Keadilan Perak

Call Directions Website Contact the organization

Keadilan Perak Facebook Rasmi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak

Takziah buat ahli keluarga Puan Sharimah. Ini merupakan kehilangan besar buat Keadilan Perak beliau seorang anggota yang...
03/10/2026

Takziah buat ahli keluarga Puan Sharimah.

Ini merupakan kehilangan besar buat Keadilan Perak beliau seorang anggota yang begitu komited dan baik.

Semoga Allah membalas segala budi baik beliau dan sentiasa dalam pelukan rahmat Allah.

Amir Sabri
Pengerusi Keadilan Negeri Perak

Terima Kasih Atas Segala Ucapan, Doa dan SokonganSaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang tel...
30/09/2026

Terima Kasih Atas Segala Ucapan, Doa dan Sokongan

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menyampaikan ucapan tahniah, doa serta sokongan atas amanah baharu yang diberikan kepada saya.

Semoga setiap ucapan yang baik dibalas dengan sebaik-baik ganjaran, dan semoga segala doa yang dititipkan menjadi kekuatan untuk terus memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab, integriti dan kesungguhan.

Pemilihan ini bukan sekadar satu penghormatan, tetapi satu tanggungjawab besar untuk terus membawa suara rakyat Perak serta memperjuangkan kepentingan negeri di peringkat nasional.

Mudah-mudahan amanah ini terus dipandu dengan kebijaksanaan, keteguhan prinsip dan keikhlasan dalam berkhidmat.

Terima kasih sekali lagi kepada semua, semoga kita semua terus dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan dalam melaksanakan amanah untuk rakyat, negeri dan negara.

YB Senator Mohamad Hairul Amir bin Sabri
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri
Parti KEADILAN Rakyat Negeri Perak

KEADILAN PERAK PERKUKUH HUBUNGAN MEDIA, FOKUS KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI PRUPengerusi KEADILAN Negeri Perak, YB Senator Mo...
30/09/2026

KEADILAN PERAK PERKUKUH HUBUNGAN MEDIA, FOKUS KESIAPSIAGAAN MENGHADAPI PRU

Pengerusi KEADILAN Negeri Perak, YB Senator Mohamad Hairul Amir bin Sabri, telah mengadakan lawatan dan sesi pertukaran pandangan bersama pengamal media berbahasa Cina di Perak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan serta komunikasi dua hala antara kepimpinan parti dan pihak media.

Beliau diiringi oleh pimpinan KEADILAN Perak termasuk YB Tan Kar Hing (Timbalan Pengerusi) YB Sandrea Ng Shy Ching (Naib Pengerusi) YB Mohd Azlan Helmi (Ahli Majlis Pimpinan Pusat) Wong Chai Yi (Bendahari) serta Saudara Muzaffar (Naib Pengerusi) KEADILAN Perak.

Pertemuan berlangsung dalam suasana terbuka dengan beberapa perkara utama berkaitan landskap politik semasa dan persediaan organisasi dibincangkan.

Antara yang diberi perhatian ialah kesiapsiagaan Pakatan Harapan dan KEADILAN menghadapi pilihan raya akan datang. Di peringkat dalaman, organisasi sedang diperkukuhkan melalui gerak kerja yang lebih tersusun, program berasaskan petunjuk prestasi serta pemantauan kemajuan secara lebih dekat antara negeri dan kepimpinan pusat.

KEADILAN Perak turut berkongsi mengenai sasaran kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang, iaitu memberikan tumpuan kepada 8 kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Perak. Sasaran ini menjadi asas kepada penyusunan organisasi, pengukuhan jentera dan penilaian berterusan terhadap kesiapsiagaan di lapangan.

Turut dibincangkan ialah keperluan untuk memulihkan dan memperkukuh keyakinan rakyat selepas perkembangan serta keputusan beberapa pilihan raya negeri mutakhir, termasuk Johor dan Negeri Sembilan.

Bagi KEADILAN Perak, keputusan pilihan raya perlu dilihat bukan sekadar melalui angka kemenangan atau kekalahan, tetapi sebagai maklum balas rakyat yang perlu diteliti dengan terbuka. Justeru, tumpuan perlu diberikan kepada usaha mendengar keresahan masyarakat, memahami perubahan sentimen serta memastikan parti terus berhubung dengan realiti kehidupan rakyat.

AZAM AFANDI
Ketua Penerangan / Jurucakap
Parti KEADILAN Rakyat Negeri Perak

Telah berlangsung tatacara majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negara YB Senator Mohamad Hairul Amir Bin Sabri pada 29 Sept ...
29/09/2026

Telah berlangsung tatacara majlis angkat sumpah Ahli Dewan Negara YB Senator Mohamad Hairul Amir Bin Sabri pada 29 Sept 2026.

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam Takziah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sekeluarga atas pemergian ...
25/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam Takziah kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim sekeluarga atas pemergian Almarhum Hj Idrus bin Ibrahim.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Majlis Pimpinan Negeri
Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak

KENYATAAN MEDIA KETUA CABANG KEADILAN GERIKISU SUNGAI HULU PERAK: KEMAJUAN DIKECAPI, ALAM SEKITAR DILINDUNGI, PEKERJA JA...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA KETUA CABANG KEADILAN GERIK
ISU SUNGAI HULU PERAK:
KEMAJUAN DIKECAPI, ALAM SEKITAR DILINDUNGI, PEKERJA JANGAN DIZALIMI
22 September 2026

Saya mengikuti dengan dekat perkembangan terkini perubahan warna air Sungai Rui dan Sungai Perak di Hulu Perak. Pada 16 September, perubahan warna jingga dilaporkan di Sungai Rui, dan pada 19 September Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak telah menjalankan pensampelan serta siasatan terperinci. Laporan kajian JMG dijangka dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada minggu ini.

Saya berpandangan kita tidak seharusnya mendahului keputusan ujian makmal atau membuat kesimpulan bahawa satu-satu aktiviti merupakan punca tunggal. Penjelasan yang dibentangkan di Dewan Negeri pada 8 September menyatakan fenomena Sungai Perak bertukar kebiruan sebelum ini dikaitkan dengan gabungan peningkatan larian permukaan selepas hujan lebat, partikel mineral dan perubahan keadaan aliran. Sungai Perak ketika itu diklasifikasikan sebagai Kelas II di bawah Indeks Kualiti Air Kebangsaan berdasarkan analisis lebih 30 parameter.

Namun, kejadian yang berulang memerlukan jawapan yang lebih menyeluruh. Rakyat berhak mengetahui apakah bahan yang memasuki sistem sungai, dari mana sumbernya, tahap keselamatannya kepada manusia dan hidupan akuatik, serta langkah yang akan diambil untuk mengelakkan kejadian sama daripada berulang. Saya menyeru supaya hasil kajian dan pensampelan terkini diumumkan secara telus dan dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat.

Saya turut menyokong cadangan Jabatan Alam Sekitar Perak supaya kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) dilaksanakan bagi Hulu Perak. Kajian ini dicadangkan untuk mengenal pasti dan memetakan semua sumber yang berpotensi mempengaruhi kualiti air, bukan terhad kepada perlombongan sahaja. Antara langkah lain yang telah dicadangkan ialah audit premis, pemantauan masa nyata melalui sistem telemetri serta pemantauan parameter seperti pH, oksigen terlarut, kekeruhan, pepejal terampai dan konduktiviti.

Pada masa yang sama, pematuhan terhadap standard alam sekitar tidak boleh dikompromi. JMG menjelaskan bahawa air sisa perlombongan yang perlu dilepaskan mesti dirawat terlebih dahulu dan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Efluen) 2016. Sekiranya siasatan membuktikan terdapat mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat alam sekitar, tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut undang-undang.

Tetapi dalam mengambil tindakan tersebut, saya mahu satu perkara turut diberikan perhatian, iaitu nasib pekerja dan keluarga mereka. Pekerja yang mencari rezeki tidak sewajarnya menjadi pihak yang menanggung akibat paling besar daripada kegagalan pengurusan atau ketidakpatuhan majikan.

Sekiranya sesuatu operasi perlu dihentikan sementara atau dikenakan tindakan, saya mencadangkan kerajaan dan pihak berkaitan turut menyediakan pelan mitigasi pekerja, termasuk memastikan hak gaji dan pekerjaan dipelihara mengikut undang-undang, bantuan penempatan semula pekerjaan atau latihan jika diperlukan, serta komunikasi yang jelas kepada pekerja mengenai tempoh dan implikasi tindakan tersebut.

Prinsip kita mesti jelas, iaitu alam sekitar mesti dilindungi, undang-undang mesti dipatuhi dan pekerja mesti dijaga. Hulu Perak memerlukan pembangunan dan peluang pekerjaan, tetapi pembangunan itu mesti bertanggungjawab kepada sungai, alam sekitar dan manusia yang bergantung kepadanya.

Apa yang rakyat perlukan bukan sekadar satu lagi pusingan mengambil sampel setiap kali air berubah warna. Kita memerlukan pemantauan berterusan, data yang telus, penguatkuasaan yang konsisten dan penyelesaian jangka panjang yang boleh diukur.

Saya akan terus mengikuti laporan JMG dan perkembangan isu ini. Kita mahu Hulu Perak membangun dan peluang pekerjaan terus wujud, tetapi sungai yang menjadi sumber kehidupan rakyat mesti terus dipertahankan.

DR AHMAD SAFWAN MOHAMAD
Ketua Cabang KEADILAN Gerik
Pengarah Komunikasi KEADILAN Perak

Berdukacita menerima perkhabaran mengenai kebakaran di Taman Desa Tambun yang meragut tiga nyawa daripada sebuah keluarg...
20/09/2026

Berdukacita menerima perkhabaran mengenai kebakaran di Taman Desa Tambun yang meragut tiga nyawa daripada sebuah keluarga. Salam takziah saya zahirkan kepada seluruh ahli keluarga mangsa atas kehilangan ini.

Saya telah meminta saudara Mohamad Hairul Amir Sabri mewakili saya menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun juga telah diarahkan untuk membantu segala urusan dan keperluan keluarga, termasuk penempatan sementara, manakala pihak ICU akan membuat penilaian bagi menyegerakan bantuan baik pulih kediaman.

Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

20/09/2026

🎙️ SIARAN LANGSUNG: PODCAST SEMAK EPISOD 5 🎙️

Sertai wacana khas bersama YB Dato' Ng Suee Lim (Exco Kerajaan Tempatan & Pelancongan Negeri Selangor) dan moderator Dr. Mohd. Fauzi bin Fadzil (Pengarah Komunikasi Keadilan Selangor) bagi mengupas isu-isu semasa di Negeri Selangor.

Topik Tumpuan:
- Persediaan Tahun Melawat Selangor
- Kestabilan Pendirian Parti DAP dan Pandangan Rakan Komponen
- Isu Dinamik dan Hala Tuju Politik

🗓️ Tarikh: 20 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 10:00 Pagi
📲 Siaran Langsung: YouTube Biro Komunikasi Keadilan Selangor

Kenyataan MediaMajlis Presiden Pakatan Harapan Majlis Presiden PH  tegas  berdiri teguh dengan pendirian YAB Perdana Men...
18/09/2026

Kenyataan Media
Majlis Presiden Pakatan Harapan

Majlis Presiden PH tegas berdiri teguh dengan pendirian YAB Perdana Menteri, dan juga nasihat dari Peguam Negara serta Menteri Wilayah kepada Lembaga Pengampunan pada hari ini.

Majlis Presiden juga menegaskan bahawa tiada siapa yang mengatasi undang- undang. Dan sesiapa sahaja yang di sabit kesalahan perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang- undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Majlis Presiden berazam akan meneruskan usaha membenteras rasuah, mengangkat agenda Reformasi dan membersihkan negara dari unsur- unsur rasuah dan penyelewangan.

Majlis Presiden
Pakatan Harapan
18 September 2026

DAKWAAN KERAJAAN TIDAK STABIL “CUMA SEMBANG POLITIK”
18/09/2026

DAKWAAN KERAJAAN TIDAK STABIL “CUMA SEMBANG POLITIK”


Address

Ipoh

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+6052551994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Keadilan Perak:

Shortcuts

Share