17/09/2026
πππππππ _πππππππππππππ, πππππππππ, πππππππππππππ & πππππππππ_ (ππππ) πππππππππ πππππππ πππππ ππππππ πππππ πππππππ πππ πππππππ ππππππ πππ πππππ πππππ πππππππ πππππ
Pada 15 September 2026 (Selasa), Program _Communication, Education, Participation & Awareness_ (CEPA) Peringkat PHD Kuala Kangsar dan PDT Kuala Kangsar telah diadakan di Taman Eko Rimba Ulu Kenas, Kuala Kangsar.
Program diserikan dengan kehadiran Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, serta pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar.
Program dimulakan dengan sesi taklimat Pengurusan Sumber Hutan di Negeri Perak yang disampaikan oleh Pegawai Hutan Daerah Kuala Kangsar.
Semua jemputan telah berjaya menanam sejumlah 50 anak pokok daripada spesies Merbau, Balau, Meranti Bukit, Keruing Neram dan Merawan Siput Jantan di sekitar kawasan Taman Eko Rimba Ulu Kenas yang berada di Kompartmen 26A, Hutan Simpan Bubu.
Seterusnya, para jemputan telah menyaksikan demonstrasi memanjat anak pokok oleh Pasukan Pemanjat Jabatan Perhutanan Perak. Tetamu jemputan terutama daripada Pejabat Daerah dan Tanah turut diberikan peluang untuk merasai sendiri pengalaman melakukan aktiviti memanjat pokok dengan teknik dan kelengkapan yang terkini.
Seterusnya, Pegawai Daerah Kuala Kangsar turut menyempurnakan sesi pelepasan anak ikan daripada spesies tempatan ke Sungai Kenas.
Program CEPA yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak luar termasuk agensi kerajaan lain mengenai peranan jabatan dalam menguruskan sumber hutan di Negeri Perak. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan di Negeri Perak dalam menjayakan agenda penghijauan negara.