bin Hj Zakaria
Pengarah dan seluruh warga
Pejabat Pembangunan Negeri Perak

PROGRAM ICU JPM SIHAT: PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP AKTIF MELALUI SENAMROBIK DAN BRISKWALKIPOH, 25 September – Kelab Kebajikan...
25/09/2026

PROGRAM ICU JPM SIHAT: PEMBUDAYAAN GAYA HIDUP AKTIF MELALUI SENAMROBIK DAN BRISKWALK

IPOH, 25 September – Kelab Kebajikan dan Sukan ICU JPM Perak telah menganjurkan Program ICU JPM Sihat: Senamrobik & Briskwalk bertempat di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Penganjuran program ini bermatlamat untuk membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti kecergasan fizikal dalam kalangan warga kerja.

Program ini telah diketuai oleh Dato' Hj. Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria, Pengarah Pembangunan Negeri Perak serta turut dihadiri oleh Tuan Mazlan Zurin bin Zulkifli, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Perak bersama-sama lebih 150 orang warga ICU JPM Perak. Selain memupuk kesihatan fizikal, program ini diharap dapat menjadi platform santai bagi mengurangkan tekanan kerja seterusnya meningkatkan motivasi dan kesejahteraan warga organisasi secara menyeluruh.




MENERAJUI PEMBANGUNAN, MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYATIPOH, Rabu 23 September 2026– Agenda pembangunan Negeri Perak terus ...
24/09/2026

MENERAJUI PEMBANGUNAN, MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT

IPOH, Rabu 23 September 2026– Agenda pembangunan Negeri Perak terus dipacu dengan penuh komitmen menerusi pelaksanaan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Perak Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Mesyuarat ini menjadi platform utama untuk memastikan pelbagai dasar, program dan projek pembangunan dilaksanakan secara tersusun serta berkesan demi memberi limpahan manfaat secara langsung kepada seluruh warga Perak.

Fokus pembentangan kali ini tertumpu kepada empat kertas strategik, merangkumi Laporan Prestasi Rolling Plan 1 (RP1) RMK13 Negeri Perak oleh ICU JPM Perak, Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026–2035 oleh KPKT, serta Hala Tuju Pembangunan Tenaga Solar di Malaysia dan Implikasinya kepada Negeri Perak oleh PETRA. Mesyuarat turut memberi perhatian khusus kepada pembentangan Pemerkasaan Pembangunan Kawasan FELDA Di Negeri Perak oleh FELDA bagi meneliti status pelaksanaan, isu kritikal dan cadangan intervensi Kerajaan Negeri demi memperkasakan sosioekonomi komuniti setempat.

Menerusi platform mesyuarat ini, YAB Menteri Besar menekankan pentingnya kelancaran setiap agenda pembangunan dan pelaksanaan projek demi memelihara kesejahteraan rakyat Perak. Menyahut seruan tersebut, ICU JPM Perak sentiasa komited dalam memastikan pembinaan ekosistem pembangunan yang kukuh, berdaya tahan dan holistik, sekali gus meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai teras utama yang sentiasa didahulukan.







Address

Ipoh
30000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6052407400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share