DOSM Perak

Call Directions Website Contact the organization

DOSM Perak Department Of Statistics Malaysia, Perak

01/10/2026
28/09/2026

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—›

Dengan rasa duka yang amat mendalam, seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga di atas pemergian insan yang amat dikasihi, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 (Isnin), bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Hilangnya figura seorang ibu yang penuh kelembutan dan kasih sayang yang telah banyak menabur bakti dan bertapak kukuh di hati setiap rakyat Malaysia ini, amat dirasai. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang amat besar buat seluruh rakyat Malaysia khususnya wanita.

Kami, warga Jabatan Perangkaan Malaysia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan di maqam yang mulia dalam kalangan para solihin. Semoga Tun Dr. Mahathir dan seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi pemergian yang penuh duka ini.

Salam Takziah & Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Warga Jabatan Perangkaan Malaysia

Address

Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak, Tkt 3 Blok A, Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Ipoh
30450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6052436107

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOSM Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to DOSM Perak:

Shortcuts

Share